♥ Dimana Ada Jual ♥







Sumber unkel google

Agak-agak kat mana boleh beli ek pendrive seperti ini...???
kalau ada jual kat Malaysia memang aku akan zapp terus beli
cool habis segala unique pendrive seperti ini tapi itu ler belom jumpa
cuba bayangkan situasinya pendrive pistol and ketika kejadian dalam
opis, watak hanya ada 2 iaitu A dan B

A: B, pinjam pendrive aku lupa nak bawak lah urgent nie 


maka B pon keluarkan lah pendrive pistol beliau maka terkejut beruk
si A


A: B kamu tahu tak kesalahan ada pistol persendirian kamu ingat Malaysia
nie macam Thailand or negara-negara rakyat ada pistol pensendirian ke

B: A, kamu kata nak pinjam pendrive tu lah pendrive apa yang kamu merepek
wahai A tadi beria-ia nak pinjam pendrive bila dah kasi membebel lah plak nie
nak bukak tarik ke bawah.

Gerek kan kalau buat seperti itu hahaha nak lagi best kalau time-time
keluar negara pendrive pistol dalam bag lagi kena soal siasat macam
mana boleh ada pistol sekali keluar taraa ianya pendrive tapi kan
aku rasa walau pon beritahu pendrive tetap kena ambil ye lah pasti mereka
tidak percaya apa takut kot-kot betul lah itu pistol bahaya jugak kan tak
pasal-pasal nama naik kena ambil urine test semua test lah untuk mengetahui
karang tak pasal-pasal terlepas perjalanan ke seterusnya susah jugak kan??
tak mahu lah kita beli pendrive buah-buahan pon okey jugak sebagai contoh
watermelon tu sedap cikit kalau nak kelentong yang makanan tu agak tak
berapa nak menonjol sebaliknya menyelerakan tekak yang sedang lapo karang
silap hari bulan member lain yang tengah kelaparan tu plak yang ambil makan
wawawa tak pasal-pasal mc seminggu sebabnya semua gigi pecah...!!!!
kat kedai mana boleh jual seperti ini ek aritu aku jumpa website jual pendrive
yang boleh buat sama seperti card credit tu kalau nak kelentong konon banyak
credit card boleh lah beli seperti itu jangan silap hari bulan makan jerat sendiri
ye lah konon banyak so pasangan pon shopping kaw-kaw tak hengat dunia hah
sekali slide tengok cannot use so sapa mayu...???
kalau nak kelentong gunakan itu pon okey gak kacau member-member ye lah
mana taw member nak pinjam pendrive sekali diberi card credit silap hari bulan
di cop sebagai berlagak plak padahal itu pendrive mana lah tahu manusia nie
kan rambut aje sama color ehh dah tak boleh pakai peribahasa tu ye lah skrg
nie kebanyakkannya suka tukar warna rambut ke warna-warni macam pelangi
tapi hati tidak sama tak pon paling kurang ditukar ke ayat sebegini


A: B, saya minta pendrive yang kamu kasi saya card credit nie buat apa ingat
cpu or laptop saya nie slide machines ker?? Saya tahu lah saya tak ada card
credit tak payah lah perli-perli saya menunjuk-nunjuk kamu ada card credit

B: Weyy mangkuk bernama A itu pendrive lah yang kamu nie sengal sangat
kenapa kalau saya ada card credit pon nak buat apa saya tunjuk kamu baik
saya tunjuk aweks-aweks. *realiti sekarang nie*


hahahhaa best jugak kalau buat seperti itu ek...??
tapi aku tengok kena beli banyak means kena sampai 20 piece so nak buat apa
kalau aku beli banyak-banyak kalau ada member untuk dijual sedap lah jugak
nie elek tarak so macam mana paling komek pon adik beradik yang sekerat
tak ramai ajek so malas lah diam aje tak boleh nak cakap apa-apa just tengok
wahhh lawoo seyy sambil berangan kalau ler aku ada satu cara jugak kuikuikui
dulu aku ada satu pendrive aeroplane air asia nak kena carik entah mana pergi
semua ingat aku dok main tanpa dorang menyedari bahawasanya itu adalah
pendrive kuikuikui....
kat kedai-kedai bese pon jual jual yang bese-bese dulu mahal jejak rm100++
now rm20 pon dah boleh dapat dulu rm100++ tu pon 2GB sekarang 2GB dah
boleh dapat rm20 see betapa murahnya pendrive sekarang nie tapi aku tetap
maintain suka hilangkan pendrive sendiri entah dah jadi hobi asal beli hilang
asal beli hilang kesudahannya malas nak ada pendrive now dah kerja kena lah
beli ye lah kalau nak mintak tolong print ke hape dah ler cpu aku tak boleh nak
print coz aritu format cett hampehhh so nak print pakai cpu kak tina ajek lah
tapi sekarang nie pendrive itu satu kepentingan buat semua manusia sana sini
senang nak transfer apa-apa kerja-kerja yang berlambak-lambak siap masuk
virus lagik paling tak suka kalau pendrive kena virus cian kat lappy or cpu yang
clear tup-tup virus sebuk selit and merosakkan segala-galanya eii mencik...!!
ada tu pendrive lupa nak keluarkan dari poket seluar balik tukar seluar so lepas
tu seluar masukkan dalam washer machines dah basuh semua sekali nak sidai
ehh ehhh ada apa kat poket seluar sekali tengok uwaa pendrive kalau lepas tu
boleh use tak apa kalau tak boleh dengan semua kerja-kerja gambar family
gambar skandal mesti menangis kan ehhh jap-jap pendrive boleh buat back up
ker?? kalau boleh macam mana caranya ehhh???


p/s: Sekarang nie sana sini bercerita pasal kat china yang eksident tu kasihankan
apa salahnya kenderaan yang pertama tu langgar keluar dari kenderaan
alihkan si mangsa nie tidak dah langgar kemudian langgar lagik datang lori
langgar lagi manusia yang lalu lalang buat tidak tahu ajek mana pergi sifat
kemanusian tak kasihan ke pada si kecil itu ada yang kata budak tu berusia
2 tahun baya-baya payaz baya-baya shahqir aduhaiii apa yang mereka mengerti
yang mereka tahu cuma berlari ajek...

4 Serius Talk:

♛RaRa♛ said...

saya teringin nak ada pendrive pistol,kasii gempakkk skitt :P

Amoi Farah said...

hehehe kalau awak dah beli jgn lupa kasi taw ye

nuhara said...

nice!

inani said...

waa..menarik dan unik..nak jugak..nak jugak

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!