♥ Angin Pantai ♥

 

Sunday adalah hari berjalan sekeluarga maka destinasi yang di pilih ialah 
pantai dimana angin bersepoi sepoi bahasa manakala air berombak
so cari la kawasan paling dekat kat mana lagi kalau bukan bandar
sebab kat situ jek tempat boleh bermain air

Syokk oo main pasir main air terasa seperti bebas dari masalah
seperti dunia nie milik aku ehemmm
walau pon angin tak berapa kuat macam desaru tapi okey lah

Sejak Tsunami 2004 dah jarang menuju ke desaru lagik
kalau dulu bila pergi laut cari desaru bila pergi desaru cari laut
tapi tsunami dah mengubah segala galanya kini desaru sekadar
suatu kenangan berpicnic suatu ketika dahulu

 

Tengah syok main tendang tendang air ehhh aku jumpa cicit Mr Crab
banyak pulak tu besar kecik cinonet pon ada jugak tapi semuanya
dah mati tak ada yang hidup 

Cute pulak tu budak budak yang main air semua jerit jerit tunjuk
crab yang mereka kutip kat dalam air
aduhaiiii budak budak nak bawak balik masak ke haper...????

Kebetulan geng geng JetSki ada beraksi macam best jek
tapi kalau terbalik adeyyy dah ler tak reti nak berenang
kang tak pepasal tak dapat di selamatkan :p

Tak boleh tahan panas matahari lah mujur use sunblock then use bb cream
kesemua tu ada spf untuk melindungi kulit daripada matahari
kalau la tadi tak pakai alamatnya makin hitam ler kulit aku
dah la nak putih susah nak hitam sekejap ajekkkkkk 

 

Sambil layan angin sambil makan nie rojak char kew syokkk okey
walau pon gusi masih berjahit tetap gigihhh makan keras seperti nie
lepas tu membebel cakap tempat jahit berdenyut denyut :p

Sambil makan sambil saksikan drama jatuh...!!!!
2 budak perempuan dok main sekali ehhh jatuh lepas tu lagi sorang jatuh
pulakkkk yang mak dukung adik so tak boleh nak bantu
terpaksa tunggu si bapak untuk uruskan 2 anak perempuan

Geng geng JetSki dah cakap jangan diri situ licin coz lumut
tapi tak dengar kata main lagik lepas tu jatuh lagik
semua dah geleng kepala tengok ingatkan dah tak main ehhh main lagik
kali nie jatuh terhentak dah melalak lalak pulakkkk takut jek tangan
patah pasal hentak tu macam kuat and budak tu pon tangan tak
boleh nak tegak harap harap okey la

Yang si mak nie dah tengok licin cepat cepat la tarik anak tu pergi
tempat lain nie tak biarkan jek haishhhh malas nak cakap banyak
nanti karang aku terkena gituk sudahhh kang nanti aku di persalahkan
coz dulu cakap banyak dah diam diam.....!!!!!

Lepas tu ada mak bawa 2 anak nie mak lain la tengah jalan jalan
so geng JetSki jerit jangan lalu situ tadi dah ada orang jatuh
rupanya situ every day or weekend ada jek orang jatuh

Sempat tadi bawak apam balik entah bila mum tak perasan
kenapa tak bawa ekkk kuih raya so boleh berpicnic ehhh gitukkk
habis jek merayap melebarkan sayap terus zusss pergi City Square
pasal apa hah nie hah

 

Kedua-dua ada promotion tapi Insya Allah aku akan buat entry pasal
nie tunggu bila tu tak sure harap harap esok lepas la kot :p
satu RM19.90 manakala lagi satu RM29.90 wait hoccay....!!!!! 

Bye(>‿♥)

2 Serius Talk:

MalizaMah said...

Bestnyer lepak pantai..
Jelesss

Amoi Farah said...

Memang best ^_^

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!