♥ Lakonan Percintaan ♥

 

Sebelum apa-apa ingin ku beritahu kisah ini terjadi pada tahun 2005
akan ku beri segalanya agar cerita ini mudah untuk di fahami ^_^

Aku ada 3 kawan kira time tu macam BFF la, Namanya ialah
Fad, Azma & Mai kami sama sama sebaya sama sama sekolah
di tempat yang sama cuma berlainan class tapi aku, Fad & Azma
sama-sama naik bus 

Aku dengan Fad memang best friend until now Syukur Alhamdulilah
aku punya kawan dunia & akhirat yang sangatt baik pada ku
ceritanya bermula begini aku dengan Fad dah tak tahan nak
menadah telinga dengar Mai dok story pasal boyfriend dia gini gituk
and always ask kami sama ada kami ada boyfriend atau pon tidak
so kebetulan masa tu Azma tak datang sekolah so sementara tunggu
abang long (pemandu bas kami) sampai kitaorang pon decide la
kekonon nak kelonteng cakap kami berdua ada boyfriend...

Bincang punya bincang Fad setuju tapi Fad suruh aku yang mulakan
dulu so aku just cakap dengan Fad ala kacang jek tu no hal la
so selepas 2 atau 3 hari kami bincang nama segala bagai sebab tak
nak kantoi la kami nie bohong

Masa tu nama fake boyfriend aku ialah Danial see tak agak agak
nama nak advance menyampahhhhhh tapi aku lupa nama fake
boyfriend Fad hikhikhik sebab masa tu Fad pilih sendiri lah
so aku lupa and sebab utama nama nie aku ingat ialah
kesudahannya my nephew ada nama Danielle cuma spell jek lain

sampai lah satu hari tu setelah semuanya sempurna waktu rehat
masa tu aku pon mulakan langkah walau cuak tapi terpaksa
tak sanggup beb telinga nie nak dengar asyik di tanya soal
boyfriend so permulaannya ialah

Aku: Mai aku ada something nak bagi taw kau

Mai: Apa...

Aku: Aku dah ada boyfriend....Nama dia Daniyal....

Mai: Kau kenal dia kat mana

Aku: Kat kedai atas rumah aku hehehehhehe

bukan main happy lagikk si Mai aku dengan Fad saling berpandangan
then Mai soal Fad plak...

Mai: Fad, kau pulak bila nak ada boyfriend..

Fad: Tak tahu lagi la ..

Aku senyum jek so selepas seminggu gituk lah aku ingatkan Fad mulakan
langkah supaya Mai ingat kau pon ada boyfriend so keesokkannya Fad
pon mulakan la langkah... Waktu bagi taw pon sama time rehat :p

Fad: Mai aku dah ada boyfriend...

Mai: Yeke siapa..??

Fad: Kawan boyfriend ... (merujuk pada aku lah)

Mai punya la exited tak sangka la kekonon fake boyfriend Fad kawannya
fake boyfriend aku aduhaiii ingat ingat balik nak tergelak la plak
lama jugak lah kami menipu every day or every monday sometime
Mai akan ask kami macam mana hubungan kami okey ke tak
Fad tengok aku manakala aku tengok Fad just jawab okey

Sampai la masa tu nak trial PMR Fad cakap la dengan aku dah lah
kita habiskan la story before trial dah tak sanggup lagik nak tipu
so aku pon cakap la dengan Fad kita tak tipu kita sekadar nak
mensenyapkan mulut Mai dari dok ask kita pasal isu boyfriend
and aku pon agree la nak settlekan isu fake boyfriend before trial

Sampaikan aku tanya Fad aku sendiri dah buntu nak fikir macam mana
nak mulakan untuk habiskan isu fake boyfriend nie so Fad pon fikir
esoknya bagi aku few suggestion so aku pon fikir balik
kalau boleh tak nak nampak la yang selama nie kami berbohong

So sampai lah masanya aku cakap dulu la...kekonon aku dengan Fad
sama sama break dengan fake boyfriend kitaorang hikhikhik
masa bagi taw pon masa rehat miahhahahha 

Aku: Mai aku nak bagi taw aku dah putus dengan Danial

Fad: Haah Mai aku pon dah putus jugak dengan ... (lupa nama)

Mai dengan Azma terkejut lah sebab kami tak pernah pon cerita
yang kami nie gaduh or what kira perhubungan fake kami nie
terlalu bahagia terlalu cinta padahal non hado okey....

Mai: Apasal putus macam mana boleh putus...

Aku: Pasal aku sibuk dengan study tak ada masa nak layan dia
         tak ada masa nak keluar dating 

Fad: Ye lah Mai kan dah nak trial PMR mana boleh main main lagi
         so kitaorang dah fikir habis habisan nak minta putus supaya
         mereka tak de lah rasa terabai 

Aku: Yeap betol tu tapi aku dah cakap dengan Danial elok elok
         aku dah nak trial tak boleh nak main main lagik so kami break

Fad: Betol tu kitaorang break pon pasal mereka complain kitaorang
         pentingkan study daripada mereka...

Aku dengan Fad pon buat la nada sedih hakhakhakhak yang paling
besttt Mai percaya bulat bulat weyyyy tapi Syukur Alhamdulilahh
Mai percaya and start dari tu tak bertanya sampai la habis sekolah
pening beb nak menjawab soal boyfriend 

Aku cuma terpaksa buat seperti ini adalah untuk menyelamatkan diri
dari terus di asak soalan boyfriend padahal aku tak terfikir soal tu
bagi ku cuma fikirkan soal pelajaran jek....

Until now aku pon tak tahu la sama ada ciri ciri fake boyfriend yang
aku dengan Fad dok cipta tu wujud atau tidak....!!!
tapi dalam kehidupan aku "Danial" tak wujud ianya watak fake
boyfriend yang ku cipta hehehehhehehe......

Rindunya zaman bodoh tu tapi sangattt bahagia dengan cerita
bersungguh sungguh kawan pulak tu percaya bulat bulat
tak meragui langsung kesahihan cerita tu hurmmmm

Mai & Azma walau kita dah tak berhubung lagik aku nak minta maaf
la sebab berjaya menipu kamu berdua pasal fake boyfriend hikhikhik
kalau aku bagi taw mesti la mereka marah kaw kaw tapi terpaksa
harap harap lepas nie no more buat kerja tak masuk akal seperti ini

Kalau kerana terpaksa untuk lakukannya sekali lagi akan ku pastikan
orangnya wujud maybe harapkan orang lain untuk tolong lakonkan
ye lah dulu orangnya tak wujud just angan angan jek cerita kosong

kelakar kan ingat ingat balik antara kenangan manis...
Ohhh ya kenapa aku buat entry cerita nie pasal aku terjumpa
kisah soal nie.... 

Tak terlambatkan untuk aku wish Happy Teacher Day buat semua
guru guru yang mengajar ku dari 
Tadika Pelita (1995-1996)
Sekolah Rendah Kebangsaan Johor Jaya 1 (1997-1998), 
Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 (1999-2002)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek (2003-2007)

Sorry kisah entry kali nie panjangggg sangatttt.....!!!!

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!