♥ Rescue Si Comel ♥

 

Assalamualaikum semalam hujan lebattt sangattt sangattt sampai
tak nampak jalan tapi Alhamdulilah selamat jugak sampai rumah
pasal baru berjimba jumba di Jusco :p

Memang dah tahu belakang rumah ada anak kucing yang kiut
asyik bising saja pasal mak kucing tinggalkan anak dia kasihan
sampai betol hati mak kucing tinggalkan dia sob sob sob

So di sebabkan hujan lebat kesian plak nasib dua kocik nie apa
nasib mereka pasti kesejukkan ye lah tak ada pelindungan
mesti mereka menangis so selamatkan la dari terjadi apa apa

Daddy kata cari dryer untuk keringkan bulu kucing then aku pon
selamba rock jek cakap kalau kat dryer mati lah kena cari hair
dryer aku memang tak ada hair dryer mujur mum ada guna la
Alhamdulilah kering dah si comel 2 ekor nie

 

Dah keringkan bulu kasi susu bukan apa takut kelaparan ye lah
kan dah kesejukkan kalau silap langkah boleh mati ooo
kesian kan kalau apa-apa terjadi

tengok tu betapa cute and betapa susahnya nak kasi susu
kalau tak paksa karang kelaparan so terpaksa bukak kan
sedikit mulut lalu suapkan 

 
 yang ini suka sangattt bising and nie kalau kasi susu senang and dia
boleh minum sendiri... Bising sangatttt manakala lagi satu tu pendiam
nie daddy jumpa kat tepi tong sampah kesian kan melindung kat situ
manakala lagi satu tu tak ingat dah kat mana

nie jugak paling active jalan ke hulur ke hilir walau pon ekor mengigil
geli plak pegang rasa macam kecik lagi tak sama macam pegang ochee
dulu 


kedua dua selepas di keringkan bukan main suka maybe rasa hangat kot
ye lah macam kita jugak kalau sejuk mesti tak selesakan kalau rasa
panas panas sedikit a bit selesakan

tapi dalam masa yang sama si bising tu panggil cari mak dia tapi
kitaorang tak tahu mak dia pergi mana sebab mak dia cuma amek 2 lagi
sibling dia tu jek yang aku tahu kesian kan...??

dengan buat muka sayu buat muka sedih alahaiiii baby meeoooowww
apa daya yang aku dapat buat cuma dapat tolong nie jek lah
sekurang kurangnya tak de la jadi bahan makan anjing belakang

 

Muka ketakutan muka kasihan muka sedih semua ada lah kat meeoww nie
kesian plak tengok nasib dia kena di tinggalkan apa lah daya kudrat
yang dia ada untuk melindungi dirinya dari di langgar kereta lori
malah ada kalanya jadi makanan anjing besar

Usia sebegini kan selalunya ada mak bersama bermain tapi dia terpaksa
menempuh apa apa dengan kudratnya yang sekecil itu
andai kata di makan bagaimana cara untuk dia selamatkan diri???
dengan kuku masih belom bisa mencakar...
dengan gigi yang masih tiny tiny mampu ke untuk dia melawan??
mampukah dia melindungi dirinya daripada itu semua...???

 

tapi Alhamdulilah pagi tadi maknya datang mengambil dia and lagi
sekor so lepas nie tak payah dah risau sangat nasib mereka 2 ekor
now dah ada mak yang akan menjaga and melindungi mereka
daripada segala ancaman

Tengok la betapa sayunya muka meooww nie..!!!
sedih mengenang nasib kot hari hujan lebat mak tak ada nak lindungi

Aku suka betol tengok ekor panjang lepas tu bila jalan mengigil gigil
nasib baik bukan untuk bela kalau tak aku kerjakan ekor dia
bila tengok meeoowww 2 ekor nie aku teringat Ochee....!!!

Uwaaa Ocheee i miss u so muchhhh.......!!!!
Ochee Ocheee kembali lah kepada ku.....
tapi apa kan daya ochee dah ada 2 isteri untuk jaga....sob sob 

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!