♥ Berjimba-Jimba Ke Legoland ♥

 

Semalam berjimba jimba ke Legoland
pergi pon selepas Zohor Alhamdulilah tak panas terik sangat
and semalam pon tak ramai orang selalu cuti mak aii penuhhh
tapi bagus la jugak tak payah nak Q lama sangat :p

Aku dok lenjan roller coaster jek
dulu ada la rasa macam kecut kecut perut
but now rasa kecut kecut tu macam dah hilang
feel syok maybe tak terbalik kot tak apa practise yang nie
nanti boleh enjoy tanpa rasa kecut perut bila naik yang extreme

Aku dah few day badan rasa macam nak demam
selsema jangan cakap la kekadang hilang kekadang ada
pulak tu pergi lenjan yang boat splash air
berkali kali memang baju basah la 
lepas tu sambil jalan sambil keringkan baju memang selalu
buat cara tu :p

Tapi kering lembab lembab
benci betol bau kering lembab lembab busyukkk gilerrr
pulak tu masuk ke cinema 4D
bila part angin sejukkk giler rasa macam nak mengigil
dalam hati cepat la habis 

Habis jek terus keluar cepat cepat tak tahan sejukkk
lepas tu lenjan main train dengan Ayyash sampai
5 kali round :p

Sementara Ayyash main horse sekali lagik
lenjan main roller coaster Dragon yang tinggi
2 kali huhuhuhu....

Dah main sana main sini
pergi mengisi perut kat KFC
masa kitaorang dah nak balik legoland dah tutup
uikss kol 6 lebih dah tutup selalu cuti kol 8 baru tutup :p

Bila dah habis makan wahhh lenggangnya legoland
dah macam nak tercabut rasa kaki nak menuju ke parking
tu pon balik boleh tersalah masuk lorong
kalau tak haishhh menuju ke KL la jawabnya :p

Lepas bersihkan badan tengok cerita Prime Minister & I
best plak tengok lepas nie dah ada la cerita best untuk monday
dengan tuesday time selalu untuk good doctor weee syokk
habis sambung tengok setulus kasih sedih siot cerita tu
meleleh leleh air mata aku :p

Masa tu kepala dah start berdenyut denyut sakit
aku ignore jek makin nak lelap makin over sakit
carik cool fever dah habis belom restock
dah amek towel telan panadol tup tup rasa mengigil

Pagi tadi kena kutuk kata tu lah lenjan lagik roller coaster
apa kena mengena selama nie lenjan gak tapi tak sakit
cuma sakit kaki jek :p
lagi pon before pergi memang dah rasa tak sedap badan
so potensi nak demam tu tingi la lebih lebih lagik kena air
and sejuk cepatt jek....

Kang kejap lagik okey lah
makan panadol cepat cepat sebelom melarat
kalau dah melarat bahaya plus nanti sendiri yang seksa...
sakit untuk tahun 2014... :p

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!