Semalam berjalan jalan balik dari tempat yang di tuju
singgah sebentar ke Mersing kekonon nak tengok laut ler
dak Ayyash dah bising nak pergi sea nak pergi sea
suka angin laut ^_^
Semalam ngeri tengok ombak macam semacam
laut bergelora mungkin air keroh macam gituk
tapi orang lain rilex jek aku jek yang terasa seram
mula dalam otak terbayang bukan bukan
tengok lagik video kat youtube pasal tsunami :p
Sementara nak menuju ke laut
pergi la mencari keropok lekor yang belom di goreng
dak Ayyash shuker makan sambil tengok cartoon
so bermula la persoalan seorang kakak nie
Kakak: Anak ke nie..??
Me: Haah *aku memang dah anggap Ayyash anak aku*
Kakak: Anak ke nie?? (muka ragu-ragu tengok aku)
Me: Haah kenapa tak percaya ker...??
Kakak: *smile* Sorang jek
Me: Haah sorang je *dalam hati dah bantai gelak*
Lepas tu dak Ayyash dok soal aku itu ini
pasal signboard keropok lekor tu
mata dak Ayyash nampak keropok lekor tu macam tangan
aku pon jawab la segala soalan dak Ayyash
sekali kan tup tup soalan suspen muncul
Kakak: Umur berapa nie
Aku: Nak masuk 5 tahun
Kakak: Ooo dah boleh kasi adik la
Aku: Smile
Kasi adik apa benda nya
uncle dak Ayyash pon belom aku jumpa
kahwin pon belom so macam mana nak datang istilah
"adik" untuk dak Ayyash...??? cer cakap...!!!
Dalam hati memang aku dah ketawa giler giler
cehhhh soalan maut sangattt hoccay....!!!
lepas dah settle beli keropok lekor misi mengisi perut
amek port tepi pantai tapi tak best la coz ada kain hitam jarang
tutup so tak de la feeling feeling tepi laut walau pon lokasi
tepi laut haishhhh
Hasil mengisi perut semalam
tapi yang lelain punya nasi goreng aku tak snap la
malas aku just snap aku punya nasi goreng hohohoho
sedap or not..?? Okey la rezeki yang Allah beri makan saja
no complain kata tak sedap...!!!
sedap or not telan saja la...
Sambung balik pasal laut...
aku tak berani nak pergi dekat dekat laut
so just snap snap gambar gedik asalkan nampak la laut
Kita ngeri tengok ombak tapi penduduk situ rilex ajek
lagi pon mereka mereka dah biasa kot
dah lama weyy tak pergi pantai dulu selalu picnic kat
Desaru sejak sejak tsunami 2004 dah lama tak pergi
ohhh rindu nya zaman zaman picnic dolu dolu kala
Tapi peliknya masa tu tak fikir pon kulit gelap
sekarang ajek risau over sangat apatah lagik bila fikir
nak pergi legoland makin gelappp la baru nak putih
tapi putih ker...???
Pepagi mengadap kerja yang sama grrr
bosan sudah nak mengira gira dah ler aku benci math
arghhhh dah dah nak sambung kerja...kerja ooo kerja....
Bye(>‿♥)
0 Serius Talk:
Post a Comment
Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih