♥ Lawa Di Luar Buruk Di Dalam ♥


Perkataan nie diambil semasa memotong mangga
kulit punya la lawa seakan akan tak de cacat or rosak
bila di potong pap terserlah rosak di bahagian dalam
so memang tak boleh nak dimakan ye...

Bibik tunjuk aku and kata kalau nak carik pasangan
jangan lihat pada rupa sahaja tak guna kalau rupa handsome
tapi dalamannya Masya Allah rosakkkk ibarat seperti mangga tu

Carik la lelaki yang tak seberapa tapi dalamannya sangat cantik
walau pon tak handsome macam Fahrin Ahmad tapi ianya sangat 

sempurna maksud sempurna di sini ialah seperti buah mangga 
walau pon kulitnya agak tidak lawa tapi dalamannya sangat 
lawa dan boleh dimakan

Tapi itu la manusia nie termasuk jugak diri aku
handsome tu memang la keinginan tapi kalau harapkan handsome
tapi perangai macam hantu tak berguna jugak

Lagi plak kalau carik yang handsome handsome nie makan hati jugak
kena plak muka kita nie tak de la secantik macam Nora Danish
mesti orang akan mengata "Eiii muka kau buruk muka suami kau handsome"
tak ke sakit hati mendengarnya silap hari bulan terkeluar lava lava
gunung berapi

Oleh itu carik la muka yang sedap mata memandang dan rasa tenang jek
biar la tak handsome tapi bila memandang wajahnya terasa tenang
dan bergembira ^_^
jangan di tanya mana nak carik seperti gituk ye coz aku pon tak tahu

So kalau dapat yang handsome Syukur Alhamdulilah tapi satu jek yang
aku pegang and selalu nampak tak semuanya akan mendapat 

handsome-cantik pasti ianya akan berlawanan kalau handsome yang 
pasangannya agak kurang cantik sedikit tapi masih cantik kekadang 
kalau cantik pasangannya kurang handsome, nak lagik best kalau 
besar pasangannya sedang tak de yang sempurna

Sebab itu Allah menciptakan untuk saling melengkapi antara satu
sama lain so terima la kekurangan dan kelebihan pasangan
ikutkan semua kalau boleh nak pasangan yang baik yang sempurna
hanya mampu doa saja moga Allah berikan yang terbaik untuk kita....


Kadang kala yang tak handsome nie plak perasaan dirinya handsome
terlebih lebih over sampai naik menyampah rasa macam nak sepak ajek
kekadang yang handsome plak terasa dirinya biasa tak de la plak
over sangat dengan handsome yang dia miliki hurmmm

Yang penting dalamannya yang baik sempurna
memang la dalam dunia nie tidak ada yang sempurna
kalau terlalu sempurna pon tak best sangat kan huhuhu

Carik yang terbaik saja bukan sekadar terbaik tapi beriman
sentiasa ikuti perintah Allah and sentiasa mengajak menuju ke jalan
Allah ke jalan yang diredhai Allah ^_^

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!