♥ Sedih Dan Sebak ♥


Kat mana la MH370 sekarang berada dah berapa hari masih lagik
tak dapat jejak dah penat refresh berkali-kali nak tahu perkembangan
tengok berita pon sama jugak hurmmmm malah bermacam macam
tokok tambah cerita 

Sedangkan hati kami sebagai rakyat Malaysia sangat resah dan
gelisah menanti keputusannya apa tah lagik waris MH370
saban masa menanti menunggu kepulangan orang yang tersayang

Aku sedih baca msg kat whatsapp tanya maknya
last sekali dia tulis Ma i love you tak ingat la apa lagik
sebak seyyy menitik nitik air mata aku 
tak pernah selama nie kejadian apa-apa sekali pon aku nangis

Lepas tu bila baca twitter anak crew pasal bapaknya
aduhaiii tersiat-siat rasa hati aku sedih tak tahu kenapa
sedih sangat kemudian bila baca luahan hati isteri crew
lelagi isterinya tengah pregnant meruntun jiwa betol

Sedih tengok nasib semua menanti apa kesudahannya
tak pasti sama ada hidup ke mati ke
sama-sama la kita mendoakan agar MH370 di jumpai
dalam keadaan selamat Amin

Kebetulan nampak gambar seorang waris lelaki
peluk menteri Hishamudin kalau tak silap
terasa ke dalam hati sebaknya seorang ayah menangis
menanti kepulangan anaknya

Sedih giler walau pon tak ada keluarga tau kawan
kat dalam flight tu tapi hati aku sedih sangat sangat
dia punya sedih seolah olah keluarga or friend aku
ada kat dalam tu...

Bila la MH370 akan di jumpai
bila la harapan rakyat Malaysia akan berakhir
dengan berita MH370 kembali dengan selamat

Pelik tengok manusia manusia yang kutuk macam macam
tak de terasa sebak ke dalam hati mereka
Ya Allah kembalikan la penumpang berserta crew MH370
dengan selamat Amin 

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!