5 Tahun

Today hari di mana kita amek sakura dari tuan lama dia aka dari mak sakura (macam kejam pulak bunyi), masa amek tu time pkpb kalau tak silap aku and sakura time tu baru sebulan

Tuan lama dia msg cakap dah boleh amek sakura sebab mak sakura dah tak nak kasi susu lagik and sakura dah pandai makan wet food so bayangkan takde apa apa persiapan so kelam kabut buy new cat stuff masa tu siap beli potty normal yang currently sakura use, wet food bla bla bla 

Amek sakura petang masa tu macam tak percaya she soooo smoll mulut sakura tak bising masa sampai rumah dia explore sana explore sini makan sampai comot mulut

After one day amek sakura tak poop and pee mencari cara macam mana rupanya kena simulator kat tontot dia kira macam mak sakura jilat lah use tisu and finally sakura poop and pee

Then sakura kencing bukan kat potty tapi kat kesat kaki depan toilet so beli cage kurung dia untuk ajar potty train bayangkan dia so smoll taw mulut dia kecik jek

Dari baby kerja dia asyik kokak orang jek siapa jalan dia gigit dari belajar gigit sampai lah 9 bulan asyik gigit jek dengki ajak main masa tu berlagak lah di seketol jek dalam rumah

Mana pergi bawak dia suka sakura jalan dalam kereta tapi sejak sunatkan dia sakura jadik phobia bila ajak jalan so sad

Kalau lah di takdirkan pindah ke luar Johor entah macam mana lah nak kasi sakura tak stress untuk perjalanan jauh 

Hobi sakura ialah tido aku syak dia ikut perangai aku kuat tido hahaha then kalau yaz tak sekolah sakura akan bangun lambat if yaz sekolah sakura bangun awal nanti merayap keluar luar pergi rumah sebelah golek sana golek sini

Aritu sakura sepatutnya pergi potty tapi sakura pilih main plastic dulu dah aku kena simpan plastic kasi sakura pee dulu baru bagi balik plastic untuk sakura main

Beli lah segala jenis toys sakura tak layan yang dia suka kertas dijadikan bola, plastic, getah, wayar and buang semua skincare aku masuk ke dalam tong sampah (sebab skincare tu kedudukkan kacau tempat sakura untuk baring)

Sakura suka air sejuk, suka aircond, suka kipas menghadap dia

Sakura geli nak jilat bontot dia after poop pernah dia buat then sakura muntah so selepas kejadian tu sakura prefer makan minum lelap lepas tu bangun baru jilat tontot dia

Aku suka panggil dia baby so everytime aku panggil nama dia sakura tak akan pandang bila panggil baby baru sakura pandang

And anak bulu seketol tu very the diva ehh dia paling diva dalam bebanyak anak bulus yang ada kat rumah nie 

Sakura suka tempat bersihkan if bilik aku berselerak, lantai tak vacuum dia rela tido kat dapo very the banyak cekadak kan but it's ok aku sayang dia sangat-sangat

Sejak kehadiran sakura lain weyy maybe amek dia since baby kecik so dia tu bukan macam kucing tapi more kepada manusia, sakura punya prihatin lain dari 3 ketol yang ada kat rumah, dia kalau kitaorang sakit dia macam susah hati akan tido atas kepala sentiasa dekat dengan kitaorang

For me sakura sangat special dia ada di tempat khas dalam hati aku, even masa baru-baru amek dia aku dapat package semput but nahh aku tak kisah asalkan sakura dekat dengan aku

Dari baby until now sakura tido dengan aku susah nak tido kalau sakura takde tido bersama-sama rasa kosong sangat

Sihat-sihat sentiasa sakura, love u so much

Let's Go Be Selfish


Untuk 2026 (few days lagik january also habis) mari lah kita jadik manusia yang selfish untuk mental health sendiri, setelah few tahun kita asyik fikir jaga hati orang lah jaga perasaan orang lah tapi hati dan perasaan kita siapa yang nak jaga..?? Takde sesiapa kecuali kita sendiri

Walau aku yakin pusing2 kita jugak dipersalahkan sebab jadi kejam but if kita tak jadi kejam sampai bila orang sesuka hati can pijak kepala kita

Next month dah puasa soooo excited 

Aku kan kalau boleh nak lupakan semua benda yang dah jadik dalam hidup aku ibarat senang kata nak redha ke atas apa yang dah terjadik dalam hidup aku sebab aku tak nak ada rasa marah even until now aku masih berdendam ke atas apa yang terjadik now aku rasa yang sebenarnya aku tak pernah redha dengan apa yang terjadik rasa sakit tu sampai sekarang masih ada lagik

The worst thing is benda yang berulang ulang terjadik penat sumpah aku penat sangat2, penat amek pedulik ke atas semua yang terjadik, penat fikir kenapa jadik sebegini, penat fikir sampai bila semuanya akan berakhir, penat sangat2 otak non stop overthinking again again and again, segala scene tu berulang kali bermain dalam kepala otak aku

Sampai lah satu tahap aku fikir sampai bila aku nak jadik macam ginik, sampai bila nak hidup dengan kesedihan sampai bila asyik fikir nak mati so this year aku nekad aku nak bangkit aku nak post semua benda yang aku rasa happy jek, aku tak nak fikir apa apa masalah lagik

Dengan apa yang dulu until now terjadik aku serahkan pada Allah sahaja hanya Allah yang boleh membalas segala perbuatan mereka 

Misi sekarang kuruskan badan untuk sihat kan badan, nak rasa happy, nak rasa tenang, nak rasa bahagia, nak rasa gembira tu jek 

Sekarang aku genggam ketat ayat aku nak sihat nak kurangkan berat badan, aku nak gembira, aku nak bahagia, aku nak hidup tenang aman dan damai, aku dah tak nak amek peduli orang sekeliling aku lagik, apa nak jadik jangan nak menyusahkan aku lagik..!!

Cukup lah dengan segala apa yang dah terjadik penat umur aku bukannya muda lagik dah tua pon, and kita pon tak taw berapa lama lagi masa yang kita ada so aku akan gunakan sisa sisa hidup aku untuk hidup bahagia, hidup gembira tu jek

If lepas nie orang kata aku selfish ke kejam ke apa ke pi mampui lah sana, disebabkan oleh behavior korang lah aku jadik macam ginik semua perangai macam cilaka baik yang muda baik yang tua

If korang boleh jadik kejam, kurang ajar dengan aku why not aku also buat benda yang sama..??? If korang boleh jangan persoalkan kenapa aku also buat benda yang sama..

Sekian terima kasih

Xoxo
Love Farah

Tak Ku Sangka

Tbh aku tak sangka taw yang aku boleh tindik telinga jadik 3 lobang for each telinga hahaha sebab for me nak tindik tu is sakit but idk mana aku amek kekuatan untuk buat

Sedar tak sedar dah genap setahun for my 2 and 3 lobang walau proses tu perghhh tempat tindik bengkak bernanah berdarah tanpa sebab nanti ok then tetiba bernanah lepas tu bengkak aku pada mulanya stress last last ku lantakkan dia

Memula on october aku buat kerja giler tindik for my 2 lube for both ears last aku bukak sebab terlalu bengkak and sakit ingat bukak then esoknya pasang balik but too bad lubang tu tak menjadik maybe sebab baru seminggu kot then ada bekas aku geram jek tengok bekas tu

Then aku decide on november aku tindik balik tempat yang tertutup kali nie before tindik aku bedal panadol hahahaha sebab tak nak sakit memula ingat nak buat 2 and 3 lobe tu serentak then kakak kata jangan nanti sakit huhuhu

Second lobe aku buat on 20/11 then mereng aku sampai aku buat thirds lobe after 5 hari buat second lobe

Sekali buat macam addicted ekk aku plan nak buat helix tapi mum tak agree permintaan ku di tolak mentah mentah mum kata tak senonoh but maybe not now but di masa akan datang aku akan buat pulak

Aku baca sakit dia lagik sakit dari buat lobe so huhu jek lah

Tujuan aku buat sebab aku bekenan kat earrings chain macam rantai so cantik tu sebab aku buat 3 jenis piercing but until now aku belum beli lagik earrings tu tak de bajet so cannot buy huhuhu

Now untuk elakkan tertutup everyday kena pakai so aku carik yang jenis bulat punya earring untuk elakkan tutup

Soon nak beli bentuk heart shape, star shape and moon shape nanti lah nak carik yang mana pakai tak gatal

Brand nana ke apa ntah tu pakai tak gatal but shape yang aku nak takde, kat zirconia ada shape yang aku nak but aku cannot use daily sebab gatal grrr and kat lovisa only yang macam rantai tu jek yang ada

Satu keberanian for me berjaya tindik lagi 2 lobang hikhikhik….

Be Matured


Nak start active balik ke dunia blogging but untuk kali nie tak nak lah guna kat tittle bentuk ❤️ macam dedulu tu zaman mudah remaja now I dah tua so no more...

Tapi tulah every time cakap nak update blog lepas tu lupa tak taw nak type apa

But I love bebel kat blog sebab aku rasa macam aku dah luahkan satu beban besar yang aku tak luahkan kat sesiapa *so dramatic kan*

So kita mula kan balik untuk kembali ke dunia blogging walau aku taw dah tak de orang pon tulis kat blog, bebel kat blog but aku try untuk bebel kat Instagram or Facebook but the vibes tak sama ehh maybe sebab blog tak de orang baca but instagram, facebook orang baca so I feel like macam cringy nya aku nie 

Kali nie nekad lah update blog walau muncul hanya sekali sekala jek but still I miss blogging so much...

Vlogging memory suara, memory bergerak and blogging pulak memory bertulis both meninggalkan memory yang sangat mendalam for me

Cuma now aku nak kena carik balik watermark untuk gambar so if any gambar nak post dah ada watermark hehehehe gigih taw create everything but so easy untuk lupakan everything hmmm

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!