♥ Etude House Cookies Blusher ♥

 

Etude House buat promotion lagik buy 1 free 1 tapi kali nie ada penambahan
beli RM30 ke atas akan dapat Shinee i'm your fan dengan Tissue
yeeeaayyyy walau pon aku bukannya peminat Shinee 
if buy RM50 ke atas dapat recycle bag okey yang tu tak perlu coz
aku dah ada 2 ketol cukup kot...

Tissue tu kali ke-2 lar aku dapat yang first masa beli lip tint
so kali nie dapat lagik yang aritu punya aku tak guna pon just simpan
yang nie pon sama lar simpan jek huhuhu

Shinee i'm your fan nie boleh lipat and put dalam mini bag 
mini bag tu include sekali so nice and cute color pink lagik
yang pastinya aku tak akan bukak coz too cute huhuhu
then simpan jek lar sama-sama dengan tissue weeee
cute sangattt paling penting all item color pink ♥

Kali nie aku dapat beli something yang dulunya aku fikir aku tak akan beli
entah kenapa hati nie tetiba nak beli plak haishhh
maybe dah syok kot using korean cosmetic tu yang benda yang dulu
tak nak but now beli jugak...

 

Nie lar Cookies Blusher yang dulunya aku tak nak beli tapi last-last beli
jugak huhuhuhu nak try blusher from korean cosmetic plak
nak tengok and bandingkan mana lagik besttt weeee

Kiri Grapefruit Jelly #6 manakala kanan plak Rose Sugar Macaron #7
ingat nak amek rasberry tarte tapi stok tak de dah habis kot entah lar
tak pe next time kita try plak rasberry tarte...

Gambar tak berapa nak clear plak kang terbesar sangat
kalau satu-satu maybe nampak kot...
untuk setakat nie aku belom tunjuk lagik gambar bahagian dalam
nanti ler aku buat review sekali tunjuk satu per satu
entah bila lar agaknya review akan dibuat :p

Untuk kali nie aku tak beli brush coz puff tu sangat comel
lagi plak space tak berapa nak cukup plak if beli brush
takut cover tak cukup besar untuk tutup brush from habuk
it's okey next time pon boleh jugak take time...!!!

Tak sabar nak try gunakan
entah bila lar agaknya akan aku gunakan ekkkk
by the way aku borong semalam tapi bila dah balik tak sempat
nak snap gambar and update blog tu yang update today
penghabisan bulan May 2014 

Banyak review grapefruit jelly bermacam-macam versi aku baca
kebanyakkan positif tapi aku risau jek kalau-kalau stock tak de
selalunya benda yang best jarang ada stock 
rezeki semalam agaknya ada jugak stock yipppyyyy

Cuma rasberry tarte jek tak de so second choice aku amek 
rose sugar macaron yang nie syok ada bling bling
kebanyakkan review kata mereka pakai untuk malam coz lawa
nak pakai siang pon boleh but make sure jangan tebal sangat
light jek so nampak natural weeee tak sabar nak test

Mujur aku dah buat list name blusher yang aku kehendaki
so tak de lar terkial-kial cari satu per satu
tak rugi aku take time buat review huhuhuhu
lagi plak masa nak beli semalam adalah kena kejar time
so dah dapat nama capai jek tanpa menoleh or lihat sekeliling

Capai bayar terus jalan balik miahahaha hidup sekarang kena
kejar time bukan time yang kejar kita
time berlari pantas so kita jugak kena turut serta berlari pantasss

Now dah happy apa yang di idam dah tercapai
sebelom nie pon berdolak dalik nak beli or not...
hati nak beli tapi kekadang perasaan menahan daripada beli
so now hati dan perasaan dah bergabung tu yang dapat beli hehehe

Terasa complete plak even tak ada compact powder jek
slow by slow aku akan beli jugak compact powder tengok lar nanti
so baru lar boleh cakap totally complete weeeee
tunggu next rezeki Insya Allah ^_^

Bye(>‿♥)

♥ Ok Standby ♥


Standby from sekarang coz jam 10 malam nanti ada twilight new moon saga
di tv3 last week just twilight hope another 2 weeks complete lar
twilight season fuhhh fuhhhh

But mata dah kelat lar pulak haishhhh tak boleh jadi kena lawan gak
nanti tak boleh nak tengok Carlisle Cullens plak gagagaga
orang lain team edward lar team jacob lar tapi aku team carlisle :p
okey lah lain daripada yang lain :p

Dari petang tadi hujan syokkk sejukkk jekk
confirm esok bangun lambat cehhhh belom apa-apa hal dah cakap
esok nak bangun lewat mihahahhahaha
okey aper besttt jekkk

Nak bebel tadi pagi tak sempat tu yang sambung bebel malam
esok last day bulan May kan cepat jek kan masa berlalu
dah nak masuk pertengahan tahun tapi esok ada special post
apa dia..?? Nantikan larr....

Jeng-jeng-jeng-jeng ker nak ada sikit teaser..???
sabar yer aku kasi sipiii jek but gambar nie not mine amek from google
nak taw gambar hak persendirian kena tunggu esok ler :p

 

Sedikit saja as sipi-sipi nak tahu sebenar-benarnya hahahah tunggu lar esok
tak pon tengah malam nanti tengok lah macam mana weee can't wait
nak share kat blog apa kah benda sebenarnya
tunggu position yang sesuai untuk snap gambar hohohoho

Poyo ker..??? tak pe lah sekali sekala dalam blog sendiri 
kekadang teringin jugak nak jadi poyo hahahhaha
okey merepek so wait n see....
kalau tak boleh wait hurmm tak apa lar...
tak suka blog nie tak apa jugak.........

Bye(>‿♥)

♥ Line Camera ♥

 

Abaikan yang aku blur just fokus pada LINE camera sahaja
nak bercerita pasal LINE camera
apps yang the best untuk setakat nie...
dalam erti kata satu apps ada bermacam-macam benda boleh buat

Free apps but few things kena buy ala yang free punya pon best
tak payah beli on tak apa ^_^
yang the best ialah frame ada bermacam-macam jenis sampai pening nak
pilih mana yang paling lawa

Aku suka filter kat dalam LINE camera semuanya favorite ku
buatkan gambar lagi syok ye lar kekadang snap gambar then 
malap so boleh ler terangkan

Dapat taw pasal apps nie pon dari Nana Mahazan
katanya hampir 95% using apps nie sahaja edit gambar 
tu yang aku try download rupanya ehhh bestnya

Before kenal wechat aku suka betol dengan apps LINE
boleh send icon gedik-gedik tapi kazen aku cakap apps nie tak bagus
lah nie lar itu lar haishhh bermacam-macam sedangkan best okey

Tapi aku dah tak guna lagik apps LINE yang aku guna cuma
wechat dengan whatsapp so edit gambar baru guna LINE camera
lepas nie nak try carik font ada bentuk ♥♥♥♥♥♥ lah hope ada lar

Bila dah download mula ler asyik post good morning lar good night lar
tak de keje main edit-edit tapi memang best pon tak menyesal download
kalau ler taw apps nie best dari dulu mesti dah bermacam macam edit

Nak edit for beauty pon boleh jugak but aku love design
dah lama nak cari apps macam ginik tapi kebanyakkannya
tak banyak sticker yang best best pon banyak yang kena beli

Lepas nie boleh main edit-edit yipppyyyyy
dah lama tak main edit-edit gambar lepas tu masuk dalam instagram
yang pastinya kalau gambar gedix simpan sendiri tak payah show off
kang ada yang muntah hijau muahhahahhaha

Setakat nie cuma mampu edit filter plus tampal sticker or frame jek
belom try cut and paste nanti nak kena try gak
kalau ada power pandai edit semuanya menjadi lawa
kena tangan tak ada skill sampai ke sudah tak menjadi lawa

Practise make better....
dah pandai edit cantik-cantik aku try post kat blog
tak pon post kat instagram khas for blog
kalau menjadi aku share id instagram tu....
actually dah lama buat cuma tak de apa yang patut untuk share...

Bye(>‿♥)

♥ Upgrade Makeup Storage ♥

 

Sekejap sebelom tu upgrade taw bukannya update
mana taw sekilas pandang nampak seakan update plak
okey sambung balik huhuhuhu

Dedulu kekonon kata nie la tempat yang akan aku letak
untuk daily makeup ku kekonon cukup la sekadar bbcream
tak perlu eyeshadow tak perlu blusher tapi terselit gak blusher

Lepas tu mula la upgrade sedikit demi sedikit
bermula tambah sunblock lepas tu
tambah compact powder dengan lipstick lepas tu nymph aura
lepas tu mascara diikuti liptint kemudian any cushion
foundation, eyeliner, eyeshadow, i'm blooming mist
loose powder, face conditioning apa lagik ekkk

See betapa tak pegangnya pada janji tertambah bermacam macam
benda sampai tool box makeup dah tak muat untuk sumbat semuanya
kemudian mula la mencari tempat lain untuk letak semua


Ingat gunakan jek nie sebab muat i'm blooming mist
tapi still rasa macam susah bab pergerakkan and nak amek
means aku need to korek cari sebab kekadang suka terselit
lelagi eyeshadow sebab ianya cinonet jerrr

Stress lagik sebab tak muat hehehe sambil berfikir siapa la
nak bukak mulut cakap nak pergi daiso :p
so gunakan saja apa yang ada tapi dalam hati menyesal gak
coz tak beli besar cikit maybe beli besar sikit muat kot

Guna jek jangan banyak songeh apa yang ada tu
asalkan dapat guna and tak menyusahkan walau sukar nak capai
eyeshadow jerr bukannya apa

Sekali ada yang bukak mulut cakap nak pergi daiso yippyyy
then start la search tunjuk mum nak buat ginik then mum
cakap menyemak jek nanti lagik nampak berselerak


Nie la sekarang nie aku punya tempat letak daily makeup
senang nak capai bab lip, eyeliner, concealer, brush
benda yang kena dirikan so dah perfect lepas tu aku tambah
pasir pasir supaya ianya berdiri tegak tanpa perlu takut jatuh

Manakala lagik satu tempat tu aku letak semua barang
untuk muka include mirror cute tu walau aku jarang guna
saja nak kasi naik seri hehehehe
senang nak letak semuanya kat situ tapi sempit cikit la

Nie jek aku rasa paling besar untuk muat
yang lelain aku anggarkan tak boleh masuk la frust seyy
kenapa la susah nak carik tempat letak makeup yang sesuai
payah nak jumpa yang bekenan di hati

Kenapa aku tutup brush macam gituk...??
untuk melindungi habuk habuk daripada melekat kat brush
kalau tool box ada la protection kalau letak gituk tak mustahil
dah bila guna nanti habuk bercampur makeup bertepek kat muka
lepas tu mula la jerawat keluar mencikkk

Aku google gak carik macam mana nak protect brush from habuk
ada tu best okey cara dia buat tapi bahan bahan tu kat sini tak ada
so carik la cara lain itu pon memula pakai plastick
habis kesian plak brush eyeshadow tak de protection

Last aku tengok perhatikan nak taw tak aku gunakan apa tu
hehehehe aku gunakan glove untuk hidang makan
aku gunting just nice untuk letak jek kat brush so tak de la
kena habuk tapi bila tengok dekat nampak ler bekas bekas bbcream

Satu jek misi ku yang aku tak tahu bila akan tercapai
nak beli makeup cube untuk letak semuanya dalam tu
hope one day akan tercapai la impian ku nie
bila tengok geyammm jek

Nak buat DIY sendiri tak reti so tunggu la bila akan tercapai
lepas tu nak letak cube kat vanity table atau dressing table
so complete rasanya if ada dressing table dengan cube
satu hari nanti akan aku pastikan ianya menjadi kenyataan

So nie la daily makeup aku just simple jerrr
tapi kekadang malas gak nak pakai :p
dari sedikit now dah grow banyak heeeheehehe

Bye(>‿♥)

♥ Keep Calm & Happy Birthday Daddy ♥

 

Hari nie adalah special day buat daddy coz today is daddy birthday
Happy Birthday Daddy panjang umur di murahkan rezeki always be
happy with us.. moga apa yang di impikan akan tercapai
and may Allah bless you daddy

Ketahui lah kami semua sayang daddy ketat-ketat sangat-sangat
tanpa daddy and mum tak mungkin aku akan jadi sebegini
sebesar and sedebab seperti ginik hehehehe

We love u so muchhh daddy ♥♥♥

 

So for the special day mum masak nasi ayam weeee
tahun nie celebrate simple jek and no cake lagi plak aku pon tak buat
macam tahun lepas hehehehe tapi tak pe tahun nie kita ada nasi ayam
makan together masa lunch tadi aummmmm

Aku pon tak kasi apa-apa present 
cuma aku hanya mampu berikan doa sahaja 
dari dulu daddy setiap kali birthday tak berapa nak suka sangat kalau
kasi present tapi if dah di belikan daddy akan terima

Dah tak ada idea nak kasi present apa so meh lar kita masak masak
and makan makan jek lah senang and ringkas
kalau oven okey dah boleh buat cake kan tak apa lar next year
Insya Allah ^_^

Again happy birthday daddy we love u so muchhhh
u are the best father in the world....
i'm pround of you daddy...
love u so muchhhhhh

Bye(>‿♥)

♥ Kisah MP3 Player ♥

 

Nie adalah permulaan bagi aku untuk keluar ke mana-mana or holiday
wajibbb hangkut mp3 player walkman or ipod nano
sony walkman nie aku dapat masa umur ku 18 tahun kira birthday present
lar color favorite aku cuma sayangkan usb dah hilang tak tahu ke mana
then tak de jual lagik frust seyyy

Yang tak bestnya kena charger kat lappy or tempat usb
masa tu aku belom lagik peminat apple
stress jek ingat lagik angkut pergi langkawi tapi boleh pakai selama 2 hari
daripada masa seminggu stress hoccay...!!!

Stress or not tetap jugak lah bawak ke mana-mana
walau pon boleh pakai cuma few days jek tapi tak apa janji ada hiburan
buat aku :p

After setahun lebih pakai itu pon stress jugak bila wayar usb dah hilang
cannot charger anymore so memang masuk ler dalam peti kebal
dah tak boleh nak pakai lagik kalau jumpa charger boleh pakai no hal
so masa untuk tukar new....

 

Tahun 2009 bulan December nun jauhhhhh di timur tengah aku buy nie
masa tu holiday kat Dubai then macam tertarikkk jek nak buy
penat dah asyik usha usha so akhirnya dapat jugak buy

Disebabkan masa nie aku still belom pakai iphone so siap beli
usb dengan charger untuk charger ipod nano 5th generation
masa tu ada beli stokin khas untuk protect lar kiranya daripada
bercalar or terjatuh 

Masa nie ada camera boleh record video
kebetulan aku ada try record masa jalan-jalan kat orchard road
tapi until now aku tak bukak balik to view sekali tu jek
rasanya dah selamat kot kena deleted

Dah jauh aku bawak ianya travel dengan aku
kekadang ngeri nak pegang lebih-lebih coz ianya nipis sangat
takut terpatah jek muahahahhaha ngeri weyyy

Then lepas pakai earphone plak rosak bila pergi ke apple
masa tu kat KL sampai terpaksa beli new earphone
SA Apple cakap ipod aku tak de dalam data register glurpp

So dia explain lar suruh register balik siap tanya ada resit tak
okey dah berabad zaman so resit mesti lar dah tak ada lagik
dah buang hurmmm time to redha jek lar
dalam hati tak putus-putus berdoa jangan lar rosak or problem

Masa pergi Jakarta adalahhh permulaan semua nekad nak tukar
ke new generation masa tu just usha usha jek
sampai cakap okey nanti kita semua tukar yang baru nak tak
miahahahha niat jek lar nak tukar 

Alhamdulilah rezeki dapat so tukar ke new generation

 

Last sekali nie masa beli nie aku dah pon create blog so boleh tengok
kat link yang aku beri kan ---> here
tapi kali nie aku tak amek color pink now terasa menyesal plak
aku amek color seakan akan grey tapi macam purple bekenan plak
cuma now jek menyesal tak amek pink :p

Masa beli nie bulan puasa dah nak raya
tapi mencari-cari case untuk ipod nano 6th generation tak jumpa
yang ada semuanya berbentuk macam tali jam ayooooo
last-last masing-masing beli jugak 

Bebel-bebel kata kan best kalau dulu time sekolah dah keluar
2 in 1...Jam and mp3 syokkkkk
depan cikgu buat pakai jam dalam bus bukak mp3 hohohoho
apa kan daya dah tak boleh buat demikian lagik

Aku jumpa case yang sesuai pon kat Penang 
bandarnya and mall yang baru bukak siap jumpa kedai jual
betty boob lagik ada baju bermacam-macam
tapi time tu aku beli seakan stokin until now tak use lagik
and tak jumpa pon mana aku sumbat kira hilang

Yang bestnya case yang aku beli ada 2 ketol kebetulan
warna tu sesuai for my ipod so apa lagikk terus pakai
and bestnya siap ada screen protector lagikkk so boleh
protect skrin itu pon aku mintak tolong nany pasangkan tak gheti
nak pasang sendiri yang first sony walkman aku pasang sendiri
until now ada bubble bubble frustttt

Nie jek mp3 aka ipod nano yang aku masih lagik gunakan
dedulu ada gak cecite nak beli yang 7th generation
tapi entah ler maybe next time kot

Still masih suka use yang nie ianya kecik and a bit tebal
tak risau if terpatah ke haper
senang just clip kat seluar or baju very easyyy

Paling penting tak risau kalau sumbat dalam pocket seluar
bila dah pakai ipod nano memang tak akan carik yang lain
kalau seharian jalan pon still banyak lagik
bayangkan lagu aku pernah jejak 600 ++
tapi semuanya tak habis dengar miahahhahaha

Color red pon cun tapi online saja malas arrrr
tak de plak aku plan nak deco ipod nano yang dulunya
aku panggil nano nano until now belom ada nama best
tu jek lah ke hulur ke hilir bawak

Yang tak bestnya sekarang usb charger dah tak sama
tu yang besar punya now charger aku kan usb kecik
hurmmm nie yang boleh beli baru hehehehehe

Aku jarang sangat sekarang bawak ipod
kalau jalan jauh dengan holiday jek pasal kes malas nak charger
so bila dah lama sangat tak guna asyik kena restore saja
nak or not restore ajek lah

Kekadang rasa better buy ipod touch jek coz boleh dengar lagu
sambil main game tapi yang pastinya battery mesti macam air
walau macam mana pon pasti akan cari mp3 player

If aku buy pink mesti ketiga-tiga collection ku pink
percaya lar orange jugak look lawa nampak seakan akan gold
grrr silver kureng lar blue pon sama
masa beli nie amek yang paling besar 16GB kalau tak silap
tak banyak color sangatt

Dulu masa 5th generation tak menahan godaan colourfull
tapi yang 6th tak berapa nak colourfull
cuma 7th generation nie back semula ke colourfull 
but still love my 6th generation ipod nano...

Bye(>‿♥)

♥ Hotlink Free Internet ♥

 

Sekarang kat dalam rumah semua dah beralih arah ke hotlink free internet
lelagi boleh wechat...whatsapp... facebook... twitter.. update blog
actually more ke wechat dengan facebook sajerrr

Memula aku yang pakai sebab tertarikkk dengan free internet ingat kan
lepas dah baca banyak tempat aku macam tak percaya lah
kebetulan Fad pon guna so aku siasat betol ke apa yang aku baca
and tanya macam mana dia guna segala bla bla bla akhirnya betolll

Kebetulan tengah mencari no prepaid yang ada internet
ingat nak try celcom 1malaysia yang jual serata instagram
siap ada unlimited lepas bertanya tanya perghhh mahal seyyyy
top up untuk internet boleh jejak dekat RM100 baik aku pakai postpaid

Lepas dengar hotlink free internet satu persatu ahli keluarga try
aku and adik beradik jek lah so kat situ ada 3 ketol
cuma tinggal mum and daddy jek pakai celcom hehehehe

Aku tengok adik beradik aku yang pakai semuanya rilex guna
tak de dengar dorang bebel cakap slow ke hape cuma paham-paham jek la
kalau top up RM5 slow cikit kalau RM10 laju maybe kalau RM30 lagi laju
aku plak jarang top up so tak berapa nak guna sangat free internet
tak pe aku simpan and kumpul cukup-cukup hehehehee

Kira betol lar apa yang aku baca so syokkkk
lepas nie if pergi memana just top up then can use internet tak payah fikir
ala tak bestnya tak boleh nak online :p
pergi memana tempat yang ada 3G dah bolehh tanpa ada masalah

Ketiga-tiga nie 3G bukannya 4G
tak kisah lah soal tu janji boleh online boleh reply wechat...whatsapp
godeh facebook dengan twitter maybe boleh jugak upload gambar kat 
instagram aku tengok Fad rilex jekk upload gambar kat facebook 
use free internet tapi tak taw lar kalau Fad amek yang 1GB punya

Tak menyesal lar pilih yang ini
lelagi aku dapat number birthday so tak akan tukar lagik guna jek lar
sampai bebila hehehehe cakap jek tak tukar tapi nanti tukar
rezeki kot dapat 2 kali number birthday ^_^

Walau pon call and sms ke number lain mahal tapi sebab internet punya pasal
tapi sekarang kan dah ada active10 so happy call murah and sms pun murah
dah lama aku tak kumpul top up kalau dulu boleh jejak RM70
sebab asyik top up RM3 jekk

Sekarang mana ada lagik top up RM3 kalau dulu ada lah
yang lagik besttt masa tahun 2004 ke 2005 boleh top up RM2
just masukkan number masa tu aku baru berjinak-jinak guna hotlink
kekawan semua guna hotlink cuma aku dengan Fad jek guna digi
cuma sekarang jek baru pandai guna prepaid celcom :p

Aku nie jenis susah nak lekat dengan satu number
mesti akan main tukar-tukar lelagi kalau rasa boring laju jek tukar
Insya Allah kali nie tak kot pasal dah dapat apa yang aku idamkan

Tak tahu lah sampai bila promosi hotlink free internet nie
akan berada di pasaran jangan sampai satu tahap dah di stopkan
so no more free basic internet yang ada plan lain
and if keluar plan lain jangan plan free internet nie dimatikan jugak
hah nie boleh mendatangkan kemarahan...

Rasanya susah kot hotlink nak buat plan lain
coz plan free internet nie jek dah tarik berapa ramai orang
lelagi yang jenis kuat online mesti akan cari plan nie

Aritu aku nak try umobile punya plan u28 kalau tak silap
then aku tanya lah someone yang use nak taw jugak kan
katanya better pilih hotlink hurmmm 

Cuma yang tak tahan kalau bukak 3G battery drain laju
dah lah yang update kali nie battery laju jek turun
tak boleh nak bajet charger 2 or 3 hari sekali
kalau dulu kekadang sampai hari ke-3 baru aku charger
ingat lagik dulu charger hari ke 3 or ke 4
but now hari-hari wajib nak kena charger....

Bye(>‿♥)

♥ Dah Lama Sampai ♥


Aku teringat sesuatu jeng jeng jeng
bila dah teringat wajib untuk aku lakukan sesuatu jeng jeng jeng
sementara dah teringat baik settle kan cepat-cepat
kang lupa lagik plak 

Ingat tak dulu aku cakap kalau sample dah sampai aku gedik nak post
kat blog aku errr kalau tak ingat tak apa lah biar aku ingat sendiri
kalau tak caya can rujuk kat entry nie----> sini

Alhamdulilah sample dah sampai lama sangatttt
nak taw tak masa sample libresse sampai aku kat hospital
so tak boleh nak snap picture lar dah berapa lama

Kebetulan masa sampai tu Ayyash dah pi bukak
so memang tak dapat lar nak selamatkan untuk amek gambar
tapi tak apa lah janji dah selamat sampai kan

Dalam bebanyak yang di beri sample aku suker pantyliner libresse
besttt sangat so now if habis pon aku akan pilih libresse
pasal ianya terletak and tak de lah huru hara
aku kan ganasss :p

Lebih prefer yang green tea odor control
kalau lah kat dalam tu buat design macam brand kotex kan best
lawa cikit asyik plain jek muak lar plak 

Cisss tak malu cerita pasal pantyliner
ehhh aku kalau pantyliner still boleh cerita daripada pad susah sikit
tapi if bayar walau pon pantyliner aku carik casher pompuan
and beli pon aku tutup tutup sorok disebalik beli barang or kertas
segan over sangatttttt

Nak cari cara susun atur pantyliner lah supaya senang capai
bila solat sangat mudah use pantyliner and lebih mudah daripada
asyik bawak tissue cuma kena standby 2 or 3 ketol lah untuk
tukar-tukar supaya bersihhhhhh

Pompuan nie salah sikit jek mula la kena urine infection
kalau dah terkena bukan main seksaaa rasanya
minum air kurang kena... kotor toilet pon boleh kena

Ada sesetengah kalau public toilet kotor memang tak boleh masuk
nanti mula lar terasa semacam kalau public toilet bersih okey no hal
haishhh nak kena jaga macam nak jaga gold yang berguni guni seyy
silap cikit ada jek tak kena ishhh ishhh ishhhhh

Uiksss pe hal story pasal nie sampai ke ginikkk
so kepada lelaki di luar sana if awek korang nak ke toilet
padahal dah bising tak tahan dah nak terkeluar
bila jumpa toilet katanya kotor jangan nak bebel plak ehhh
carikan or bawak ke public toilet yang bersihhh
sekian............  

Bye(>‿♥)

♥ Haul At Mr D.I.Y ♥

 

Sekarang kat mana-mana pon ada Mr D.I.Y kan kan
dak Ayyash panggil tu kedai hammer sebabnya ada logo hammer
so 2 cerita aku post dalam satu entry malas plak nak buat 2 entry :p

Disebabkan nak ke daiso agak sukar tak de siapa nak drive
al maklum aku tak ngeti nak drive sampai ke situ
nama jek ada lesen wawawa ngeri nak drive tempat banyak kereta tak
hilang-hilang stress betol la...

2 minggu lepas pergi lah Mr D.I.Y nak mencari yang keluarkan
whitehead blackhead gitukkk nasib baik jumpa tapi itu terbeli jugak
entah hape-hape hehehehhe

Aku beli beauty headband senang bila nak pakai makeup
tak de lah rambut asyik mengacau jek aku paling bosan makeup tak ikat rambut
rimas rasa tak selesa nak makeup betol-betol dasar demand tinggi betol
lagi plak dari dulu aku selalu gituk senang nak blend bb ream
ada jek alasan kan

Sponge tu kekonon lepas wash muka and pakai nanti kan sponge serap air
itu pon aku tengok kat youtube nampak macam best tu yang beli
belom sempat gunakan lagik lagi plak belom ada idea nak keringkan
macam mana lepas guna kalau boleh tak nak terdedah sangat
nanti kang hinggap segala bacteria demandddd

 

Mini brow class walau pon aku tak akan cukur kening saja jek nak test
lagi pon sekarang kan berlambak tutorial tak cukur kening tapi nampak
seakan akan cukur ada teknik nanti nak kena check balik
tak akan cukur weyyy so beli simpan dulu

Nanti nak beli eyebrow pencil dengan color my eyebrows
itu pon selepas dah pandai tutup-tutup selepas dah draw using brow class
kat etude house pon ada jual tapi tak beli arr baik beli jek kat Mr D.I.Y

Dari aritu aku nak beli masa 2 minggu lepas tapi aku asyik nanti ler
so semalam alang alang dah sampai capai ajek lah senang
nanti kalau nak tetiba stock habis selalu kena macam gitukkk

Cotton pufff aku keluarkan isi dalamnya kemudian aku masukkan cotton puff
yang aku gunakan selama nie senang and simple...
lagi plak nampak kemas cikit kalau letak kat dalam bekas ginik
daripada letak kotak dah tak lawa...

Nie semua idea yang aku dapat daripada makeup organizer
dorang create cotton puff holder then look so cute
bezanya cotton puff dorang bulat aku punya plak square
kena carik bentuk square untuk masukkan

Susah betol nak kopek sticker tu kuat betol gam yang di letakkan
tak apa lah nasib baik bentuk cute kalau tak cute memang aku kerjakan
paksa sampai boleh bukak muahahahha cara ganasss

Memula ingat nak carik kat daiso tapi itu ler semua tak de pon
bukak mulut cakap nak pergi benci tawww 
nasib baik kat Mr D.I.Y ada jual something aku nak
ianya sangat memenuhi impian dan keinginan aku fuhhhhhh

Terasa macam dah complete plak
arghhhh nak tunjuk or not...!!!
tak pe slow slow kita mula kan from sedikit to banyak
weeee tak sabar nak jadikan kenangan terindahhhhh

Ada benda beli kat Mr D.I.Y lagik untung macam benda kecik kecik
bawah RM1.00 boleh dapat and ada benda beli kat daiso lagi untung
macam kat Mr D.I.Y jual RM8.00 kat daiso boleh dapat RM5.00
kalau lah daiso bukak seketol berdekatan kan best tak payah nak ke
bukit indah or yang terbaru kulai jaya.....

Bye(>‿♥)

♥ Eye Primer ♥

 

Semalam aku merayap memula pergi Larkin then City Square lepas tu 
Econsave ingat nak ke Tesco sekali dah kepenatan giler arr dah lama 
tak merayap ginik tup-tup condem plak sahhh lama tak buat kerja giler

Aku dari aritu dok usha eye primer kebanyakkannya guna urban decay
banyak positif review taw bestt jekk tapi kat Johor mana nak carik
terfikir gak bila lar urban decay nak bukak satu stall haishhh
yang ada kat Sephora Bukit Bintang menyesal dulu tak beli :p

Kebetulan promo buy 1 free 1 still ada lagik so apa lagik alang alang dah
ke bandar sekali jalan senang nanti dah balik rumah nak pergi lagik malas
so dapat ler 2 ketol 

Masa aku tanya harganya RM29.90 tapi masa aku pergi semalam RM26.90
cun tapi rasanya lepas nie back to normal kot hehehehe

 

Cinonet ajekk tangai jek tinggi tapi bila letak bersama-sama makeup
lain nampak perfect yang penting tak payah ada masalah and tak pening

Selama nie aku tak heran bab eye primer ingatkan just pakai white eyeshadow
as base cukup sekali bila aku try search lebih mendalam ada banyak bezanya
bila pakai dengan base look nice taw nampak more color eyeshadow naik
tapi bila just pakai eyeshadow without base nampak seakan macam tepek
dengan powder gitukk

Dalam masa yang sama eye primer nie dapat tahan kan eyeshadow dengan
eyeliner tanpa smudge kan best gitukkk tak payah risau jadi comot
ye lah kalau dah panas paham-paham jek lah

Terlebih tengok tutorial makeup macam ginik ler
dulu tak berapa nak kesah maybe sebab tak kenal erti bb cream kot
kan ke malas nak bersihkan foundation ayoo seksa jiwa raga

So nanti aku nak try coz sekarang nie aku belom ada masa nak pakai
eyeshadow kang nanti bila aku pakai aku update review
tunggu ler berabad zaman tak tahu bila akan pakai heheehe

Kalau benda-benda ginik aku suka buy 1 free 1 coz ianya look macam small
then macam rugi plak bila beli 1 jek 
nak ikutkan yang second item 60% lagik untung tapi aku suka buy 1 free 1
kalau boleh semua benda nak buy time promo buy 1 free 1 bestt....
 
Bye(>‿♥)

♥ Bersihkan Apa Yang Patut ♥

 

Pagi tadi ku buat kerja mendadak...
bangun jek terus bersihkan bilik apa lagik cari ler vacuum untuk bersihkan
mana habuk yang kat atas syiling or selit tepi-tepi
clearkan apa yang tak nak fuhhhhh fonatttt

Aku cakap dengan bibik nanti raya aku dah tak payah nak kemas bilik lagi
coz today aku dah settle kan semua sedangkan sebelom nie raya pon
aku tak de kemas macam ginik

Tarik katil vacuum bawah mana habuk stress dengan habuk hidung aku alah
cepat jek kena selsema sebelom makin teruk baik kerjakan
dah lama aku tak vacuum menggiler macam ginik :p

Bila dah bersih clear terasa macam lapang jek bilik before nie rasa aduhhaii
dah kemas pon tetap nampak berselerak dah penat nak susun susun lagik
langsir pon aku bukak cuma pakai yang white nipis jek lega rasanya

Senang lepas nie tak payah dah pening pening nak bersihkan lagik
gunakan masa yang sedia ada nie untuk bersihkan nanti dah puasa memang
tak kan lah buat kerja pembersihan dan pemusnahan kuikuikui

Aku nie datang rajin memang ler mengemas bersihkan vacuum
datang jek rasa malas aku biarkan jek lah tunggu sampai mood rajin datang
tapi kekadang tak jugak datang mood rajin hehehehhe

Raya tahun nie aku boleh rilex coz tak payah nak bersih bersih kan lagik
nanti just susun susun jek mana yang tak teratur weeee
terasa macam bestnya my new room padahal bilik yang sama jek
macam nak buat ayat "Welcome To My Sweet Room"
then gantung kat depan pintu wahhhh hoverrrrr 

Bye(>‿♥)

♥ Teacher Day ♥

 

Happy Teacher Day ^_^
untuk semua teacher teacher di seluru dunia termasuk ex cikgu-cikgu ku
mesti semua busy dengan concert teacher day kan
ingat lagik dulu selalunya aku memang tak pergi...

Hari nie school Ayyash celebrate pakai baju biasa apa lagik suka lar
Ayyash pakai baju favorite katanya nak jadi boss
ada cita-cita besar nampaknya tak apa lah moga jadi kenyataan Amin

Macam best jek kan zaman sekolah tak payah banyak fikir
yang kepala fikir cuma belajar...exam...berjaya
betol kata cikgu-cikgu ku dulu bila habis sekolah pasti rasa nak sekolah balik

Cuma masa tu masing-masing tak sabar nak habiskan sekolah
boleh enjoy tak payah fikir homework, study, exam
yang fikir cuma boleh bebass

Tapi kebebasan itu ler yang mengikat kepada permulaan kehidupan
fikir duit untuk bayar bill-bill plak
lagi sekarang semua barang dah mahal pening kepala nak fikir
gaji ciput jekkkk

Bila dah ginik baru rasa menyesal kenapa lah dulu tak nak belajar pandai
kalau tak mesti gaji dah okey tak payah pening fikir soal bayaran bill
barang-barang perbelanjaan rumah
betol tak..??

Sejujurnya aku kadang kala rindu juga zaman sekolah
lelagi bila contact balik kawan lama terbayang segala memory
siap flash back bermacam macam haishhh rindu-rindu
kalau lah dapat kembali untuk sekadar 6 month kan best

Hahaha giler tak mungkin akan terjadi lah
coz now masing-masing dah ada life sendiri
mana yang dah ada anak berderet-deret
mana yang happy dengan kerja pilihannya

Tapi ada jugak yang dah tak berada di dunia
kembali kepada penciptaNya
bila di beritahu macam tak percaya plak kebanyakkannya exident
and if ada few pon baru yang sakit

Sekarang usia tak mengenal kematian
kalau dah sampai masanya pasti akan pergi jugak
tak akan ada siapa-siapa pon yang boleh menghalangnya

Aritu bebual dengan kawan lama katanya nak buat reunion
kalau dulu masa habis SPM buat masing-masing masih huha huha
but now ada yang dah jadi isteri orang...ada yang dah jadi suami orang
so nanti akan datang membawa lah anak masing-masing
ada jugak yang dah jadi tunang orang...
yang belom kahwin or ada pasangan tetap maintain

Ehhh friend-friend lama ada instagram daa
malas lar nak add and malas nak use nama sekolah
muahahahha tapi kenal ke mereka-mereka nie
rasanya dah tak kot :p

Tapi ada jugak yang kenal cuma aku jek tak kenal dorang
tengok muka ingat tapi nama dah lupa hehehehe
nanti nanti ler kalau aku rajin aku add lah mereka-mereka nie
cuma now aku malas nak create new instagram tu jek

p/s: Ingat nak try tutorial makeup eye untuk ulzzang tapi macam
malas plak entah bila lah nak datang rajin
bukan apa malas nak bersihkan eyeliner....
bila lah nak pasang floating shelf wall seksanya nak menunggu penantian
pakal jek aku tak reti kalau reti dah lama aku pasang sendiri...!!!

Bye(>‿♥)

♥ Seram: Black Shadow ♥

 
*Guna gambar nie jek lah tak seram sangat*

Kejadian berlaku pada 17.03.2014
time tu kat rumah abang kedua aku
kebetulan dak Ayyash sibuk nak pergi jumpa kak Rah
nak wish happy birthday la nak potong cake tukar hadiah
padahal birthday kak Rah so Ayyash pon join sekali

Dari aritu kak Rah show aku marker untuk conteng muka
and badan yang boleh hilang just wash dengan soap
tapi kena sental la jugak payah betol nak hilang
dah tak pepasal guna sabun cuci pingan mangkuk habis
kulit ku yang tak berapa nak gebussss :p

Masa tu magrib kalau tak silap aku selepas habis di kerjakan
oleh Ayyash dengan Kak Rah aku pon nak bersihkan la tangan
yang dok berconteng conteng pada mulanya budak berdua ada
dengan aku kat dapur then lepas dah amek coki coki di tinggalkan
aku sorang sorang kat dapur sabo jek la

Tengah bersihkan tangan aku rasa macam ada orang perhatikan
mata nie ternampak nampak bayangan hitam keseluruhannya
aikkk apa benda plak nie bila toleh tak de plak
tapi bila aku sambung bersihkan terasa beb

Terasa diperhatikan benda tu berdiri kat tepi pintu
so kira senang la boleh nampak gituk
ianya seakan akan marah tapi terasa giler giler ahhh
tapi aku buat derk jek sambung balik basuh tangan
hasil contengan budak berdua

Tengah basuh lagik sebelah sudahhh benda tu beraksi lain plak
ternampak seakan akan kelibat keluar dari bilik menuju terus
pap hilang grrrrrr

Bayangan hitam jugak tapi yang tu bukannya bilik tapi dinding
celah mana plak benda alah nie keluar menuju terus ke meja makan
tapi tak sampai kat meja makan pap hilang
kira hilang disebalik lepas pintu

Agaknya boring kot dok kacau aku kat dapur tapi aku tak layan
dibuatnya gituk kekonon nak takutkan aku hampehhhh
aku tak kacau pon benda alah tu selama nie pergi okey tak
pernah plak nampak nampak maybe sebab riuh kot
kebetulan hari tu time magrib ada pergi solat
and penghuni manusia dalam rumah pon tak ramai

Yang bestnya budak berdua pon boleh senyap tak bersuara
nasib baik lepas dah nampak tu rilex jek pergi dapur
tak de plak rasa seram fuhhhhh lagi plak
aku tak amek pusing pon fikir pasal benda bayangan hitam tu
aku ignore kan jek mungkin ianya sekadar bayangan jalan agaknya
kalau betol betol duduk kat dapur mungkin aku akan rasa seram

Aku kalau bayangan hitam dah selalu nampak so jantung aku tak
de la rasa macam berlari berpuluh puluh kilometer
cuma tu jek harap sangat tak nampak yang mengerikan
kalau bayangan bayang or sempurna aku masih mampu bertahan

Lagi satu tengok pada keadaan kalau aku rasa normal
tak de la apa-apa sangat kecuali terasa macam seram semacam
okey aku benci bila rasa macam gituk sebab nanti otak aku
asyik fikir lain and aku tak boleh nak kuatkan diri untuk lawan
kekadang aku terpaksa mengalah

Hope tu hanya pertama dan kali terakhir la nampak
tak sanggup nak nampak berulang ulang kali baik baik aku berani
terus jadi kecut

Tapikan aku terasa macam seakan akan nampak riak wajahnya
macam marah and tak suka la
dulu katanya dah panggil ustaz tapi entah kenapa aku nampak gituk
dah bilang then dia kata nanti nak bagi taw ustaz

Alhamdulilah now rumah dah bebas daripada segala jenis penampakkan
selepas sekali ustaz bersihkan rumah and memalam gi toilet pon
dah berani kalau dulu rasa kecutt semacam

Bye(>‿♥)

♥ Misi Hampir Berjaya ♥

 

Misi aku hampir nak menuju ke kejayaan
tapi masih belom sempurna lagik huhuhu
Syukur Alhamdulilah impian dan keinginan ku hampir berjaya terlaksana

Aku beli pada saturday lepas tapi until now belom pasang lagik
abang jan janji nak tolong pasangkan tapi dia busy so sangat tak menyempat
nak pasang hope before genap one week dah pasang lar if ada apa-apa hal
masih boleh tukar janji resit ada after one week dah tak boleh

Memula dah survey tengok dah bekenan so fikir lar nak letak mana
ingat nak letak kat tepi tingkap situ ada 2 lampu putih dengan orange
siap amek ukuran takut terbesar coz space untuk letak sangat terhad

First carik kat giant ada jual then tesco tak de jual Mr Diy pon sama
last carik kat aeon big ada tapi mahal daripada giant sabo jek lar
kat jusco tak carik coz tahu mesti tak akan ada menyampahhh nak carik

Saturday pergi lah kejap sesambil carik something untuk mother day
then hasil ukuran sangat frust coz aku perlu beli yang kecik punya 2 ketol
satu dah RM19.90 kalau 2 dah berapa hurmm tak bestttt

Then carik yang medium terkeluar banyak memang tak boleh masuk
tak jadi nak letak kat situ sob sob sob
fikir punya fikir baik amek yang besar cikit nanti ada banyak space
hope muat ler semuanya Amin

Last choice amek yang paling besar tak de lar besar sangat
rega RM30 dah alang alang amek medium baik tambah lagik cikit
so dapat ler besar cikit

Aku amek color black yang ada cuma black dengan color macam kayu
color white ada tapi aku sangatt tak bekenan tak tahu kenapa
sekali pandang ehh black cun lar so aku pilih black hehehe

Beli dah cuma pasang jek belom aduhaiii lama lagik ke kena menunggu
tak sabar rasanya nak jayakan wish aku selama nie
dulu siap ingat nak letak flower lagik ngehh ngehh ngehhh
tak payah ler menyemak and makan space jek baik letak lain

Kalau aku amek white mesti akan nampak berabuk lelagi kalau tak lap
jadi bila amek hitam walau habuk seketol pon tak nampak
aku malas nak lap lap bersihkan huhuhu *aku memang pemalas*

Bila dah beli yang besar terus tak payah beli small kerusi
just pakai apa yang ada kang menyemak lar plak bebanyak
unless kalau aku letak kat tepi tingkap hah yang tu memang nak
kena beli kerusi apa ntah nama sebenarnya lupa daaa

Sekarang nie aku dalam misi nak mencari cotton pad holder
lawa lawa seyy aku tengok kat google tapi mana lar nak carik
ingat nak pergi daiso kan daiso ada banyak jenis aritu pernah
nampak color pink and ianya adalah kaca menyesal aritu tak beli

Tak kan aku nak letak box dah lawa-lawa kang yang part tu jadi tak
lawa plak hurmm aku ingat nak buat ler macam makeup organizer
aritu pernah nampak bahan yang digunakan sekadar cari di daiso
entah siapa lar nak tolong bawakan ke situ kalau ler aku taw drive 
ke situ kan senang uwaaa daiso macam nak request jek suruh
bukak kat jusco tebrau city

Rasanya kat Mr D.I.Y pon boleh dapat ler
tapi nak kena check betol betol mesti akan jumpa punya
janji bentuk 4 segi and ada tutup dah perfectt
tapi kalau tak jumpa tak apa lar aku akan carik sampai jumpa

Macam nak jekkk pergi carik hehehe tapi sabar jek lar dulu
kang kalau cari selagi belom pasang nak letak mana dulu
so kena lar tunggu dah siap pasang baru boleh mencari

Kalau lar hari nie boleh pasang kan besttttt
bila lar ianya nak menjadi dengan sempurna
tak sabar nak menunggu semuanya siap...!!! 

Bye(>‿♥)

♥ Boikot Coffee ♥

 

Kerana coffee huru hara seketika tubuh badan aku
aku bukan boikot L.A. Coffee atas sebab apa kalau nak tahu teruskan jek lar
baca by the way bukan L.A. coffee saja semua coffee

Dari dulu aku memang alah dengan coffee selalu kena gastrik
pernah sekali tahun 2008 punya lar sedap minum hazelnut ice blended
padahal minum petang satu malam aku tak boleh tidur gastrik menyerang
bila pagi ingatkan kurang tapi tak jugak sampai dekat petang baru okey

Selama nie minum L.A. Coffee okey tak pernah rasa gituk
boleh terima lar senang cerita tak pernah rasa tak selesa 
cuma minggu lepas tetiba kena balik kali nie sangattt overr

Petang tu aku minum lar tekak tetiba teringat nak minum
bila dah syok habis minum memula rasa sedikit tapi ignore
selama nie asyik ignore jekkkk :p

Then sepanjang malam aku tak boleh nak lelapkan mata
asyik sedawa and perut pon feel sebu jerrr
semuanya serba salah baring tak kena duduk tak kena

Bila bangun ingatkan hilang rupanya tak hilang hilang
sesak rasa perut dengan dada 
aku bajet kejap lagik hilang lar tunggu punya tunggu tak hilang hilang
selama 3 hingga 4 hari aku rasa perut sebu angin sakit
nak makan pon tak berani takut lagik teruk

Last-last beli gaviscon makan 2 sudu baru rasa lega cikit kat perut
sepanjang hari pagi petang malam asyik gosok minyak panas
untuk rasa panas seluruh perut untuk hilangkan sedikit sebu perut

Setiap kali sebelom makan wajib amek 2 sudu gaviscon
kalau tidak bila makan jek perut naik sebu sangattt tak selesaaa
sakit sakit pon 2 hari berturut turut makan sushi kekekekeke
sebelom makan sushi aku akan amek 2 sudu gaviscon

Dah lama aku tak kena macam ginik
sekali bila kena punya lar lama nak hilang sakit
before nie okey jek tak de masalah nie tetiba jek kena balik
no coffee anymore sob sob sob lepas nie minum milo saja :p

Kalau orang lain mesti minum hot coffee lelagi kat starbuck
tapi aku tetap pilih hot chocolate tak berani nak minum coffee
memang tak berani nak amek coffee 

Cuma sejak iklan L.A. Coffee baru berani nak mencuba
katanya gastrik friendly pada mulanya semuanya okey no hal
tak de rasa sakit ke sebu ke cuma nie tetiba kena balik
so memang tak akan amek lagik la any coffee

Tapikan macam geyam jek dengan nescafe syokk woooo
lupa diri kan bila sakit cakap no more nescafe or coffee
bila dah sihat tak de lagik rasa sakit mula start minum balik hehehe
kali nie memang no more ler 

Aku nie ikut mum ler cannot accept coffee sangat mesti gastrik sebu
seksa hoccay bila kena macam ginik
dengan rasa mual nak muntah sampai kena jolok tekak sangatt seksa
yang aku tak tahan tu rasa mual tu kat tekak semacam jekk
punya lar seksaa 

Rasa sebu berserta rasa mual sangattt overrr
bila kedua-duanya bergabung berserta rasa sesak kat perut
sangat tak syokkkk :(

Bila skip makan start kena rasa sebu balik
susah selagi ianya belom betol betol pulih bila skip makan mula lar
datang balik aku bila ianya dah datang balik takut wooo
rasa macam Ya Allah seksanya

Selagi belom okey aku tak berani nak amek coffee dengan skip makan
bila dah okey so boleh sambung balik diet
kalau sakit ginik dah bertapak kat dalam badan memang susah
silap sikit jerr huru hara satu badan

Mana rasa nak muntah....rasa sebu kat perut...gastrik datang..
pusing sana pusing sini semuanya serba tak kena
mulai saat nie aku nak boikot coffee... 

Bye(>‿♥)

♥ Dear Beloved Mum ♥

 

Dear My Beloved Mum, i love you so much ever and forever until i die.
semalam kan mother day macam macam versi boleh baca kat facebook
sorang kata tak boleh sorang kata boleh naik pening kepala
amek langkah ringkas just one day for special day untuk my mum

Tak sempat nak update malas giler nak bukak lappy
and malas giler nak type type nie pon datang rajin tu yang berupdate
kalau tak tunggu jek lar esok :p

Carnation flower yang khas untuk seorang yang bergelar mum
flower nie lebih special daripada rose ^_^
tak salahkan ada flower khas untuk penghargaan betol tak
asalkan kita tak buat yang di larang oleh Allah

Tahun nie just tengah malam wish kat mum
and buy slice cake syokkk kang beli banyak banyak siapa nak makan
nanti terbuang dah membazir 

Happy Mother Day For My Beloved Mum,
susah payah mengandungkan dan membesarkan aku
dah besar aku plak selalu melawan cakap mum sob sob sob :(
tak selalu lar kekadang jer kalau emo sengal aku datang
dah macam taufan sandy plak sob sob sob :(

Bye(>‿♥)

♥ Wedding Boarding Pass ♥

 

Tadaaaaa minggu orang kahwin sebelom bulan ramadhan :p
bekenan plak aku tengok 2 jenis card sempoi hoccay
menggunakan theme boarding pass selama nie tengok kat google jer

Yang atas malaysia airline (MAS) yang seconf nie sis kata air asia
sempoi kan kalau tempat printing baik punya rega boleh buat
macam macam jenis pon boleh buat hehehehe

Aku nak story pasal nie tapi asyik terlupa jek
bila update cerita lain plak so tertangguh then today baru sempat
ingatkan nak update hari rabu sekali aku tak sihat 

Siapa lagik lepas nie nak buat sempoi sempoi macam ginik
aku tukang amek gambar jer then masukkan dalam blog hehehe
tapi kedua-dua wedding nie aku tak pergi yang pergi cuma parent ku saja

Cuma satu wedding tu jek aku pergi pasal sedara lawa pelamin dia
tapi segan plak nak amek gambar :p
aikkk sejak bila plak reti segan ekkk hahahahha wedding card 
sedara aku tak snap gambar cuma dua ketol nie jek aku snap gambar

Nak cepat cepat habis entry nie coz kilat guruh dah mula tunjuk diri
before makin mengganas better selamatkan streamyx aku dulu
so tu jek ari nie punya entry ecehhhh macam lar ada orang baca
dah nama pon blog syok sendiri kan kan kan :p

Kekadang kan bila dapat kad kahwin tertanya tanya siapa plak yang
kahwin nie bila perhatikan ooo rupanya anak kawan daddy hikhikhik
selalunya daddy rajin pergi tapi mum macam aku jugak malas nak pergi
nanti daddy cakap dengan mum if aku or sis kahwin tak de orang datang

Wawawawa aku kalau kahwin if ada rezeki ler kan
tak nak jemput ramai orang just nak jemput yang mana kenal jer coz
aku akan pastikan wedding aku ada ler yang private and exclusive
hanya orang tertentu saja boleh pergi :p

Amboiii demand seyyyy kang kena bising plak
saja jerr nak berangan gituk walhal tak kot buat macam gituk
unless if ada majlis khas untuk jemput yang lelain
haishhh over seyy berangan 

Tapi dalam banyak banyak aku suka yang passport punya
sempoi habisss kalau lar yang aku berangan tu jadi kenyataan
boleh design kad yang power power punya contoh yang passport,
kan ada jenis buat gulung nak baca baru bukak donno apa namanya
tak pon buat macam jenis poster movie hohohoho

Sekarang kalau boleh semua orang nak buat simple saja
kalau boleh depan card pihak pompuan belakang card pihak lelaki
senang tak payah nak buat banyak banyak card semua sekali gus
card color black lawa hoccayyy lepas tu tulisan color gold

Kalau nak use tulisan color gold plss lar tengok color card
jangan amek color yang tak menampakkan tulisan susah orang nak baca
nak kena sengetkan card baru boleh baca susah kan..

Bye(>‿♥)

♥ Shopping Rayaaa ♥

 

Tak lama lagik dah nak puasa kan kan kan aritu aku tengok iklan kurma
dah start keluar kat tv petanda tu petanda...
petanda apa..?? petanda tak lama lagik dah nak puasa daaa
so sementara belom puasa ramai kan dah mula start shopping

Memandangkan bulan ramadhan selepas berbuka puasa semua macam
malasss jekkk nak pergi shopping so langkah mudah before puasa
shopping baju segala keperluan raya gitukkkk

Tapi tak best la coz tak rasa feel nak raya pon just feel shopping biasa
aku suka bila lagik seminggu nak raya hah time tu shopping
mood dia perghhhh tak sesabo nak raya lelagi dah dengar lagu raya

Kalau sendiri punya badan tak kisah kot malam raya pon still boleh
shopping cuma kalau dah beramai-ramai tak sempat nak mencari
tak bagus kang huru hara rasanya huhuhuhu

Tahun nie aku tetap tak nak jahit baju kurung pasal rimass nak pakai kain
tak boleh nak jalan gangster :p
ingat kan tahun nie nak pakai jeans dengan t-shirt jek lar auwwmmm
simple and stylo tapi habis ler kena bisingggg sob sob sob

Cuma aku harap wish aku tu akan menjadi kenyataan
aritu dah survey hanya giant jer ada tapi besar sangat and kecik sangat
yang sedang tak ada hampehhh frusttt i :(
nanti nak try carik few tempat lar hope jumpa lar

Fad dah start carik tempat nak tempah langsir
and fad tanya aku mana nak carik duhhh jangan di tanya pada aku
sebab selama nie hanya mum dengan sis jerr pergi carik and pilih kain
yang aku tahu aku dah bagi taw aku nak color sekelian sekelian ginik

Ikutkan hati tak nak letak langsir leceh betol and rimasss je tengok
tapi nanti bilik tak de seri plak macam togel jekk
sebenarnya malas dah nak fikir pasal persiapan raya
sejak arwah nenek meninggal entah macam rasa tak de makna pon raya

Sedara pon bukannya ramai sangatt seciput jekkk
raya pertama dah settle melawat sedara see betapa ciputnya sampai raya
pertama dah settle taw raya kedua ketiga duduk rumah tengok tv 
sambil makan kuih raya *mana lar tak gemokk*

Kekadang entah lar ekkk orang lain sampai raya ke-4 busy
pergi beraya family aku rilex tak busy sangattt
kalau nak suruh snap gambar pergi beraya 3 ke 4 rumah jek lar
apa boleh buat sedara seciput jeeekkk

Seciput nie jek lar senang tak payah pening kepala hehehehe
makeup pon tak cair coz jalan banyak sangatt ehh ada kena mengena ker
tahun lepas orang beli baju raya aku pi beli makeup hehehehe
tahun nie orang beli baju raya aku nak beli tempat nak letak makeup

Haiiii raya raya every year shopping and deco deco
bestt tapi penattt boleh gitukkkk...??
so malam raya baru syokkk shopping tapi kena pastikan
before malam raya rumah dah siap berkemas and pasang langsir
and masak pon dah siap baru boleh enjoyyyyy

Tapiiiii banyak betol bertapi tapi 
shopping before puasa jugak senang orang tak ramai
and boleh fokus pada ibadat kan bulan ramadhan adalah bulan yang elok
untuk mengumpul pahala 

Lagi satu masa nie harga pon tak naik over sangat
macam angsana before raya and puasa baju kurung RM50
bila puasa naik sampai RM300 over kan padahal design biasa je
tak de manik or labuci sangattt overrr...

Cuma harapkan malam raya jerr best coz buat lelong
lelagi kol 3 pagi ke atas tapi siapa yang sanggup weyyy
baik tidur or tengok tv daripada bersesak dengan lautan manusia
parking pon payah semua serba melecehkan baik tak payah
buat penat and buang peluh yang banyak saja ler

Tak akan ada yang sanggup buat shopping malam raya
yang macam aku cakap tu pasal semua tak sanggup wooo
bila keluarkan kenyataan jomm malam raya carik benda best murah
semua tak nak pasal leceh parking hehehehe

Selalunya kol 11 malam yang pergi cuma di pasar borong saja
tapi dia punya sesakkk seksaaaa wooooo
batalkan jek lar niat nak shopping time macam gitukkk
maksud aku malam raya macam lepas berbuka carik lar mall yang
masih bukak untuk di shoppinggggg

Mall pon paling lewat pon kol 10 malam
itu pon parking adeyyy penuhhhh stress jekkkk
senang cerita shopping jek lar time sebelom puasa senang and mudahhhh
shoppingggg adalahhhh besttttt ^_^

Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!