Tukar Ringtone


Dulu-dulu kan bila dah 15 puasa aku akan change ringtone using lagu raya every year tak pernah miss but since 2012 everything is change

No more raya tone... No more rasa macam raya entah lah until now semuanya rasa plain 

Alhamdulilah dah jejak 16 puasa dah masuk pertengahan ramadhan and benda yang aku tunggu ialah lagu raya keluar radio lain ok feel bila dengar from YouTube or Spotify 

If keluar radio means ok betol soon nak raya hope this year dapat lah feel raya tu balik 

Maybe ada hikmah kenapa semua nie terjadi just move on tapi kena berhati hati tapi tulah manusia kan cepat sangat rasa kesian end up makan diri

Selamat bersahur semua....

Clearkan Friend


Ingatkan nanti nak clearkan friend kat fb lah aku rasa macam FB tu dah tak best sangat untuk update anything

Tapi ada few friend kira kawan sekolah kat situ hmm nak remove macam sayang abeh tak kan aku nak create lagi fb hmm tak rajin pulak

Instagram pon aku jarang update tak taw nape bila nak update rasa malas padahal dulu elok jek aku update apa ntah lagik buat insta story huhuhu

TikTok pon more kepada meow meow jek hahaha ohh dengan makan sebab tak rajin nak tunjuk muka sendiri :p

Nie percubaan untuk merajinkan diri untuk update blog aku pulak so hope betol2 rajin lah kan untuk update macam dulu dulu but now tak de yang baca so aku kan post apa saja without kena fikir perasaan orang lain 

This year raya memang color black, maroon dengan lilac purple ehh sebab aku search semua color tu yang naik haishh makeup tutorial kat TikTok theme tu jek hmmm 

Nasib baik tak use theme tu kalau tak dah sepesen jek hahahaha

Berperang Dengan Otak


Penatkan hari hari berperang Dengan diri sendiri sampai satu tahap dah tak tahu nak buat apa semua rasa kosong 

Dah penat nak melawan tapi tetap tak boleh entah lah makin lama makin teruk rasa dah bermacam cara aku buat untuk tak layan but still gituk jugak

Apa cara nak hilangkan pon aku tak tahu nak jumpa doctor takut and tak nak menyusahkan sesiapa cuma makin hari makin hilang interested dekat semua benda yang aku suka :(

Bangun buat benda yang sama kemudian tidur sometimes rasa macam nak be normal tido ikut time but entah lah selagi belum pukul 5 pagi selagi tu lah tak tido but if dah tido susah nak bangun

Sampai bila aku nak berperang dengan diri aku dengan takdir aku...

Birthday Bulan Puasa


Birthday time pkp dah now birthday time puasa aku rasa nie first time aku rasa birthday dikala first day ramadhan hahaha Selamat berpuasa semua

Settle dah sahur now perut kekenyangan air isi untuk simpanan gitukk

Birthday aku tak rasa excited langsung rasa kosong jek tak tahu kenapa maybe dah tua kot so tak rasa macam dulu

Well still single still tak de boyfriend apatah lagik suami enjoy jek jaga mum jaga daddy and kucing hahahaha

23.03.2023...33 tahun....

Start Dah School


Bebudak dah start sekolah yaz dah form 2 and iyah dah masuk primary 1 kejap jek kan masa berlalu last aku tinggalkan blog aku masa tu kakak dah kahwin and aku tak post anything kat sini pasal kewujudan iyah

But kat WordPress aku yang dulu ada aku story nanti lah if aku rajin aku nak copy balik story kat situ and paste kat sini cumanya bila entah lah

Aku sambil type sambil belai sakura minah tu mana kasi aku use phone lama lama siapa sakura nanti aku story ok one by one dah lama sangat aku tinggalkan blog aku so banyak yang terjadik nanti lah ye

Alarm akan start balik kena bangun pagi cuti panjang dah habis

Bila lah nak start balik cuti macam dulu now punya cuti agak leceh ye semuanya huru hara dah

Lepas naik sekolah then after that dah puasa lepas tu raya fuhh banyak pakai duit tahun nie

Dah lah sakura marah aku tak layan dia...bye

Dah Tak Baca Kan


Hellooooo senyap lama muncul balik kan hahaha apa boleh buat bila ingat nak bebel sekali buat benda lain then lupa hahaha

Aku rasa macam nak start active balik membebel kat blog (cakap jek kang kejap lagik lupa balik) tapi aku taw nanti confirm aku tak akan active balik sama jek macam Instagram makeup aku huhuhu

Sekarang orang pon dah tak bunyi baca blog lagik kan so aku rasa maybe ada few cerita yang aku boleh luahkan kat sini nak luahkan apa yang terbuku dalam hati tapi takut kena judge hmmm

Payah jugak kan tapi it's ok maybe aku boleh explain sikit demi sikit aku hope orang yang sibuk stalk tu tak wujud lagik lah lagipon dah lama giler aku tinggalkan blog nie sebab tak nak dia baca segala apa yang aku post

Ada sebab kenapa aku tak nak dia baca bagi aku dia tu ibarat parasite yang permulaan menghancurkan segalanya aku still ingat post yang aku cakap aku tengah happy pergi holiday then suddenly post tu ramai giler view padahal ayat tu sikit jek so of coz aku suspect kaw kaw

Macam mana aku taw dia sebab dia sibuk add aku kat fb, then kat twitter lagipon dulu aku siap link blog aku kat semua media social aku just for fun but si parasite nie menggunakan benda yang aku suka untuk buat huru hara

Aku post wordless Wednesday aku letak gambar lugagge lah contact lens lah then post tu suddenly ramai view eii very the babi taw yang selepas tu tak de pon view banyak

Then kat fb apa yang kitaorang post gambar ada jek yang mengadu sampai effect semua benda eii geram aku 

Disebabkan dia aku stop blog nie aku create yang lain but semuanya terbiar gituk and aku fikir berapa bodohnya aku kerana seorang manusia aku buang benda yang aku suka

Aku korbankan fb first aku, aku korbankan blog aku demi tak nak dia tu taw everything yang dah terjadik 

Now aku belajar dari kisah lalu aku memang tak letak link vlog aku so setakat nie vlog aku Alhamdulilah aman aman jek and twitter aku pon aku tak letak any gambar muka sendiri

Kadang sakit hati gara gara seketol parasite huru hara terus segalanya sampai bikin aku paranoid nak post anything kat media social sendiri...

Takut orang kenal... Even TikTok pon aku tak letak video muka sendiri more about cat aku pon tak tahu sampai bila nak terus macam ginik demi tak nak si parasite tu tahu kewujudan and any pasal apa yang paling latest dalam hidup

Untuk si parasite terima kasih lah ya menjadi permulaan penghancurkan segalanya gara-gara kepohnya perangai kau habis semua huru hara

By the way si parasite nie add friend semua sedara mata kat fb taw account dia, account anak2 dia...

Memula tak tahu tu kaum kerabat dia ingatkan sama-sama main game farm ville sekali hmmm

Gara-gara dia jugak aku tak suka upload any gambar kat fb dulu aku suka taw post anything now rasa macam mehhh more kepada Instagram tu pon Instagram aku tapis siapa jek yang boleh follow

Entah lah moga satu hari nanti apa yang dia buat akan berbalik semula kepada dia so dia tahu lah apa yang aku rasa...

Nie baru permulaan yang aku nak luahkan masa 10 tahun lepas tapi aku tak dapat luahkan sebab tak nak kerohkan keadaan dengan apa yang terjadik hmmm

Kalau aku tak lupakan blog aku kira dah 10 tahun lah aku berblog... :(

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!