♥ Hello Unifi ♥

 

Finally berjaya jugak tukar unifi horraaayyyyy
dulu ingat malas lah nak tukar sekali pergi rumah abg jan
upload video main pasir kat instagram perghhhhh laju giler
terus fikir ada duit nak tukar

Lepas raya pergi register ingat nak guna as user baru
sekali pap pung pang still kekalkan nama
aku complain kaw-kaw pasal streamyx yang cekik darah tu

Hari rabu lepas dah pasang
kali nie pasang bilik pak tam coz pak tam nak kan happytv tu
lepas tu cabel panjang orang TM tu tak bawak
hampehhhh betollll

So stress coz internet tak dapat cover sangat
bila tanya katanya pasal rumah banyak tembok
walaweyyy suruh beli boster internet yang rega RM200++

Eiii sabar jek lah
dulu tak de semua tu satu rumah boleh cover
lepas tu rumah abg jan tak use boster tingkat atas pon dapat

Nak kena beli boster nak survey carik
aritu tengok kat giant kita kena set semuanya
orang TM cakap kedai akan set kita just plug in jek

Yang bestnya upload video laju
sehari aku boleh upload 4 vlog
kalau streamyx seharian just upload video 4 minutes

So far untuk beberapa hari nie okey
and hope sampai bila-bila akan okey lah

 

Goodbye streamyx dari 2012 hingga ke 2015
walau always menyakitkan hati
tutup bukak tutup bukak suis untuk normalkan balik
walau always kena maki dengan aku :p 
 
Bye(>‿♥)

♥ No Baju For Majlis ♥


Kalau nak taw ceritakan kan kan kan
majlis kahwin sis aku tak ada baju untuk di pakai
sangat-sangat stress okeyyyyy

Before puasa kitaorang decide nak beli color gold
katanya kuning di raja tapi ada orange-orange lah
so tu baju raya plus baju untuk majlis kahwin sis

Malam raya baru dapat tu pon besar and labuh
so beberapa hari before majlis hantar adjust
until now tak siap lagik stress aku weyyy

Bila ukur katanya aku dah kurus masa bulan puasa
hahhahaha tak de maknanya lah weyyy
aku taw badan aku tak de kurus makin naik adalah
semua tegur kata aku dah gemok
well i'm happy aper

Kang kalau kurus dikatanya tak cukup makan
whatever lah.......!!!!

Aku pening fikir nak pakai baju apa
last-last aku wechat fad cakap pasal baju
nie tak kena tu tak kena leceh betol lah aku nie

Kesian BFF aku terpaksa layan karenah aku
aku cakap aku nak jeans nak ada pocket
banyak benda untuk aku sumbat di dalamnya

Fad cakap mum tak marah ke kalau aku pakai jeans
majlis kahwin kan elok pakai kain
taw sangat Fad BFF nya yang tak suka kain

Aku dah buntu aku cakap dengan mum
no kain no jubah no dress
adik nak pakai jeans and tshirt 
mum kasi green light untuk jeans but
kena pakai baju labur and sesuai

Buntu nak pakai baju apa
semuanya tshirt jekk and sangat tak sesuai

Mengadu dengan fad
sambil minta tolong bagi pendapat yang sesuai
fad tanya ada baju kebaya tak
pap dalam kepala ada Fad suruh aku pakai
and amek gambar

Dah busy buat kerja dalam kol 11 lebih
tengah dok nak uruskan hantaran Fad message
tanya dah settle belom baju 

Pagi-pagi dah mandi selongkar carik
mujur senang tak perlu gosok settle bebehhhh

Aku snap gambar tunjuk inai kaki kat ehem
then dia terus cakap pakai jeans
muahhaha berjaya jugak aku pakai jeans
jeans with kebaya

Sonang semuanya put dalam pocket
hooooraaay suker suker suker.....!!!

Bye(>‿♥)

♥ Kisah Hantaran & Inai ♥

 

Hantaran kedua-dua pihak tak ada kasi apa-apa pon
sekadar untuk kami sekeluarga makan
ikut plan asal tak de hantaran tapi kak mai dengan abg jan
wujudkan hantaran sekadar untuk penyeri majlis
and penuhkan perut with chocolate ^_^

Hantaran kalau guna fresh flower walau simple pon tetap 
meriah and lawa 
aku dah tengok kedua-duanya so senang nak beritahu
perbezaannya hehehehehhe

Kisah hantaran nie sangat tragis
selesai kenduri lari pergi uruskan hantaran
2 kali ulang alik ponat weyyy

Memula sekadar uruskan mana yang dah siap
and susun sekali kat atas katil pengantin
jadi senang tak payah nak huru hara kan

Then second trip pergi amek hantaran
sambil uruskan bunga-bungaan
uruskan bunga tangan and perhiasan bilik pengantin

Mata dah gantuk tapi control jek
then sementara menunggu kak mai uruskan bunga-bunga
rasa macam nak tidurrrr jekkk tapi control
walhal ikutkan rasa hati nak jek baring pelok bantal
syokk wooo

Dari kol 12:30 pagi sampai lah pukul 2:00 pagi
baru lah semuanya settle bunga-bungaan
balik rumah adjust untuk susun

Ayyash belom tidur merengek nak tidur dah melekat
tak nak lepas taw sangat dah penat lah tu
ingat dah tertidur rupanya belom
bebel-bebel tanya pergi mana kenapa tinggalkan
aduhaiii anak kerja ashyu berlambak sayang

Tidurkan ayyash sambil mata pon mintak tidur
tapi arghhh still cannot sleep T.T

 

Kerana ini lah aku tidak dibenarkan tidur
sis dengki suruh pakai sampai kat kaki
padahal aku dah cakap kalau settle kerja aku then baru boleh
mana nak bersihkan makanan kenduri mana nak cuci mencuci
mana nak letak alas meja lagik so tired weyyyy

Masa tu badan dah start sakit nak baring jekk kerja
disebabkan kena paksa so ikut kan jek lah

Aku pilih design nie memandangkan 3 free so carik
design yang simple tapi nampak macam bestt hah gitukkk
aku mintak nie dua-dua tangan and kaki senang weyyyy
tak payah dok fikir apa-apa lagik

Dalam kepala otak fikir nak tidur
nak cepat habiskan jam dah pukul 2:30 pagi
mata dah tak larat nak bukak badan dah penat
senang cakap lepak giler lahhhh

Aku cakap dengan akak tu tak kisah lah apa-apa pon
janji settle saya dapat tidur cepat and akak pon dapat balik
dengan cepat coz akak buat inai pon dah penat

Gedebak gedebukkkk settle semuanya kol 3 pagi
akak inai balik aku adjust tempat nak kasi kering
tidur lah atas kerusi kat hall
lepas dah kering cabut masuk bilik 
bila masuk bilik uwaaa sejuknya aircond selalunya hampehhh

Slowkan aircond bukak pintu tidur dengan keadaan
menahan sejuk untuk keringkan inai

Dah agak kering tak sure kol bape 
terus tarik selimut betol-betol pap tidur
masa tu agak dalam kol 4 or 4 lebih pagi lah

Kol 7 lebih pagi dah kena kejut
giler punya penat mata tak boleh bukak penat giler lah

Mujur inai merah and lawa
aku dah tak sanggup nak taw hasil takut orange jek
sekali Alhamdulilah semuanya jadi cantik saya sukaaaa

Kazen-kazen aku puji inai aku cantik
penangan inai di waktu pagi
lol akhirnya jadi lawa

Ayyash bebel cakap tak suka aku pakai inai muahahhha
sorry darling makcik awak sorang tu kahwin
harus ler ashyu pakai inaiii nak melawa

Pagi pap pup pap
pakai makeup secepat yang boleh
contact lens pon tak double cleaning terus pakai
mujur lah satu hari okey sampai kol 10 malam
dari kol 9 pagi clear jek pemandangan tak rasa perit and
paling scary if rasa kering

Kelam kabut pakai tudung tok imam dah sampai
alamak nak buat video so kelam kabut settle kan
sekali ehhh alamakkk lupa nak pakai lipstick
larik sekali lagi masuk bilik pakai then keluar balik
settle kan video macam nak nangis

Pengalaman yang tak boleh di lupakan sambil bila-bila
if terlupa then aku dah catitkan dalam blog
so sentiasa boleh di ingat

Yang sedihnya pak tam kena pergi KL
tak boleh balik so pak tam tak dapat pon tengok
majlis akad nikah
abg jan plak bila pak tam tak de tak tunjuk muka pon
masa akad nikah busy uruskan yang lain
amek gambar pon tak nak sampai kena paksa huhuhu

And if si dia ada complete kami sekeluarga
tapi apa kan daya hanya Allah tahu segala-galanya
moga selepas majlis perkahwinan ini si dia kembali
semula bersama-sama seperti dulu

Kalau lah si kecil arwah hero ada mesti bestkan
ada new baby tapi bukan rezeki nak cakap apa
mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain
haiiishh entah lah hanya Allah tahu segalanya.... 

Bye(>‿♥)

♥ Alhamdulilah Selesai Dah ♥

 

Alhamdulilah selesai majlis perkahwinan sis
akhirnya sis dah pon menjadi isteri orang
fuhhh lega semuanya dah settle

Penat rabak aku rasa sekarang nie
sambil transfer video kat laptop sambil update sekejap blog
mata gantuk badan penat perut sakit
pakej kaw-kaw punya 

Cukup lah majlis kahwin nie
terkejar sana terkejar sini
rasa macam tak cukup kaki tak cukup tangan seyyy
penat rabak

Yang paling penat ialah orang yang settle kan segala-galanya
lepas tu aku uruskan baki-baki mehhh dengan kerja rumah
kelam kabut sungguhhhh......

Apa-apa pon Alhamdulilah semuanya dah selesai
terima kasih sudi hadir tolong apa yang sepatutnya
now adik pengantin nak settle kan bab video
kemudian ZZZzzzZZZzzz mimpi yang indah..... 

Bye(>‿♥)

♥ Ambil Nafasss Dulu ♥


Untuk seketika sampai majlis sis settle then baru aku akan update
nak beri diri nafas untuk settle kan kerja dulu
lepas dah settle hah masa tu boleh tarik napas lega

Ohh ya yang aku janji pasal edisi scary untuk
bulan puasa tu aku tangguhkan dulu after sis kahwin
lepas tu baru lah aku update so tungggguuuuuuuu

And yang lelain pasal life or anything sooon baru update
sungguh aku busyyyy gilerrrrr
orang lain kahwin orang lain yang busyyyy  

Bye(>‿♥)

♥ Erti Raya ♥


Kalau nak taw kan this year raya tak de feel langsung
tak rasa raya lah senang cerita sob sob sob
apa kan daya sedara tak banyak so pusing-pusing
ke rumah mak and rumah abg jan tu jekkk
mana lagik nak pergi

Masuk singapore malas giler jalan jammed
serupa boleh pergi KL
baik aku pergi KL syok sikit :p

Memandangkan sedara tak ramai untuk pergi beraya
kita duduk mengadap tv sambil makan biskot raya
every year same routines

Opss only after arwah nenek meninggal saja routine
seperti itu
kalau dulu masa arwah nenek pepagi dah masuk singapore
untuk elakkan jammed panjang and malam baru balik
second raya masuk lagik semata-mata untuk nenek

Bila nenek dah meninggal langsung tak de rasa raya
kosong habis

Kalau kerja memang first day raya jek mintak cuti
then second day terus kerja hahahhahaha coz tak pergi
ke mana-mana pon
aku ingat next year nak buat lah second raya merayap berjalan
macam best sikit ekkkk :p

Kubur nenek pon tak pergi tengok
sorry nenek tahun nie tak pergi "rumah" nenek
nenek kalau lah nenek ada mesti semuanya tak akan jadi
macam ginikkk T.T
 
hurmmmm entah lah raya this year more sedih then happy
i miss him so muchhh.........  

Bye(>‿♥)

♥ Lepas Raya Kahwin Pulak ♥


Raya tahun nie pergi beraya sambil menjemput orang 
and belom hilang penat kemas rumah coz raya then akan tambah
penat untuk persiapan kahwin sis pulak
aduhaiiiiiiiiiiiiii

Sejujurnya tak larat seyyy
tapi kan aku macam malas lah nak tolong biar
pengantin yang buat kerja coz nanti dorang tengah
bersanding kerja lain kita nak kena uruskan :p

Tak pernah orang buat mehh kita buat
ala nanti kalau aku kahwin *if ada jodoh* sure
sis tak akan tolong punya time tu dengan anak dia
perghhh baik kita balas dendam sekarang :p :p

Aku bukan lah kejam noo nak buat macam tu
tapi nanti bila majlis nak uruskan part nie part tu
fuhhh banyak kerja weyyy bukannya sikit

Dulu abg jan kahwin penat giler
so aku dah malas nak penat macam dulukkkk
mana dengan kerja rumah then nak mengerjakan
kenduri kahwin tak sanggup wooooo

Hmmmmm tak de mood nak type bebanyak
and tak de mood nak bebel
so ku hentikan secara mehhh ..... 

Bye(>‿♥)

♥ Selamatt Hari Raya ♥


Selamat hari raya buat semua yang singgah kat blog aku
mana taw tersinggah ke terclick ker
and buat semua umat islam 

Maaf andai kata terkasar bahasa didalam blog or terriak tanpa
disedari ker mana taw kot-kot baca then terdetik kat hati
amboii riak benor pompuan nie huhuhuhu

Tahun nie patutnya theme orange yellow 
seakan color mustard sekali nan hado
siap tapi besar rabak and kain panjang giler
hurmmm ku pakai jubah hitam jek lah
baju raya ku huru hara di tahun 2015

Insya Allah raya tahun nie aku akan start pakai tudung
hope aku tak on off lah
kasut pon settle color brown kooo
aku tak cukup time nak update sangat coz busy derr

Disebabkan update use ipad then malas nak cari gambar
so kita just update text jek okeyyyyy

Selamat hari raya maaf zahir & batin

Bye(>‿♥)

♥ EH Eyeshadow Raya ♥

 

Lagi 2 hari kita dah nak raya kan
so hari nie aku exited nak cerita pasal makeup raya
seperti tahun-tahun yang lepas mesti wajib beli new
makeup untuk hari raya

Tahun nie aku pilih untuk beli new eyeshadow
memandangkan aku tak berapa nak ada eyeshadow color ginik
so better beli.... ^_^

Seperti biasa Etude House buat promo buy 1 free 1
amek peluang nie untuk grap 2 eyeshadow untuk raya
seketol jek RM42 (after GST) dulu jewels punya baru
RM30++ something now naik sampai macam ginik sekali

Aku suka eyeshadow ada glitter-glitter rasa macam cantik
jekkk berbanding matte rasa macam alahaiii macam kapur
siot jek kan berapa banyak jenis matte yang aku ada
tapi aku suka mix dengan eyeshadow glitter muahahhahaha

Tahun nie ikutkan theme gold (kuning keemasan)
so pening jugak fikir nak use eyeshadow apa
then pagi raya tak pergi kemana-mana
so tak akan use baju tu dulu

Use baju jubah beli kat Mekah 5 tahun yang lalu
aku tak pakai baju tu coz batu blink-blink agak over
so a bit scary nak pakai ke majlis-majlis ilmu
better pakai hari raya so tak risau kalau-kalau over :p

Dah fikir pakai blue and purple mix together
aku siap tanya lagik SA EH mana brush untuk
blend eyeshadow then dia show
sekali alamakkk brush tu sama macam yang aku ada

Nak cari fluffy brush tapi tarak jumpa
kat mac ada tapi aku kena kumpul duit dulu
coz satu brush dah RM200

So now masanya untuk cari tutorial makeup....

Bye(>‿♥)

♥ Biskot Raya ♥


 This year last sis buat biskot raya kang raya next year dah jadi
bini orang so memang tak akan buat kot 
lepas tu fikir sapa lah agaknya ganti nak buat ekk
kalau aku confirm lah rentung lol

Kalau ikut kepala aku senang jek
beli yang dah siap then put sonang no need bikin
tapi peluang tak sedap tu sangat tinggi
silap hari bulan sampai raya next year pon ada lagik hahahha

Tahun nie buat 4 jenis then tukar dengan akak ipar
so kira-kira Insya Allah ada lah dalam 7 or 8 jenis
boleh lah kot pasal tahun nie tak sure sapa jek datang
maybe datang raya plus kenduri sis

Aku malas nak snap gambar
bulan-bulan ramadhan nie kemalasan makin over
haishhhh apa boleh buat :p

Bye(>‿♥)

♥ Lampu Raya ♥






Nak beli lampu raya kat Mr DIY lah
yang ada macam juntai-juntai RM15 kalau tak silap
aku nak letak kat meja makeup so meriah lah sikit
lepas tu nak cari color paper untuk deco 

Haishhh bila nak carik lampu raya dah minggu terakhir
puasa tak boleh jadi nie nak kena jugak pergi beli
kang nanti nak kemas rumah lagik tak de time

Macam mana nak elakkan daripada jatuh ekk
dinding bilik macam tak boleh nak letak lah 
entah apa kena pon tak tahu lah sabo jek lah aku

Aku bekenan part juntai-juntai tu
haishhh macam memanggil manggil jek
untuk beli beliau and deco bilik lol
over ko perasaan tu :p

Nanti kalau jadi beli and deco aku show off
*baca dengan nada santai*
well bukan riak tapi saja jadikan as kenangan okey...!!!! 


Bye(>‿♥)

♥ Oil Cleaning ♥


Aku baca oil cleaning bagus untuk muka
and aku try best muka rasa bersih and jerawat kurang cuma yang
tak bestnya pore makin besar grrrrr

Bila stop buat jerawat naik bukan main banyak
nak buat balik malas hurmmm
bulan pose nie malas betol nak cuci muka and makeup
keluar muka tak bermakeup bogel jek hahhahhaha

Aku malas nanti pakai lipstick bibir nampak terkopek
coz kering so restkan muka sebulan tanpa makeup
amek koo musim malas segalanya telah kembali
sangattt malas nak update blog pon malas juga :p

Sejak laptop toshiba ting tong terus malas nak update blog
nak tunggu lepas raya untuk hantar sebis hope better
jangan lah yang mengarut garut problem

So moral of the story oil cleaning best untuk jerawat tapi 
tak best untuk pore muka

P/s: sedihnya dengar lagu raya kat radio

Bye(>‿♥)

♥ Jumaat Terakhir Ramadhan ♥


Hari nie jumaat terakhir untuk bulan ramadhan tahun 2015
sekejap jek kan masa berlalu pejam pelik pejam pelik
kita sedang berada di akhir ramadhan
moga Allah temukan kita dengan ramadhan tahun hadapan Amin

Dugaan ramadhan tahun nie seperti ku katakan panas kering
tekak punya lah haus so setiap kali buka and sahur
minum air banyak-banyak sampai kembung perut wakakkaka

Kalau tak buat macam gituk lagik kering giler tekak
bila puasa tapi tak apa nie namanya dugaan

Now kita berada di malam-malam terakhir ramadhan
Malam Lailatul Qadar
di mana malam nie adalah malam yang terbaik
moga Allah makbulkan doa-doa kita Amin

Next week dah raya kan
so how persiapan raya korang...???
mesti semuanya dah settle kan...

Aku tengok kat Mall persiapan deco untuk raya pon
tak berapa nak meriah macam suram jek
macam taw-taw jek kedudukan kewangan rakyat
tapi negeri lain aku tak pasti lah macam mana pulak kan

Haishhh kalau lah GST di hapuskan bestnya
semua back to normal price and tak mahal macam sekarang
lari derr bajet...!!!!

Bye(>‿♥)

♥ Seram: Nantikan Siri Terbaru ♥


Nantikan siri terbaru untuk kisah seram dari pengalaman aku
mungkin tak boleh nak post sekarang coz next week dah
malam raya kan so aku settle kan raya then aku akan
ceritakan

Semuanya terjadi dalam bulan suci ramadhan
nak taw apa kisahnya...???

Hah tu nak kena tunggu lepas raya okey...!!!!

Saja nak kasi intro suspend gitukkkkk
or teaser khas untuk siri terbaru kisah seram dari ku 

Bye(>‿♥)

♥ Wet N Wild Cosmetic Johor Bahru ♥

 

Siapa pernah dengar brand wet n wild cosmetic
kat youtube ramai okey guna brand nie kira macam brand murah lah
di oversea banyak beginner makeup use this brand for eyeshadow

Wahaiii rakyat Johor mari lah kita bersuka ria coz wet n wild
dahhh pon sampai di Johor yipppyyyy
brand nie di jual di kedai yang bernama SASA
tapi tak semua SASA ada okey....

Boleh di carik di SASA Aeon Kulaijaya dengan SASA Komtar JBCC
kat kulai sikit jek tak banyak so kat komtar nie banyak sikit
eyeshadow pon not bad gak price untuk eyeshadow jekk
semuanya bawah RM50 best kan

Lipstick pon murah RM13 macam-macam color ada
aku suka part eyeshadow rasa macam tak taw nak pilih yang mana

Ingat nak beli eyeshadow sekali color yang aku nak tu tak de
purple port lain and blue port lain aduhaiii frust okey
tapi tak pe one day aku nak buy jugak
so ada lah eyeshadow untuk main makeup

Sejak puasa aku malas nak main makeup or pakai makeup
nak cuci muka pon malas hahahha over betol

Masa tengok kat youtube ada green part blue part pink part
lawa giler tapi kat sini tak de plak maybe tak lama lagik kot
baru di masuk coz color yang ada pon jenis campur-campur
tunggu lah lepas raya or akan datang next month
aku nak beli eyeshadow jekkk :p 

Bye(>‿♥)

♥ Persalinan Baru ♥


Dari dulu mum ajar macam mana pon raya mesti ada
persalinan baru tak kisah lah berapa janji kena ada
walau pon sekadar satu tak apa

So aku ikut cara tu settle baju semua then next barang makeup
rasa macam mana pon raya nak beli new lipstick and eyeshadow
hahhaha mengegada kan :p

This year pening jugak fikir bab baju coz seminggu lepas
raya sis punya majlis kahwin so fikir buat baju
sekali gus lah senang and jimat bajet hahhahaha

Kasut tak sure sama ada nak beli or not
ingat nak carik yang simple and senang angkut
ke mana-mana tapi tu lahhhhh

Aku nie asal raya jek mesti beli 2 pasang kasut
satu high heel lagik satu sandal :p
so tahun nie macam nak beli selipar jek lah senang
huhuhuhuhu

Masalah utama ialah malas nak keluar siang hari
then bila dah buka malas nak keluar macam mana tu...??
semuanya serba kemalasan

Sometimes aku suka beli semuanya before puasa
then senang tak payah nak merayap-rayap

This year last shopping barang raya dengan sis
after this sendirian lah shopping barang raya
huhuhuhu sob sob sob 

Bye(>‿♥)

♥ Memory Never Die ♥


Tujuan aku buat vlog adalah kerana kenangan
kenangan tak akan pernah mati ianya sentiasa berlayar
di minda unless if hilang ingatan 

Aku now enjoy buat vlog selalunya bila merayap then
baru jalankan kerja kat rumah nothing yang best untuk di kongsi
kerja banyak so settle kan kerja lagik elok :p

Kepuasan yang aku dapat ialah kenangan
lepas tu bila tengok balik then gelak sesorang

Aku buat untuk kejar glamour nope
kalau boleh memang tak nak sesiapa yang tahu biar hanya
aku sorang jek yang tahu rasa macam selamat pulak
well buat sekadar kenangan so tak perlu kongsi
dengan sesiapa

Sometimes aku malas nak angkut camera buat vlog
bila rajin aku buat kekadang malas nak edit
lagik bila kerja banyak so lagikk malas nak bukak laptop
yang lagik best taksedar battery dah habis teruss off
hahhahaha dasar tengok macam penuh jekkk

Aku rasa aku guna compact camera lagik senang buat kerja
Insya Allah one day aku akan beli compact camera yang
aku idam-idamkan ^_^

Pssssttt ada menyesal sedikit beli yang nie but never mine
now aku dah suka kannya bestt and simple
aku tak suka banyak function lecehhhhhhh

Vlog tujuan untuk kenangan
bukannya riak....!!!!!!

Bye(>‿♥)

♥ 16 Hari Ramadhan ♥


Pejam pelik pejam pelik dah masuk hari ke 16 kita berpuasa
so lagik separuh hari lagik then kita beraya pulak
kejap jek kan

Ramadhan tahun nie banyak isu gak kat bazar ramadhan
beli lauk ada ulat, beli nasi briyani ada putung rokok
tu belom lagik karipap angin lepas tu kuih basi

And palinggggg hampeh semuanya makin mahal
becoz of GST hurmmmm

Aku percaya ada yang macam tak de mood nak raya
coz barang mahal sangat kan kan kan hurmmmm 

Bye(>‿♥)

♥ Chapter 7 Of 12 ♥

 

Kita dah memasuki chapter ke 7 untuk tahun 2015
sekejap saja masa berlalu sedar tak sedar dah pon bulan ke 7
untuk bulan 7 nie ada tarikh istimewa iaitu birthday mum

Lagi beberapa hari dah nak raya kan
so macam mana persedian korang semua..???
tahun nie tak de apa-apa sangat persiapan
cuma nanti nak kena kemas-kemas and vacuum
aduhhh malasnya nak vacuum :p

Bila lagu raya nak keluar kat radio ekkkk :p 

Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!