♥ Bertudung ♥


Semalam pergi hospital tengok baby hero aku pakai tudung
hari jumaat mulia baby hero nak keluar
so mum cakap pakai lah tudung 

Memandangkan dah berkali-kali aku try selfie dengan
tudung so agak senang lah untuk aku pakai :p

Mum cakap dah tahu cara pakai tudung masih tak nak pakai
hikhikhik padahal kalau nak pakai dah boleh 
memang wajib pon pakai tapi itu ler aduhaiii
asyik susah nak pakai lah

Lepas sekali pakai pergi hospital terasa macam best
jugak ehh pakai and paling penting rasa selesa

Tadi saja gedik cari tutorial tudung lah
carik orang jual tudung lah tak sure kenapa

Hati aku dah banyak kali terdetik nak pakai tudung
tapi tak taw kenapa macam nak pakai tak nak pakai
so aku tunggu hati aku betol-betol nak pakai
kalau boleh tak nak lah on off pakai tudung
but satu hari nanti akan aku pakai tudung

Nekad aku ialah bila dah kurus then aku nak pakai
until now masih belom kurus so sabar dulu lah
actually nak pakai tapi itu lah hope one day aku pakai

Ingat raya nie saja gatal nak beli satu tudung then pakai
sebagai saja langkah permulaan
kalau panjang umur lah huhuhu

Niat dah ada cuma tak taw bila aku nak buat
hope soon aku akan pakai tudung

Aritu ingat time birthday aku nak start pakai tudung
but still tersasar daripada pencapaian tak apa
akan aku cuba lagi dan lagi sampai berjaya...

p/s: Semalam asyik teringat baby hero muka dia terbayang bayang
mujur ada gambar boleh lah lepas kan rindu
semalam lepas solat jumaat baby hero selamat dikebumikan  

Bye(>‿♥)

♥ Al-Fatihah Hero ♥

 

Semalam dikejutkan dengan berita air ketuban dah bocor
tapi belom cukup bulan baru 5 bulan dalam kandungan
hati siapa yang tak pedih dan sedih

Hari nie pagi arwah dah meninggal
dah lahir masih bernyawa doctor beri tempoh sampai 2 jam saja
tapi abg jan kata belom cukup 2 jam

Otw nak ke hospital pihak hospital call bagi taw
baby dah meninggal sedihkan

Semalam doctor beri tempoh sampai 3 hari jika air ketuban
berterusan keluar baby dah tak boleh nak di selamatkan
so sad padahal dah berharap dan mengharap sangat-sangat

Bayangkan dah happy coz tahun nie kita ada baby baru
setelah sekian lama tak ada baby tup-tup jadi begini

Kalau tak dulu 5 tahun yang lepas ada sorang girl
tapi terkeluar awal dan tak dapat di selamatkan
namanya Shaheerah Maisarah

Now hero join kakak Maisarah
cuma hero besar 700 gram dah
kaki tangan semuanya dah sempurna
jari jemari kaki dan tangan dah buka
kening macam Ayyash sangat comel

Air mata aku tak boleh control macam air hujan
sedih sangat 

Lepas solat jumaat akan dikebumikan bersebelahan
dengan Maisarah

Baby sangat sangat comel
terasa nak pegang tapi takut tak dibenarkan
kalau Maisarah kecik baby hero dah besar pasal boykan
yess baby boy.....!!!!!

Doctor cakap kalau dah 2 atau 3 minggu 
masih boleh tolong selamatkan pasang oxygen bagai
tapi baby hero masih belom kuat lagik
masih bergantung pada air ketuban so agak sukar untuk
doctor selamatkan

Masa keluar dari perut masih bernyawa
doctor kata boleh pasangkan tiub segala bagai
kat pakar puteri ada doctor pakar tapi nasib baby hero
tak akan sama seperti baya-baya dia 
coz lung dia masih belom kuat untuk diri dia
and takut pendarahan dalam otak 

Kalau tak pon bergantung pada wheel chair
sudah lah untuk apa kita seksakan dia
biarkan dia pergi dengan tenang lagi pon doctor cakap
tak akan ada harapan untuk baby hero selamat dan hidup

Sedih sangat-sangat sedih
last jalan dengan baby hero masa birthday aku
then tak lama lepas tu baby hero dah tak sabar nak keluar
tapi bukannya boleh hidup dengan kami malah sebaliknya

Dah control jangan nangis last-last nangis jugak aku
sedih and terasa macam aduhaiii sayangnya sikit jek lagik
then baby hero boleh hidup
seakan-akan aku lupa ada sebab kenapa Allah takdirkan begini

Kalau aku rasa macam ginik macam mana dengan mak bapak hero
mesti akan terasa sangat-sangat dah lama idamkan new baby
and kebetulan boy yang di idam-idamkan kemudian jadi begini

Mum cakap nak buat apa tak normal biar pergi dengan tenang
tak kan kita nak tengok dia terseksa
and jika dia masih berterusan bernyawa mungkin ada harapan
walau pon dia tak normal

Baby hero pergi dengan tenang....
baby janji nak makan kuih tart sama-sama
dah janji tahun nie kita raya sama-sama
kenapa baby keluar awal sangat....????

Hanya gambar yang akan jadi kenangan kita sayang

Baby Hero ku bernama Muhammad Shahir Irfan aka adik

Selamat tinggal sayang kita jumpa di alam Sana

Kakak Shaheerah Maisarah jagakan adik Muhammad Shahir Irfan ya.. 

Bye(>‿♥)

♥ Beauty Drama Sweet 20s ♥

 

Every friday mesti aku tunggu insiteTV upload drama pendek cerita
beauty drama sweet 20s
dalam cerita nie more like kisah cinta tapi setiap episod
akan di ajar cara makeup style korean

Nie hero kangwoo dalam cerita nie sangat-sangat romantic
tapi heroin dia selalu carik gaduh and mintak putus 
dah putus pon huhuhu meh i jek amek ex boyfriend u yoohna

Aku terjatuh cinta packaging innisfree so simple but elegant
tapi ianya semua putih no pink sob sob sob
i wish kalau lah semuanya pink kan best....

Kat Malaysia ada satu innisfree tu pon kat KL
tunggu jugak kalau-kalau bukak kat Johor tapi nampaknya
aku kena kecewa jek lah coz tak akan bukak kot
holika-holika pon tak bukak kat johor tapi penang, kl ada
acaner tu...???

Dalam short drama nie aku palinggg suka part makeup
memang akan tunggu part tu jek hehehehehe
aku suka style dia susun atur makeup lawa sangatttt
and sempoi gilerrrrr

Color eyeshadow pon just basic jek
tak de colourfull but okey lah untuk daily makeup
haishh kalau lah aku boleh buat macam gituk kan best

Baca comment ramai yang kata nie adalah iklan innisfree
memang pon dalam short drama makeup skin care brush
semua brand innisfree tapi bestttt

Nasib baik ada english subtittles
kalau tak merana aku tengok coz tak paham :p 

Bye(>‿♥)

♥ My Birthday Activity ♥

 

My Birthday Cake
lepas balik daripada bermain kat park tup-tup ada cake
ingat tak ada cake hehehe thank you mum daddy
and yang tukang beli pak tam dengan sis ^_^

 

Pukul berapa entah abg jan call tanya nak pergi angry bird park tak
belom pernah jejak so meh ler kita pergi
kekonon jalan-jalan semperna my birthday lah hahaha over tak

Now kepenatan coz main lompat-lompat
syokkk wooo main lompat-lompat tapi yang tak tahan badan kaki sakit
coz asyik jatuh jek T.T

Untuk hari cuti ada 3 section
bila cukup time kena halau keluar lepas sejam masuk balik
and tak banyak sangat pon games
dari mula sampai balik asyik main part lompat-lompat jek
bestttttt

Pakcik botak siap dengki lagik
lompat kuat-kuat dah terbongkang aku jatuh hampehhh
siap suruh lawan lagik cetttt sodahhh lahhhh

Masa rest sejam tu jalan-jalan kejap kat komtar
singgah sephora perghhh tempat kebahagian tu and victoria secret
yang penting aku dah taw price palette MAC RM450
adeyyy lepas GST tak taw berapa plak naik harga
sempat beli roti duduk rilex kejap makan roti kat auntie anne

Settle main kat park dah kol 8 lebih gituk
masing-masing perut dah lapar so kita pergi lah makan kat

 

Kita makan kat FatBurger
yang kelakarnya aku tertukar burger dengan abg jan
sepatutnya aku punya ayam apa ntah sekali
makan tengok ada egg dengan bacon dah tinggal sikit
baru aku perasan ehh apesal lain dengan sis
sah ler tertukar burger wawawa

Not bad cuma agak pricey sikit
3 burger jek dah RM90++ nasib baik dapat free milk shake
so ku pilih oreo & cookies cream sedappp sangatttt

Uwaaa kaki ku dah sakit....T.T
and sangat-sangat penat but fun ^_^ 
Bye(>‿♥)

♥ Happy Birthday To Me ♥

 

Syukur Alhamdulilah dah 25 tahun aku hidup di atas muka bumi Allah
terima kasih pada daddy and mum yang menjaga aku dari aku
lahir hingga lah sekarang
maaf di atas semua kesilapan & dosa-dosa yang aku lakukan
pada daddy & mum T.T

Macam tak percaya aku dah masuk 25 tahun sekejap jek kan
and dengan bangganya aku masih memegang status single
weeee....
orang lain dah kahwin beranak pinak :p

Terasa macam mimpi plak ehh betol ke dah 25 tahun nie
sekejap jek masa berjalan and aku menghampiri ke umur 
yang orang kata agak matang tapi ntah aku tak rasa pon
diri aku matang masih macam budak-budak lagik adalah
and feel masih takut dengan dunia luar...

Jangan di persoalkan persoalan kahwin
tu soalan yang sungguh maut...
coz aku tak ada jawapan yang hendak diberikan
no boyfriend then macam mana nak kahwin :p

Chill and happy-happykan diri....

♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬
♩ ♪ ♫ ♬ Happy Birthday To Me ♩ ♪ ♫ ♬

Kesian wish birthday pada diri sendiri...T.T
kesian nyanyi lagu birthday pada diri sendiri T.T
kesian...kesian...kesian...kesian...

Happy Birthday To Me         

Bye(>‿♥)

♥ Pre Birthday Err ♥

 

Motipp gambar nie satu side tak de round
what ever lah malas nak adjust balik geeeee

Pre birthday dating lah konon-kononnya hahha
over i taw :p

Actually ingat nak pergi shopping kat etude house
sekali rega tak sama seperti yang ku fikirkan so
tak payah coz mahal plak grrrrr

Memandangkan masa terhad so just jalan-jalan jek lah
ingat nak buy new lipstick tapi better tunggu buy 1 free 1
and eyeshaow valentine day tu ada uwaa rega RM60
why etude house KSL lagik mahal daripada city square
lepas nie GST confirm harga naik melambung T.T

Last-last semua nak tak ada sudah lah
baik kita balik lagik bagus
tapikan yang kelakarnya jumpa sasa terus singgah
and dapat jugak aku beli yang aku idam-idamkan

 

Okey memang patern macam ginik huhuhu
lama tak main border terus blank lolzz

Alhamdulilah dapat jugak beli shading powder nak buat
conture weeee nak kena tengok youtube lah jawabnya
actually memang dah ada niat nak beli canmake punya
siap ada sticker bagi taw tarikh expired bagus seyy

Semua barang canmake rega RM50
nie RM49.90 blusher pon sama eyeshadow ada yang RM49.90
ada yang RM39.90 not bad jugak ekkk
nanti nak beli yang lain-lain lah aku dah beli blusher flower :p

Nanti dah kena GST katanya naik harga
aduhaii frust seyy bukan ke GST harga tak naik then why naik
sob sob sob pening lah nak beli barang makeup sob sob sob

Maybe tomorrow nak try weeee

p/s: Hari nie hampir 6 or 7 hari berlalu without makeup haishh
seram seram sejuk nak pakai takut masalah
masalah aku ialah hari nie dengan beraninya pergi try
pakai skinfood skin care mum yang whitening grr tak takut ekk :p
 
Bye(>‿♥)

♥ Can't Keep Calm ♥

 
 
Bye(>‿♥)

♥ Melahar-Lahar ♥


Aku ada baca kat facebook ada ayat nie mengatakan
"Kita tak kacau hidup orang tu tapi kenapa orang tu kacau hidup kita"
hati nie selalu berkata macam gituk then suddenly keluar ayat nie
maksudnya orang yang kacau hidup kita tu bererti kita nie lebih
daripada dia

Maksudnya maybe lebih bahagia...lebih gembira..lebih segala-galanya
so dia rasa jelez hidup dia tak seperti kita so akan buat apa saja
untuk porak peranda kan...

Then sekali lagik kena kacau nanti aku story ehhh
aku bagi taw mum walau pon dia dah menghuru harakan
keadaan kita tapi dia masih lagik tak dapat rasa bahagia
coz dia masih mengacau kita...

Dia ingat dengan apa yang dah terjadi dia boleh bahagia
sekali tekaan dia silap coz dia masih lagik tak rasa bahagia
walau mata kasar orang nampak dia bahagia but
dalaman diri dia tak dapat nak rasa bahagia

Means dia masih jelez dengan kehidupan keluarga aku
bererti dengan lepas apa yang terjadi aku and family
masih bahagia but dia masih huru hara or tak bahagia
or semakin derita...??

Bye(>‿♥)

♥ DIY Mini Trash ♥

 

Setiap kali lepas pakai toner punya lah malas nak buang
coz sometime tong sampah aku tak ada space
aku sumbat plastic makanan macam mamee dalam tu
huhuhu lepas tu mula fikir kan best buat small tong sampah
untuk letak kat meja makeup

Mulakan misi mencari pergi Mr DIY alamakk besar-besar sett
dah lah ruang meja just kecikk jek semua benda nak kena limited
haishhh stress i rasa macam nak jek beli meja besar
tapi cannot lah coz tak ada space :p

So aku try search kat pinterest then nampak few idea
paling aku tertarik ialah tin susu cun jimat bajet aku
guna apa yang ada jek

Tunggu susu habis bila clear jek aku amek
bersihkan paling penting kena make sure keliling tin
tak ada yang tajam mujur tin susu nie tak ada yang tajam
bersihkan, buang apa tu namanya hah label keringkan

Memandangkan aritu pergi Mr DIY ingat nak carik
something lah untuk cover tin nak cat malas plak
spray dah berapa RM and cannot use watercolor
kena use paint apa ntah tu kat popular ada jual
cari punya cari tak ada frust betol lah

Nasib baik ada extra balance aku buat alas meja dulu
so just use tu balut semua part luar and dalam
tak risau kot-kot bekas toner kat kapas menyebabkan
tin menjadi karat 

So terhasil lah mini tong sampah aku
nasib baik adjust sana adjust sini cukup perfect untuk letak
ruang sangat limited so paham-paham jek lah


Kalau lah ada space besar nak jek beli meja kat ikea
with drawer so best sikit :p
berangan jek lah T.T
tapi aku bersyukur ada daripada tak ada... 

Bye(>‿♥)

♥ I Miss You ♥

 

Setelah beberapa hari tak dapat makeup terasa rindu nak makeup
macam tak complete hidup terasa macam arghhh bila lah 
semuanya akan back to normal

Walau pon aku bukannya everyday makeup
tapi setiap kali keluar akan makeup and few days nie asyik keluar
termiss makeup huhuhuhu

Hurmmm aku harap next week dah back to normal
untuk aku main dengan makeup ^_^
and paling penting hope time birthday aku nanti aku boleh makeup

Bye(>‿♥)

♥ Kerana SkinCare Itu ♥

 

Hari nie aku nak story kes pasal skin care yang agak menjahamkan
kulit muka aku huhuhu
aku tak nak tunjuk gambar or beri nama just aku kasi nama as
c skin care so aku akan use as c

Sunday 2 minggu lepas kekonon nak try ler
walau pon hati nie berat sangat nak cuba kalau boleh tak nak pon
tapi entah lah tengok hasil muka dia cun dulu kureng weyyy
sekarang licin giler...jelez i taw muka aku tak selicin macam dia

Terbang RM139 dalam tu ada cuci muka, toner, day & night cream
ikutkan hati aku nie malasss nak pakai cream gituk
kalau boleh nak pakai satu cream untuk day and night sonang
untuk spesis yang pemalas macam aku

Disebabkan nak okey kan kulit muka so kita pakai ler
first day okey masuk hari ke-2 pakai toner dah pedih
tapi aku tahan coz nak cantik pakai toner muka menghadap kipas
then hari ketiga menahan makin perit masuk hari ke-4
aku dah tak boleh nak menahan lagikkk pedih

Tak boleh pakai kat leher tapi maybe lebih lebihan kat tangan
aku dok sapu kat leher tak kan lah muka bersih leher berkeladak
so start leher pelipat leher dah macam ruam merah merah
gatal malam memang tak boleh nak menahan gatal

Untuk skin care C tak boleh pakai makeup or bedak
kalau nak pakai eyeshadow blusher boleh cuma
foundation or bb cream or compact powder or loose
powder tidak di benarkan sama sekali
aku punya lah frust tapi nak bersihkan kulit redha jek

Lepas tu nanti muka rasa gatal mengeyam
macam gigit-gigit gitukk aduhaii tak tahan weyy
rasa macam nak garuk jek supaya gatal hilang
tapi tu lah kang luka lah plak kan
so tahan jek lahhhhhhh T.T

Kalau dah pakai cream siang nak buat kerja pon susah
bila berpeluh makin mengenyam lah gatal
so stress sampai kan kena cari kipas then okey
tak apa sabar lagikkkk

Sampai bila bangun pagi rasa kulit kering sangat-sangat
then rasa lah mengelupas halus-halus aduhaiii seksa weyyy
tapi nak cerahkan dan sekatakan kulit aku tahan

Tiap kali pakai toner mengelitik aku menahan pedih
sampai aku dok tampar-tampar muka untuk hilangkan pedih
nak nangis pon ada weyyy tapi tahan jek lah
sampai kan thursday malam aku betol-betol surrender
pakai pedih so ingat nak selangkan lah pakai

Bila bangun pagi kulit muka dah macam kertas pasir kasar
sangat-sangat tak best lepas tu rasa tak selesa
nak makan susah bukak mulut rasa kulit kat muka nie
macam di tarik-tarik coz mengelupas aku dah naik stress

Terbang another RM32.90 untuk pulihkan balik kulit muka
yang hancur dek penangan skin care C
actually dia ada macam oil kulit aku kan berminyak
so macam tak best lah lagi pon untuk permulaan
katanya tak boleh so tak selesa lah kulit kering sangat-sangat

And paling ketara muka aku banyak black spot
sebelom nie ada tapi dalam 3 dot cuma bila check lagik
makin banyak plak tu and look macam scary weyyyy
terus serta merta aku cakap enough aku nak stop
buat apa teruskan kalau menderita seperti ginik

Maybe sama macam hasil permulaan Tabita kot
aku tak sanggup weyyyyy
biar lah skin care si etude house tu jek lah pakai
kalau tutup kat johor pergi korea beli sonang
daripada merana pakai....

Toner dia bau agak menyengat sesak hidung
aku syak ada chemical kuat lah
so kulit aku agak sensitif  plus dah biasa kan pakai
skin care korea yang tak banyak chemical
tak berani woo nak try lagikkkkk

Sis suruh aku whatsapp dia bagi taw but aku malas lah
maybe orang lain sesuai but not me
keadaan jadi makin teruk mujur aku snap gambar before
so dapat lah bandingkan huhuhuhu

Lepas nie tak nak lah use entah apa-apa brand
kebetulan dulu beli serum muka aku dah okey walau pon
tak licin or flawless and dark spot pon tak hilang sob sob sob

Dah lah nak birthday sekali skin makin worst cetttt
but aku rasa lepas pakai aloe vera dah makin bettter
and better so untuk sebulan nie just use aloe vera jek lah
without basuh muka dengan sabun and pakai toner
just aloe vera saja ^_^

Sis plak Alhamdulilah pakai okey and nampak perubahan
kulit dia licin and bersih maybe kulit aku sensitif kot
tak boleh nak kasar-kasar punya skin care
kena yang lembut-lembut jek hehehehhe

Lagik scary kalau kulit macam terbakar
dia siap pakai berlapis-lapis but okey jek maybe
dulu dia pon teruk jugak kot ada yang hasilnya okey
tengok gambar kebanyakkannya okey but why me tak okey
sakit taw hati.....

Aku cuma malas lah nak story biar jek lah
kang bila dia dok bertanya kita bukak story show gambar
bukan apa lain orang lain kulitnya
so nahhh gambar as bukti walau pon cahaya tak sama

 

Nampak tak betapa jadi lainnya...???
masalah muka aku ialah tu hah yang before so aku ingat try
new skin care nie dapat lah hilangkan semua masalah tu
sekali muncul plak yang gambar after tu
bukan makin elok but makin teruk scary sangat

Maybe pakai minyak akan tak kering
tapi aku jadi takut bila tengok result before and after
nampak bukan makin okey tapi makin teruk sob sob sob

Tu lah masalah utama kulit muka aku
and kerana tu lah aku nak try yang lain
but sometime aku malas nak jaga sebab tu jadi gituk
and pore aku start pakai skinfood until now tak mo kecik
disebabkan tak kuasa nak layan gasak ko lah huhuhu

Saja aku post untuk jadikan ingatan buat diri aku supaya
next time jangan nak try any new skin care
kalau gatal sangat nak try just try korean skin care
or just use etude house punya jek dah senang

Aku cakap dengan mum maybe pasal dah biasa use
korean punya and kebanyakkan tak ada chemical kuat or
bahaya kena plak pakai yang strong punya tu yang
makin huru hara

4 hari pakai skin jadi teruk kalau habiskan sebotol
tak keluar rumah agaknya aku huhuhu
ye lah memula dah macam kertas pasir kasar
then makin banyak dark spot lepas tu entah apa plak
tak pe lah tak dapat flawless skin selagi ada camera 360
for selfie akan aku pakai :p 

Bye(>‿♥)

♥ Happy Birthday Rara SU ♥

 

Hari nie birthday Umairah...genap umur dia 8 tahun haishhh
kejap jek dah makin besar anak sedara aku
rasa macam still small jek uhuk uhukkk

Tahun nie buat awal celebrate hari sunday lepas
nak buat sama tarikh memang tak lah kan orang kerja
walau pon cuti sekolah 

Simple-simple jek buat janji cik kak sorang tu happy
pakai baju gaun kembang color putih lawa
siap crown lagik hehehehe cute 

Actually birthday girl request nak buat theme anna
tapi keadaan tak mengizinkan so just simple simple jek
 
  

Order pizza and chicken wing kat dominos
mum masak nasi goreng merah dengan mee siam putih
lagi pon tak panggil sapa-sapa cuma kita-kita jek
so tak payah lah masak banyak-banyak

Masa nie Ayyash tak de balik rumah mak dia
so terpaksa celebrate awal coz ayid kak rah nak keluar jumpa orang
celebrate jek potong cake then tunggu Ayyash balik

And yang tak bestnya aku tak makeup langsung just pakai lip balm
yang ada color masih belom berani nak benarkan bb cream
melekat kat kulit muka just tunggu few days then baru pakai
sob sob sob....

Happy Birthday sweet heart moga jadi anak solehah & rajin belajar 

Bye(>‿♥)

♥ Nature Republic Aloe Vera ♥

 

Nature Republic pemes dengan aloe vera nie kan kan kan
dah lama nak beli tapi asyik tak beli pon
didi cakap skin care daripada aloe vera bagus untuk jerawat
aritu aku dok bebel dengan dia kata jerawat banyak huhuhu
aku panggil nie gemok pendek :p

Ahad lepas saja lah gatai nak try produk skin care 
kawan yang selalu aku beli handphone dengan dia jual
boleh tahan ramai beli feedback pon not bad
so try jek lah kan mana taw bagus

Pakai sampai 4 hari dah tak boleh nak menahan
nanti lah ehhh aku buat new entry pasal kes nie

Aku rasa macam teruk tapi dah tak tahu nak buat apa
so aku teringat aloe vera nature republic ramai kata bagus
okey lepas solat jumaat semalam terus pergi city square
kat johor cuma tu hah kat city square jek ada

Price RM32.90 okey lah masa tu ada promotion
buy 2 free 1, memandangkan aku nak try tak berani nak
amek banyak-banyak

Semalam petang sampai ler hari nie kering jek letak lagik
baru-baru pakai menyengat jugak kulit tapi lepas tu sejuk balik

Alhamdulilah kulit mengelupas, kering sangat-sangat
beransur-ansur hilang
macam tadi muka rasa gatal then tak garu lah just
gosok-gosok sekali ehh terkeluar kulit mengelupas
then pakai lepas tu bersihkan lagik Alhamdulilah rasa lah
perubahan

Tapi tak semua hilang masih ada lagik but kena slow slow lah
part kasar dah rasa macam lembut
and tak rasa kering lagik Alhamdulilah

Permulaan aku just pakai untuk kat muka sahaja
pasal kulit mengelupas lepas tu kering sangat-sangat
so sangat tak selesa dalam hati apa nak buat nie
risau sangat-sangat risau....

Setakat nie Alhamdulilah dah okey
hope esok or lusa lagik better lah
aloe vera kan bagus untuk kulit kering dan mengelupas

So nanti lepas dah try yang lain-lain aku nak buat review plak
nie sekadar luahan biasa saja huhuhu..... 

Bye(>‿♥)

♥ Tak Suker Okey ♥

 

Banyak benda yang aku tak suka.....
maybe sebab tu kot sampai sekarang no boyfriend kikiki
maybe sekeliling aku kot yang buatkan aku rasa menyampah
bila keluar cerita soal kasih sayang cewaaahhhhh

No serious aku tak suka kalau dah bebual then
sibuk nak call lebih-lebih lagik malam-malam
lepas tu sibuk jek nak amek taw means kita dengan siapa
keluar ke mana serius rimas okey....

Aku suka yang cool and rilex jekkk
bebual pon more kepada santai-santai lawak-lawak
tak mo lah more kepada hati dan perasaan
coz manusia nie akan sentiasa berubah

Paling benci kalau tetiba bunyi handphone tengah syok tidur
kol 1 pagi or 3 4 pagi heyy tu masa untuk rest bukannya
calling lepas tu dah melalut ke merepek repek
eii tak suka sangattt tak suka....

Mana nak carik yang cool rilex santai-santai then lawak-lawak
aku suka spesis gituk paling penting is no calling or dating
masa aku tak ada untuk semua tu kalau text maybe yes
itu pon kalau ada masa then akan text or message
maybe masa aku terhad kot

Friend aku kata maybe aku takut pada ikatan kot
dah sedap without ikatan bercinta so bila tup-tup
gituk jadi serba rimas and tak suka...

Tapi memang sejak azali lagik aku tak suka semua tu
haishhh hidup sendirian jek lah jawabnya
tak apa Allah ada huhuhu 

Bye(>‿♥)

♥ New Camera ♥

 

Alhamdulilah berjaya jugak aku beli compact camera
okey lah walau pon tak sama macam canon ixus
aku sayang giler dengan camera tu tapi nak buat macam mana
bukan rezeki aku...sob sob sob

Sama seperti yang lalu color black...
yang ada cuma silver dengan black so pilih jek lah black
selalu taw macam gituk mesti tak ada color pink benci arrrr

Untuk permulaan aku akan use this camera
hasilnya maybe tak sesama seperti yang high brand punya
ala setakat untuk suka-suka jek apa salahnya
price pon tak de lah mahal sangat just okey lah
below rm300 syok right...???

Kecik pon kecik senang masukkan dalam pocket seluar
aku malas nak hangkut bag ke hulu ke hilir semuanya
sumbat dalam pocket seluar rasa macam selamat gitukk :p

Aku dah try use iphone video tapi suara slow
and leceh lah nak transfer so aku lebih suka buat
iphone for my phone and compact camera for my vlog
or boleh amek gambar save battery iphone ku :p

Nak jek ku letak nama as blackiey :p
amek ayat si Ayyash wawawawa

Yang aku bekenan tak ada so frusttt
kat giant pon macam tak banyak sangat compact camera
and kat jusco jugak best macam-macam ada and kat angsana
memandangkan super busy so beli jek lah apa yang ada

Free 8gb tapi aku upgrade ke 16gb hehehhehe
lepas tu sengaja beli screen protector untuk camera
jaga lah elok-elok dah tu jek yang ada
nikon j1 tu just simpan jek lah....banyak kenangan dengan dia...

So my dream come true
dah dapat apa yang di idam-idamkan
camera for my vlogz.... yeaaayyyyyy 

Bye(>‿♥)

♥ Kak Sheila ♥

 

Aku kenal dengan kak Sheila dah lama sejak zaman 2004 gituk
bagaimana aku kenal or what tak perlu lah aku share huhuhu
but nak share yang lain punya story :p

Masa tu umur ku 14 tahun kecik lagik sebab tu kak sheila cakap
" Dah besar dah awak sekarang" huhuhuhu
makin membesar dari dulu kak sheila jumpa 

Sepanjang perkenalan hanya sms or call tak pernah jumpa
rezeki cuma sekali jek jumpa masa tu umur aku 18 or 19
tak pon rasanya macam 17 kot 
hanya sekali jumpa lunch bersama-sama pertama and terakhir
selepas tu tak pernah jumpa lagi

Kak sheila tak panggil aku farah or nama yang family panggil
but dia call aku amoi dari dulu kenal sampai lah sekarang
aku masih simpan birthday card yang kak sheila kasi huhuhu
and palinggggg berharga kak sheila dengan my dear pernah
kongsi duit belikan aku present handphone taw
sayangnya handphone tu hilang T.T sedihhh wooooo

Aku dah lama simpan no dia tapi tak berani nak whatsapp
takut-takut dia lupakan aku ker or tak reply ker
setiap kali aku tukar number phone number dia tak pernah aku
buang or hilangkan sentiasa aku simpan

Now kak sheila dah pon kahwin
ingat dulu dia akan kahwin dengan my dear but
kak sheila kata hanya sekadar kawan huhuhu
aku suka kak sheila cara dia by the way kak sheila lawa sangat taw
haishhh untung husband dia...

Sekian lama tak jumpa hanya ada gambar kat whatsapp saja
muka aku kata kak sheila aku cantik waaa kembang rasanya

Aku berharap sangat dapat jumpa dengan kak sheila lagik
terlalu banyak yang ingin aku ceritakan padanya
rindunya nak jumpa kak sheila lagik hehehehe

Until now kak sheila masih panggil aku amoi
and tak sangka dia masih ingat aku lagik.....
aku selalu ingat pada dia....

Bye(>‿♥)

♥ 2 Kenduri ♥


First aku malas nak transfer gambar
entah kenapa tak boleh plak aduhaiiii
so kita skip pada cerita gambar ye...

Hari terakhir bulan february 2015
masuk singapore ada 2 kenduri fuhhhh
dengan jalan jam sikit then pung pang pung

2 kenduri ialah kenduri kahwin dengan kenduri doa selamat
kita mulakan dengan kenduri kahwin lah ehhh

Kazen aku iaitu adik daddy punya anak kahwin
so aritu tunang tak pergi then mum kata kahwin
kena pergi lah lagi pon abang-abang aku tunang kahwin
makcik aku rajin jugak lah datang

Dah nama kitaorang nie ikut perangai mum
malas nak pergi kenduri kahwin hikhikhik
daddy dengan Ayyash jek rajin pergi huhuhu

Pergi kenduri mesti lah makeup kaw-kaw
sempat ko ikut style makeup princess yanti
dalam tutorial tu color purple tapi aku tukar use green
hikhikhikhik

Memandangkan aku gedik nak add kazen yang sebaya
dengan aku kat instagram so saja jek lah amek gambar
pengantin then upload siap hashtag lagik
ohh ya hashtag diberi oleh pihak pengantin then kita
just upload saja lor

Saja nak meramaikan ahli-ahli instagram
walau pon penuh dengan muka aku dok main selfie :p

Habis jek kenduri kahwin zasss lari ke kenduri tahlil
ala tak jauh pon majlis kahwin kat masjid An-Nur then
jalan sikit tak sikit lah lepaskan satu building flat
then sampai

Terimbas kembali zaman kecik-kecik
dulu kan tak ada kereta then beraya jalan ramai-ramai
naik bus turun bus naik mrt turun mrt
dok cerita dengan Ayyash huhuhu imbas kembali gitukkk

Kenduri tahlil arwah papa meninggal
sekejap jek dah setahun arwah papa meninggal
memula nenek then papa hurmmm...

Ingat lepas kenduri kahwin sempat kot nak mandi
tukar baju bersihkan makeup untuk kenduri tahlil
tak kan lah nak over kan makeup memandangkan
no time sampai jek orang dah nak start baca so zasss
tukar jek baju ke baju yang sopan hikhikhikhik

Tanpa cuci makeup pon biar jek lah
bini kazen aku anak arwah papa pelik tengok aku makeup
nasib baik ler dia dapat agak pergi kenduri kahwin
aku cakap ler kalau kenduri tahlil tak rajin nak makeup
dengan color eyeshadow kalau boleh rasa macam tak nak
pakai makeup huhuhuhu

Sampai ler balik rumah baru ler bersihkan
haishhh kalau taw cuci muka or mandi tukar baju tidur sekali
balik jekk zasss naik atas katil terus tidur lagikkk syokkk...

Bye(>‿♥)

♥ Mood Malassss ♥


Mood malas kembali lagik yipppyyyy
malas nak update blog then serba serbi malas
rasa macam nak tidur jekk 24 jam :p
yang paling ketara ialah mood amek gambar makan
sekarang adalah super malasss dapat makan terus ngapp

Tak taw lah sampai bila mood malas nie akan hadir
maybe sampai satu dua perkara settle
then mood malas nie back to normal kot hikhikhik

Hope cepat ler mood malas nie berlalu pergi :p 

Bye(>‿♥)

♥ Andai Hatiku Bersuara ♥


Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak Untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidakku mengerti Tidakku fahami
Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini

Maafkanlah kasihBerapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar

Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidakku mengerti tidak ku fahami
Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan di cintai tiada duanya

Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima





Bye(>‿♥)

♥ Vlogz Sendiri ♥


Aku teringin nak buat vlogz
sekadar untuk saja-saja jadikan as kenangan maybe
kekadang ada benda bila kita record then kita akan boleh
tengok bila-bila masa saja paling penting dapat dengar suara
more kepada kenangan lah

Buat masa seketika nie aku nak kumpul duit untuk beli
camera more to compact camera lah kan boleh record
memandangkan canon ixus aku kena curi dulu so
until now belom ada penganti sob sob sob sob

Nikon j1 ada tapi besar sangat lah then nak tukar lens lagik
sangat malas aku perlukan something yang small
tapi super power means 2 in 1
boleh amek gambar and boleh buat video hehehehe

Lagi pon aku tak pandai nak edit video
maybe boleh snap satu scene then ke satu scene
lagi pon kan boleh cantum-cantumkan jadi satu
hah nanti nak kena belajar kaw-kaw dulu then baru ler
boleh buat effect macam orang lain hikhikhik

Just perlukan idea and perlukan belajar edit video

Saja gedik nak try buat vlogz plak
and lagi pon aku suka tengok vlogz si bubzvlogz
best anak dia cute giler weyyy and few vlogz pon
aku suka jugak but si bubz nie every day aku always
check kot-kot ada video baru ker....!!!!

Maybe kalau jadi buat pon aku lebih kepada jadikan as
malay vlogz lagi pon tak akan ada sesiapa pon watch 
sejak dah try keek jadikan as vlogz terasa macam best seyy
keek just 0:38 second jekkk

Aku nak kena buat set sampai berapa minit
kalau boleh memang tak nak panjang panjang
just pendek tapi berisi daripada panjang meleret

Cuma tu lar bab edit put word semuanya aku tak pandai
aiseyman sapa nak ajar aku der....
aku just guna yang sedia ada kat laptop iaitu window maker
dah tu jek yang sedia ada then nak use apa lagik

Walau pon ramai yang kata ala senang jek lah guna
bukannya susah mana tapi untuk aku yang zero
tak tahu langsung macam mana nak guna
window maker sedih kan huhuhu

Maybe youtube boleh ajar aku kot
tak pe try and error mesti lama-lama akan pandai jugak hikhikhik
or maybe masuk class belajar edit video....

Try and error sampai berjaya... 


Bye(>‿♥)

♥ Kisah Instagram ♥

 

Aku suka layout instagram yang dedulu punya rasa macam simple jek
and aku tak suka profile picture bulat kalau sqaure aku suker
macam cute jekk

Now banyak yang di tukar and di tambah
user pon makin banyak jugak kan
dedulu download register lepas tu menyampah coz gambar
tak full just kena adjust lepas tu deleted balik hehehehe

Tak ingat dah my first username kat instagram
sekarang nie more kepada peniagaan jek
lepas tu nak carik gambar lain tapi penuh dengan jual barang

Yang nak lagik best type #baju yang keluar nanti seluar lah
kasut lah tudung lah yang paling hampeh testimoni
period tak keluar so sekali keluar berketol-ketol so jijik seyy

Belom lagik type malaysia tapi penuh iklan indonesia
hahahaha macam mana tu...

Kekadang bosan betol nak mencari benda benda penting
dulu bila search jek best semua keluar gambar yang sama
dengan hashtag cuma sekarang nie hurmmm

Some peniaga online nie tak faham bahasa
dah cakap jangan iklan tapi tetap jugak iklan
ayat paling pemes is visit my ig derrr

Aku tak kisah weyy nak follow ke aper
tapi cuma tu lah agak-agak lah penggunaan hashtag
kekadang guna hashtag yang tak ada kena mengena dengan gambar
sakit kan hati kita cari baju tapi keluar gambar kasut seluar
jangan akan datang keluar gambar bra sudah lerrr

Kenapa tak nak memudahkan orang lain
contoh hashtag baju so keluar semua jenis baju
kasut then keluar kasut begitu jugak yang lain-lain
nie tak de dah bercampur aduk

Tu belom lagik iklan yang merapu-rapu sabo jek lah
yang paling geram type plus size tapi yang baju normal size
pon selit sekali sengal tak aku punya berhangin rasa
macam nak debik-debik jek kat seller suruh belajar
tengok apa yang di jual tu sama ke dengan hashtag

Nonsense seyyyy......

Tetiba rindu zaman dedulu punya instagram
masa tu belom penuh iklan syok jek....

Nie sekadar luahan hati aku saja
bukannya nak cerca semua peniaga online
aku paham mereka cari rezeki sama macam aku jugak
cuma aku kureng suka part salah guna hashtag jek
menyusahkan pengguna lain untuk mencari barang

Bye(>‿♥)

♥ Burger Bakar ♥

 

 

Syukur Alhamdulilah dapat jugak try 
daripada dapat tahu nak pergi asyik ada saja urusan zzzzzz

Hehehehe masa pergi dah kol 10 lebih masa nak parking kereta
tengok orang dah beratur panjang adeyyy
hope masih ada lah kang penat-penat pergi sekali habisss
pergi kat B.Point kat bandar

Tengah-tengah beratur ada lah manusia nie sodap sodap jek
potong line cettt tarak pergi sekolah punya orang
sabo jek lah orang belakang suruh tegur then malas lah
biar jek lah muka tak reti malu pergi order kikikiki

Just basic amek daging and meatball
Ayyash suka betol meatball siap cakap tu dia punya lol
padahal beli share nak try tengok macam mana rasa
coz orang post semua kata sedap-sedap kuikuikui

Rupanya kat pasir gudang pon ada derr
kalau taw pergi kat situ jek lagik senang
katanya kat today market grrrr
bukan apa pergi bandar malam-malam nie bahaya sikit
dah ler aku bukannya pandai nak drive ke bandar

Tapi tak apa semuanya dah pon selamat
next time kalau pergi pon just pergi kat today market
lagik senang ^_^

Post nie sambil buat tak pandang pada gambar
kang terliur lah plak kan dah tak pepasal kena pergi lagik :p 

Bye(>‿♥)

♥ Can't Keep Calm ♥



Hari ini kita dah masuk bulan ke-3 tahun 2015
weyyy another 23 hari lagik hari lahir aku eiii tak sabarnya
hahahahahha umur dah meningkat lagik tak sabar nak birthday
cettt lain lah kalau budak-budak :p

So dap dup dap dup nak masuk umur 25 tahun :p
jangan di tanya soal kahwin.....tiada jawapan
kalau ada jodoh kahwin lah aku....

Marchh please be awesome.....:p 

Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!