♥ Penutup 2013 ♥

 

Hari nie adalah hari penutup 2013....
segalanya sudah pon berakhir maka ku tinggalkan semua kenangan
duka mahu pon gembira bersama detik detik sama waktu
pergi la duka dan gembira ku tak ingin bertemu kembali duka pada
tahun yang baru

Hari nie dia ignore aku lagik it's okey tak apa
walau pon kita berkongsi sama womb tak apa
satu hari nanti pasti dia akan tersedar Insya Allah
rancangan Allah biar lah aku ikut saja laluan yang Allah inginkan

Terima kasih 2013 untuk semuanya.....
semua derita....semua duka yang di beri....
akan ku lontar jauhhhh semua derita semua duka itu jauhhh ke dalam
lautan....jauhhhhh sangatttt

Hari nie semuanya akan menjadi sejarah bagi 2013
usah di kenang lagik semua sejarah itu
biarkan ianya terkubur di tengah lautan yang mendalam *apa daa ayat*

Ingat masa sunday tu nak post la today last sunday untuk tahun 2013
last sunday untuk holiday segala bagai sekali terlupa la pulak
haishhh otak nie banyak sangat benda nak ingat sampai terlupa

Nak kata tak sabar 2014 tak jugak
feel empty cuma tu la Alhamdulilah dapat jugak melalui setahun
segala dugaan segala masalah yang datang bertalu talu
kuat sedikit saja cuma lemahnya sangat banyak

Harap sangat dengan berakhirnya 2013 maka akan berakhir lah
semua yang sedang kami lalui moga 2014 memberi makna yang baru
memberi segalanya dan segala apa yang terjadi semuanya akan
menerima balasan masing masing....

New Year punya azam tak ada
malas nak create coz sometime semuanya tak menjadi huhuhu
so no more azam azam or impian huhuhu

Selamat Tinggal 2013.......
 
Bye(>‿♥)

♥ Kisah Charger ♥

 
 *Ulang balik guna gambar nie*

Aku ingat lagik memory pasal charger
dulu dalam rumah 4 orang use iphone and 3 orang use nokia
so bayangkan semuanya patern sama kekadang use boleh plak
teramik then kata tu hak milik sendiri hampehh kan

Aku pon naik pening selalu sangat charger aku asyik tak ada
kat plug mana lari pon aku tak tahu bila aku merayau mencari
dari satu bilik ke satu bilik masing masing kata tu charger mereka
abis charger aku mana :(

Sekali disebabkan malas nak layan aku pon buat la
after use simpan dalam laci yang tak de siapa yang tahu
so tak de la charger aku akan merayap rayap 

Sampai la satu masa ika dok ajar macam mana nak bezakan charger
supaya tak ada lagi kes tertukar charger or apa-apa ajek la
disebabkan dia dengan si bibik lagik satu using nokia so kekadang
masing masing charger buat harta sendiri
kalau nak tahu dulu ika nie maid pak tam

So dia dok sellotape charger so dia tahu tu dia punya charger
aku pulak sanggup pergi popular book store carik
sellotape yang colorfull then cari sticker
balik ajek terus dok balut charger use sellotape
fuhhh berhasil jugak tu pon belakang kepala plug pon aku buat
tanda padahal depan kepala plug aku dah tampal love sticker

Charger ipad pon aku balun buat macam gituk
habis semua charger aku dok kerjakan senang nanti tak tertukar
mum punya charger iphone aku kerjakan ipad dak kenit pon aku kerjakan
sis punya dia buat sendiri malas aku nak kerjakan

Senang hati tak tertukar pon charger huhuhuhu
bila dah lama lama aku baru perasan glitter charger
aduhaiii masa tu punya la frust kenapa la kenapa laa
dulu aku tak perasan kalau tak confirm charger aku cute miut
hampehhh tapi now walau pon still pakai iphone
cuma aku jek tukar usb lain stil aku glitterkan charger

Supaya nampak cun nampak girly
suker sangatttt cuma tu jek charger ipad tak boleh buat
tak pe one day aku nak sambung buat tapi tunggu la
promo keluar seketul RM5 daripada RM19 adeyyyyyy

Senang cerita charger is pentingggg dalam kehidupan
manusia charger energy melalui tidur
kehulu ke hilir bersama charger apa tah lagik kalau
powerbank tertinggal kalau boleh dia sorang ajek nak
dok buat plug tu macam dia punya huhuhuhu

Kat mana aku boleh mencari polymer clay
pergi kat book store semuanya kata tak ada
ini tak de itu tak de abis apa yang ada....!!!
ohhh polymer clay di manakah kan ku mencari dirimu
muncul la muncul la muncul la fuhhh fuhhhhhhhh
 
Bye(>‿♥)

Jumaat Terakhir

Hari nie jumaat terakhir untuk tahun 2013 dan bermulanya tahun depan jumaat adalah permulaan cuti so enjoy last cuti sabtu ahad yer warga warga dan penduduk Johor...

Tu jek nak cakap and bebel bebel huhuhuhuhu
enjoy~

- Posted using BlogPress from Amoi Farah iPad

♥ Biore ♥

 

Selepas aku beli mascara etude house rupanya tu adalah waterproof
aku nie kureng cikit waterproof susah nak bersihkan
memandangkan rocket volum aku tu bukannya waterproof

Aku dok fikir apa remover yang bagus untuk waterproof
tengok maybeline and few brand kat pasaran aku pon macam
berani tak berani jek nak cuba tak tahu kenapa
sedangkan semuanya sama saja betol tak

Sekali aku terjumpa produk nie kat blogger yang aku dok salam singgah
terus rasa ehhh macam gerek jek nak try la bila keluar nanti
nak di jadikan cerita kebetulan keluar pergi jusco tak ingat la pasal
apa see nampak sangat cerita dah berbulan baru sekarang update :p

Pergi la cari kat watson senang sikit nak bayar tak beratur 
coz hari minggu paham paham jek la orang punya ramai
beli satu barang nak beratur berjam jam eii tak sanggup

Masa baru try tu aduhaiii punya la seksa nak bersihkan
kalau tak silap masa tu aku terpakai cotton pad
tenyeh tenyeh pon macam tak de hasil jek hati aku berkata kata
lepas dah cuci semua aku dok fikir hurmm tak pe la nanti aku
nak try plak bersihkan selepas aku pakai bb cream

Aku bersihkan tapi selepas tu aku tak lap
so memang macam goreng ikan la hasilnya
frustt sangat 2 kali aku kena cuci muka dengan sabun
coz minyak tu macam tak nak hilang hampehhhhhh
disebabkan kecewa dengan hasil keduanya aku terus
zapppp nak cari remover makeup yang lain tapi tercari cari gak
yang okey until now belom jumpa

Kan aku dok sebuk bising kata lupa skill and nak practice
semalam aku dah start practice makeup
fail giler ahhh bab eyeshadow nampak sangat dah 2 tahun
aku tak pakai eyeshadow sampai lupa skill hampehhhh

Disebabkan pening nak bersihkan apa lagik guna biore
sental la kat muka sekali zasss ehhh hilang wahhhh shuker
dua tiga kali ehhh bersih dah dari makeup walau pon still
ada sisa sisa makeup...Tadi try bersihkan fuhhh syokkkk
sekali 2 jek hilang semua eyeshadow bila mana dah start
main color nak bersihkan susahhhh

Kesimpulan yang aku nak buat ialah ianya sangat bagus
untuk heavy makeup kalau light makeup tak nampak sangat
hasilnya okey fine lepas nie guna nie saja untuk remover makeup
untuk heavy makeup weeeeeee
so tak payah risau kot kot sisa makeup still tertinggal

Boleh pulak foundation aku tak ingat sumbat mana
terpaksa guna bb cream untuk ganti foundation
hampehhh brush pon banyak aku tak ingat sumbat mana
hampehhh terpaksa gunakan kaedah lain grrr
tak apa la janji hasilnya sempurna and tak huru hara

Dulu-dulu rasa best jek pakai eyeshadow
sekarang rasa macam ehhh terlalu lalu over
lelagi teman sis kat kedai orang pandang semacam
mesti dalam hati kata overnya pompuan nie makeup
weyyy i is practice makeup hoccay
tak kuasa nak jaga kedai pakai makeup sekati
benci betol cara manusia pandang aku time makeup sekati semalam

p/s: Bestnya edit gambar letak gambar fahrin sekali paling over
boleh plak buat profile picture adeyyy sekali sekala nak gedik gak :p
bukan selalu aku buat gedik sedemikian rupa hohohoho
 
Bye(>‿♥)

♥ Lupa Skill ♥

 

Duka citanya aku dah lupa skill makeup andaman yang aku belajar dulu
sangat sangat menyedihkan dah lah aku suka sangat skill makeup tu :(
lelagi sekarang aku dah lama tak heavy makeup aduhhhhh

Fad nak bertunang next month
so dia mintak aku tolong makeupkan dia
dah lah hari bahagia dia so tak kan la aku nak rosakkan dengan makeup
yang entah apa-apa senang kata tak sesuai la

So aku just cakap boleh tu boleh tapi aku dah lupa skill
kalau makeup macam raya gituk boleh tak
mujur Fad kata dia tak kisah janji settle bab makeup

Aku rasa a bit bersalah la
dah lama aku tak buat heavy makeup so takut la hasilnya nanti
mengecewakan lelagi sekarang memang dah tak ada hati langsung
nak buat heavy makeup cuma tahu lenjan bb cream ajek
tak kan aku nak suruh Fad pakai bb cream bla bla bla etc
tak bagus kan dia la sahabat sejati dunia akhirat aku

Aku ingat few weeks sebelom majlis
nak practice balik la skill makeup
guna apa yang aku rasa aku mampu untuk makeupkan Fad
kena korek balik segala barang heavy makeup la jawabnya

Macam bodoh jek kan suka makeup tapi dah lupa skill
aku dah cakap yang aku nak mulakan balik practice
jadi jangan nak kata pe hal aku duduk rumah tapi makeup sekati
ohh ya tak de sapa sapa ke yang nak kahwin ehh bagus jugak test
jadi tak de la kena kutuk duduk rumah pon sakan bermakeup :(

Terasa macam ehh nak try lah bermula malam nie
tapi malas pulak nak cuci makeup :p
lagi pulak muka aku still ada bb cream malas nak bersihkan

Sejak sejak dua menjak nie aku dah tak de hati nak
makeup heavy tapi demi mu wahai sahabat
akan ku usaha jugak agar kau nampak cun melecun
confirm bakal mak mertua senyum riang

Nak mulakan balik aku pon dah tak ingat
mana aku sumbat foundation aku tu
lepas tu segala mak datuk brush pon aku tak sure mana pergi
otak nie memang dah tak boleh nak fikir apa-apa pulak

Skill sila hadir supaya aku dapat puaskan hati ku terhadap makeup
demi sahabat sejati dunia akhirat aku....
practice make perfect...!!!
mulai sekarang kena watch balik kat youtube skill makeup
otak ohhh otak why why why bila perlukan skill makeup
dengan segala rasa hampehnya terlupa...??

Practice...practise....and practice...
sampai la berjaya.....!!!!

Bye(>‿♥)

♥ Kisah 8 Tahun Yang Lalu ♥


Hari nie ehh keluar keputusan PMR..???
mesti semua sedang bergembirakan dengan keputusan
terasa dup dap dup dap masa nak mengambil keputusan
dulu dulu aku pon pernah merasai semua tu

Tapi kegembiraan aku tak lama
pagi amek keputusan malam kelam kabut masuk singapore
menuju ke hospital keadaan arwah nenek dah teruk

Sepatutnya satu hari tu aku feel happy senyum tapi
sesuatu yang menanti yang agak entah la susah nak kata

Hari nie aku dapat result PMR
esoknya arwah nenek meninggal
tak syok kan sepatutnya aku still enjoy bergembira
dengan keputusan PMR aku sebaliknya
hanya air mata yang menemani aku

Walau pon keputusan aku tak de la semua A
tapi still okey la pada pandangan mata aku
asalkan tak failed and ada yang tak kena sudah la

Sekejap saja masa dah berlalu
dulu aku amek result PMR 22.12.2005
muka nervous jek lelagi menghadap muka cikgu
haishhh terasa macam tak boleh nak lupakan ajek

Mata mencari cari ada failed ke nie ada failed ke nie
takut ajek failed takut mengecewakan mum dengan daddy
termasuk la diri sendiri walau pon dah try yang the best

Fad ingat tak kita duduk dalam class time rest
sementara nak menunggu next exam then kita makan
roti gula bersama sama arghhh rindunya kenangan itu

Lepas tu aku tak jadi bawa handphone kau sorang jek yang bawak
kita mintak ustaz Yunus simpan...
then bila ustaz Yunus ask aku pasal exam and panggil nama aku
dengan family aku panggil bebudak lain semua tengok aku
atas bawah macam tak puas hati....
mesti kata ehh apa pasal ustaz panggil dengan nama tu
bukan nama dia lain ke hohohohohooho

Rindunya zaman sekolah zaman yang tak payah fikir
banyak cuma fikir soal belajar...exam...homework...
tapi zaman zaman aku time tu tak ada instagram
tak ada keek tak ada facebook 
tak de pon tanya weyyy apa facebook kau aku nak add

Yang lagik best time tu aku belom mahir pon pasal
blogspot kalau la aku mahir mungkin aku simpan blog tu
mungkin aku tak akan bertukar yang nie mungkin
segala kenangan semuanya bertulis di sini

Sampai sekarang rasa macam tak boleh nak pandang
result PMR lama lama nanti terasa rasa kenangan dulu
haishhh bila dapat sijil PMR lagik la rasa
memang tak akan renung lama lama

Walau pon aku kureng cikit dengan arwah nenek
tapi penghabisan hayat arwah nenek duduk dengan kami
sampai la detik terakhir dia sebelom masuk hospital..

23 hari bulan nie genap la 8 tahun arwah nenek meninggal
22 hari bulan nie genap la 8 tahun aku dapat result PMR
semuanya berlaku selang sehari sesuatu yang aku tak terfikir...

Bye(>‿♥)

♥ Hedgehog ♥

 

Alololo kenapa cute sangat nie...???
puncanya semalam la aku dok tengok kat instagram
sekali ada video part mandi punya la cute
rasa macam nak bela sekor jek :p

Ayyash tak kasi bela
dia kata nie tajam taw kena sakit
ye la manja ashyu

Tadi dok gatai ler tangan search pasal hedgehog
sekor agak mencecah RM100
harganya sama dengan harga sugar glider
hurmmm 

Memula nak jaga tu yang takut
nak menjinakkan bukannya senang
amek masa yang panjang ishhhh takut aku
buatnya dia mengeluarkan duri duri yang serba tajam tu ayooo

Memandangkan hidung aku nie alah dengan binatang berbulu
so aku buat keputusan nak beli hedgehog :p
kebetulan dia tak berbulu tapi berduri duri tajam adeyyyy

Tapi ada masa ke aku nak menjaga
rasanya now masa aku sangat terhad
sampaikan blog pon aku abaikan hurmm
tak payah lah kot ada niat nak membela hedgehog

Walaupon rasa geram tengok kecomelannya
tapi simpan jek la dalam hati huhuhu
kenapa la animal yang aku suka and teringin nak bela
semuanya suka makan ulat....!!!
dah la aku pengeli dengan ulat stress betol

Aku cakap dengan sis
aku nak change ulat kepada salad
so hedgehog aku vegetarian :p
kalau berhasil walaweyy syokk tuu
dasar berangan tak beringat ingat

Bila search lagik hedgehog nie makan makanan kucing
aikkk tak de ke jenis makanan khas untuk hedgehog??
nampaknya macam low maintenance tak macam
sugar glider high maintenance kalah tuannya

Kalau ada rezeki mungkin akan ku cuba
hehehehe kalau ada rezeki la
jangan nanti time ada rezeki kesudahannya aku beli kucing
tapi malas la nak cari penganti ochee
ohhh ochee i miss u so muchhh....!!!!

Agak agak kat kedai pet ada jual tak ekkk
maybe rega jejak RM100++
nanti nak try carik la
kat mudah.my pon ada tapi kawasan KL
banyak sangat kawasan Johor nie macam kurenggg

Berangan angan saja dulu
tapi untuk membelinya rasanya tak de kot gian macam
nak bela sugar glider 
dalam terfikir nak bela tu ada jugak fikir keburukkan dahulu
nanti kalau tak nak jinak macam mana
takkan nak buang ajek
if satu hari aku dah tak nak kan si hedgehog mana
aku nak letak dalam masa yang sama aku fikir
boleh terjaga ke hedgehog nie

Cute memang cute
tapi biar lah tengok jek orang lain yang menjaganya
sambil menahan kegeraman coz terlalu cute.........
 
Bye(>‿♥)

♥ Penenang Ketika Sakit ♥

 

Ini adalah penenang ku ketika sakit yang teramat amat sangat
ku panggil ianya sebagai panadol pink
every month aku need this untuk melegakan kesakitan yang teramat amat

Dulu masa sekolah always standby setepek ginik la dalam purse
so if sakit just makan saja tanpa perlu menahan nahan sakit
jika tak makan memang rasa macam nak duduk bawak meja jek
punya la seksa nak menahan sakit :(

Seketika dulu kala gempar ubat nie dah tak boleh nak masuk pasaran
ada kes satu pasang husband and wife buat complain
katanya dia tak boleh pregnant coz every month makan ubat nie
kalau tak silap aku la

Aku pon dah lupa lupa jek
yang aku ingat seksa wooo menahan sakit bila panadol pink nie takde
sampai aku bebel bebel kata aku sedang menahan seksa
boleh plak kau dah tak nak keluarkan lagik ubat nie

Sampai la satu tahap keluarannya di keluarkan kembali
punya la lega and happy aku rasa coz lepas nie dah tak payah
nak mencari cari ubat yang mampu melegakan sakit

Pernah la doctor suruh try ubat yang color blue
aku pon tak ingat apa nama ubat tu
walau pon ubat tu kuat tapi still tak mampu nak menghilangkan
sakit yang aku menanggung
pelik betol orang lain makan okey malah kata bagus makan
sekejap setengah jam gituk hilang sakit
tapi aku tak hilang hilang jugak sakit benci betol

Until now panadol pink nie still dengan aku
setiap kali sakit mencari la panadol pink
kalau habis memang akan terus beli tak akan menunggu
detik dan saat sakit

Kalau beli time sakit memang rasa nak meraung la
so always standby kat dalam laci ubat ubat
bagi ku kalau panadol pink tak de sakit ku tak nak sembuh
tak sanggup nak menanggung sakit yang teramat amat

Hope panadol pink nie masih mampu untuk menahan sakit
jangan la after this panadol pink dah tak mampu nak berfungsi
haishhh menangis aku

Tapi aku tak beli satu kotak la banyak sangat
beli setepek ajek kalau habis just buy
bukan apa takut nanti expired la pulak
aku makan ikut peraturan bukan macam makan gula gula

Bila dah sakit melampau and rasa tak kurang
aku pedulik apa makan tak ikut time
muahahahhaa....

Bye(>‿♥)

♥ Busy Sangat ♥


Now kebusyan melanda so a bit sukar untuk update blog
if update pon hah time time beginik la itu pon kalau tak tidur
busy nie sampai next month baru dapat settle kan
nanti la ku update slow by slow

Hari nie dapat good news...
BFF ku Fad dah nak bertunang next month
Alhamdulilah jodoh dia dah sampai
turn aku hurmmm semuanya urusan Allah

Sangat sangat happy
dalam diam diam tu hehehehe
Kawan sejati ku dah pon punya pasangan hidup
semoga kekal until jannah Amin

Boleh plak aku dah lupa skill makeup power
duhhh otak nie makin lama banyak benda makin lupa
sorry la friend....

Ku cuba jugak yang terbaik buat kawan sejati
eii tak sabar nak menunggu detik itu

aku ingat nak buat edisi scary
sekali aku lupa mana aku save ayat yang aku dah karang
malam nie otak macam slow sikit nak ingat balik apa yang
dah terjadi grrr sebab tu aku karang cepat cepat
kalau tak hah begini la asyik lupa ajek

Jenuh nak transfer video nie lah
lambat pulak tu sabo jek la
kalau tak transfer memory card low la pulak hurmmm

Aduhhh sungguh lamanya
rasa macam nak restore balik jek phone nie la
bukan iphone but samseng note
then nak cut lagu bahagiamu deritaku Hafiz
hari hari dok dengar lagu tu lama lama ehh best jugak
muahaha kejammm selama nie ingat boringgg
tapi video clip dia syokkk ooo bestttt....
 
Bye(>‿♥)

♥ 11/12/13 ♥

 

Hari nie bersamaan 11.12.13
satu number yang sangat sangat cantikkk
tapi entry hari nie bukan nak membebel pasal tarikh tu
nak membebel pasal yang lain :p

Aku berjaya buy number nie pada hari monday ^_^
kebetulan monday cuti so merata rata tempat la aku mencari
yeaayyy rezeki kali nie jumpa lagi number birthday "233"
kali nie yang last terus 233 tu yippyyyyy

Tapi rega nya makk aiii sampai RM18
padahal can jek jual RM8.80 can
tapi nak number tu punya pasak aku sanggup keluarkan RM18
hikhikhik

Kata dah malas nak tukar number nie apa hal tukar lagik
waittt nie my second number
tak lengkap la hidup using one number jek
rasa macam ada jek yang tak kena muahahahaha

Nampak gayanya kali nie tak kan tukar kot
ye lah dah dapat number yang baikk punya
love it so muchhhh....!!!

Sis bising kata membazir
tapi number 233 nie payah nak mencari
sekali jumpa kat new location
now jumpa kat tempat yang ku duduk tika nie

Sanggup ko tanya orang orang yang use free basic internet
pasal boleh ke 24 hour bukak celullar data
tak puas hati dengan penerangan masa nak beli
ramai yang kata syok can open instagram
yang tu aku pon tak sure muahahhaahaa

Hope sangat la boleh so dapat la aku bebel bebel
kat twitter :p
kat facebook maybe tak kot 
lagi pulak kalau nak laju kena beli yang RM30
hurmm tak payah lah 

Fad ohh Fad lepas nie senang la sikit nak sms
tak de la masing masing teruk keluarkan sen untuk tiap sms
setiap sen tu adalah berharga hohohoho

Plan kali nie mahal sedikit la
maybe pasal dah kasi internet free yang seciput tu
so orang pon tak kan pilih nak sms :p

Aku tak kisah la sms ke apa ke
layan jek lah asalkan apa yang aku beri pesanan or
balas balik pesanan tu di terima sudahh

Hurmmm nak download wechat or not..??
rasanya download kot pasal wechat yang aku use number celcom
nie nak remove dah menyemak jek banyak banyak chat apps
so biarkan jek whats app dengan kakaotalk
walau pon aritu gatai jek tangan nak remove kakao talk 

Yeayy tak sabar nak berkhidmat dengan number baru
kalau ikutkan number lama tu dah nak setahun
hampehh masa birthday tak de pon kasi bonus birthday

Tapi aku buang pon pasal malas nak use
mengenangkan lagik number tu from new location
and number pelik pelik suka call or sms
harap sangat number baru nie nanti no more number
pelik pelik call or sms 

Hope tak menyakitkan hati jek la
memandangkan as second number so tak rasa sangat la
cukup la sekadar menumpang di pinggiran
cehhh ayat tak boleh blah betol la

Nak use phone apa yer...!!!
nak lenjan jek la galaxy y cinonet tu
senang nak angkut ke sana ke sini
love phone yang cinonet cinonet 
tak memberatkan pocket :p

Welcome back hotlink :p :p :p :p :p :p (baca dalam nada menyampah)
 
Bye(>‿♥)

♥ Petroleum Jelly ♥


Entry kali nie tak de gambar malas nak snap gambar and malas
nak google gambar huhuhu kemalasan sedang melanda ^_^
tahukah anda apa itu petroleum jelly..??
ianya sejenis ........

Benda nie terdapat pada vaseline
ala bukan vaseline lotion taw
yang tutup biru tu hah that one...

Bermacam macam benda boleh use using that
aku sekarang nie tengah merajinkan diri untuk use
tu kat kaki terus pakai stokin
aku dapat petua nie dari blog tak ingat blog apa nama

Hasilnya day 1 memang menakjubkan
berseri seri kaki ku ^_^
and a bit lembut la yeaayyyy shuker tapi tu la
antara rajin dengan malas jek

Letak kat bibir pon bagus taw
dulu dulu aku ada letak tapi tak suka rasa
macam too much melekit tapi bagus esoknya
bibir feel smooth jek sukerr

Kali nie aku buy untuk test pada kaki jek
cannot use untuk bibir lah tak elok
so after this nak lekat tulis for kaki only

Kat siku lutut vuntut baby pon can put
tapi aku lebih suka put kat kaki kasi lembut jek
percaya tak ianya boleh melebatkan bulu mata
tang nie aku belom test lagik sebab malas
and bab mata aku tak berapa nak try sangat

Ade jek kat google tunjuk keberkesanannya
tapi aku still macam yakin tak yakin gituk
cari kat watson jusco hari sunday tak jumpa
bila tak nak bersepah sepah ada jual
bila nak boleh pulak tak de haishhh hangin aku

Last last jumpa kat Midas semalam
tu pon kecik jek bottle
sis kata beli besar lagik untung
tapi aku tak nak coz nak mencuba untuk tengok
hasilnya sama ada okey or not
kalau tak okey kan dah membazir huhuhu

Actually ada banyak la manfaat
kalau google bermacam macam yang keluar
tapi aku lebih kepada nak lembutkan kaki ku saja
benda lain aku tak amek tahu

Tapi after kaki ku berjaya jadi lembut seperti yang ku mahu
baru la aku nak try yang lain lain tu
tapi masalahnya entah dapat ke tak hasil seperti yang
aku nak pasal bila datang malas hareeeemmm tak pakai
tak apa lah from now nak kena merajin rajinkan diri
untuk diri sendiri...kepuasan diri sendiri melihat hasilnya........

Bye(>‿♥)

♥ Tazkirah 18 ♥

 

#Amin Amin Amin
Bye(>‿♥)

♥ Perubahan Bermula 2014 ♥


Lagi few days sahaja kita berada di tahun 2013
sekejap saja masa berlalu seakan akan tidak terasa
segala pahit manis kenangan 2013 yang sukar untuk
di lupakan apatah lagik di kenangkan

Bermula 2014 terdapat perubahan akan berlaku
di mana Sultan Johor telah menetapkan cuti Jumaat Sabtu
sama seperti negeri negeri timur dan kedah

Sepanjang aku hidup selama 23 tahun
nie adalah kali pertama no more saturday sunday
after this friday saturday macam mana la agaknya kan
untuk permulaan maybe rasa macam a bit janggal la
tapi lama lama pasti akan okey

Selepas nie no more malam minggu lagik
adakah malam jumaat or malam sabtu...???
entah la macam mana nak sebut yer

Mungkin pertukaran nie ada hikmah di sebaliknya
mungkin dengan pertukaran nie ada banyak rombakan
atau pon perubahan yang akan berlaku mungkin
aku sendiri pon tidak dapat nak pastikan secara detail

Sebelum nie bermula sekolah isnin and tulis kat buku
isnin atau pon monday but now change already
ahad atau pon sunday hihihihi macam mana la rasanya
adakah selepas nie sunday pon aku update selalunya
monday now sunday dah jadi permulaan hari

Aku tahu ramai yang bangkang perubahan nie
malah segala kata kata makian dan cacian di lemparkan
habis kalau dah Sultan tetapkan lagik mau bising bising ka
ikut ajek la lagi pon dari zaman islam cuti jumaat sabtu
mana ada sabtu ahad

Dunia menghampiri akhir zaman
tak salah apa kalau kita berubah menuju ke baikkan
mungkin kalau dulu kaum lelaki tak sempat solat jumaat
atas alasan kerja atau pon sekolah
now semua dah boleh solat jumaat tanpa ada alasan kerja
tanpa ada alasan sekolah kan dah di permudahkan
dapat pahala pergi solat jumaat dengar khutubah

Aku pon pada mulanya dok fikir macam mana ekk
terasa janggal la pulak tapi tak mengapa lama lama pasti okey
tak perlu nak bising bising orang lain gembira sangat
lagi pun dulu pernahkan cuti jumaat sabtu
sebelom di rombak ke sabtu ahad

Tapi masa zaman tu aku belom lahir kot
aku lahir jek dah cuti sabtu ahad
itu pon sometime kena extra class ganti cuti raya
nak raya punya pasal redha ajek la kena ganti class
tapi masa zaman sekolah menengah lah
now semua sekolah dah buat sebegini kan

Ala rilex la wahai yang memberontak
kalau nak enjoy bukan saja sabtu ahad
jumaat sabtu pon boleh enjoy tak de hal
tapi malam malam nak merayap kat johor nie pergi mana jek ek..??

Aku pon tak pernah merayap rayap malam malam 
tanpa ada keluarga bersama
giler nak keluar malam malam dengan kawan kawan
harus kena kejar dek parang baru taw
daddy tak suka anak pompuan dia merayap malam malam
aku dah biasa and suker jek no hal
keluar dengan family lagik syok aper...!!!

Pokok pangkalnya rilex sudah la
no need nak bising bising bab bab tukar cuti nie
sekurang kurangnya ada cuti buatnya tak de cuti
hah tu kalau nak mengamuk boleh la kot :p

So enjoy 4 minggu terakhir cuti sabtu ahad
sebelom bermulanya cuti jumaat sabtu ^_^

Bye(>‿♥)

♥ Dear Darling Tint ♥

 

Semalam merayap berjalan jalan sampai ler ke Jusco Bukit Indah
minggu nie too much berjalan la bermula friday, saturday & sunday
kebetulan pulak kat situ ada etude house dulu dulu aku pernah
buy lipgloss and tak teringin pon nak try yang lelain

Masa after arwah nenek meninggal pergi KL
cari la persiapan akhir raya walau pon tak raya
didi beli lip balm kalau tak silap masa tu dah mula jinak jinak dengan
bb cream so bila bermula dari bb cream terus merebak ke lain

Disebabkan masih ada buy 1 free 1 lagik 
aku grab yang nie menambah nambahkan sedikit supaya
lama cikit nak habis :p

Ingat nak buy vampire red dah search lawa giler
sekali dah tak ada stock adeyyy punya la frustttt
lepas nie boleh la pakai bb cream dengan lip tint saja

Memula sis pon nak join beli after aku godass dia suruh buy
sekali ATM RHB problem so tak boleh la nak buy
after dia try using tester cara sis macam tak bekenan jek

Malah sis cakap nak pergi mana pakai lip tint
aku suruh la dia pakai bila keluar berjalan
tak pon pergi work pon boleh pakai aper

Sempat go daiso mencari tool box tapi tak jumpa
tak sure macam mana nak adjust semuanya
tapi tu la bila dah beli lupa dunia muahahahha

Tak sabar nak pakai dear darling tint
before aku pakai lip tint aku akan pakai lip care
untuk elakkan bibir kering and golap
bila baca review ada yang kering ada yang tak
tapi sebagai langkah pencengahan apa kata pakai saja
lip care bukan saja protect bibir tapi mencerahkan bibir

Ingat nak cari yang pink neon sekali nan hado
benci taw maybe kalau aku pergi etude house city square
ada kot tapi tu lah tak payah la dah cukup la apa yang ada
pakai sampai semuanya habis after this no more buy
makeup gegegege 

Selalunya cakap tak serupa bikin
ada jek tergodasss nak buy yang baru
tapi setakat tambah tambah sedikit okey la

Seakan akan rasa semuanya dah complete
no need untuk tambah menambah lagik
semua yang ku impikan dan idamkan
dah ada dalam tool box make up weeee ^_^
 
Bye(>‿♥)

♥ Any Cushion Foundation ♥

 

Semalam aku merayap pergi etude house
so Syukur Alhamdulilah berjaya beli apa yang ku dok idam idamkan
yeaaayyyy ingatkan dapat la buy 1 free 1 sekali nie tak termasuk
benci taw kalau tak bayar RM109.90 dapat another 
one any cushion foundation

Apa itu any cushion foundation..??
ia adalah foundation yang di buat dalam bentuk compact powder
seakan akan powder tapi ianya adalah foundation

 

Okey nie la yang ku katakan itu
nice right semuanya cute cute geyam ajek tengok
aduhhh dah jadi fanatic etude house pulak padahal tak
coz cosmetic and skin care etude house adalah sesuai dengan
kulit muka aku tanpa bermasalah yang paling penting
bila bermakeup ia menampak seakan akan natural 
tu yang aku suka...  ♥♥♥

Mine punya ialah Honey Beige W24
sama dengan bb cream honey beige jugak
al maklum untuk elakkan putih sangatt tu yang amek color macam pekat
cikit so tak de la nampak macam tepung gomakkk :p

 

Hah dalamnya seperti ini 
bila tekan nanti akan mengeluarkan cecair foundation
tapi semalam bila aku search lagik sekali
katanya better sealed tu tutup jangan cabut untuk
elakkan kering

Display punya semua kering so SA tu
terpaksa use dia punya untuk show dengan aku how
benda nie berfungsi *image nie credit kepada Nia Angel By JQ Lee
aku amek coz aku belom bukak lagik bahagian dalam

Sponge nie jenis sponge air puff sponge
katanya sponge nie tak serap sangat air aku pon malas nak baca
sangat nanti after dah use baru aku baca
and air puff sponge nie bukan senang senang gituk basuh
tak boleh perah perah nak kena basuh seperti nie
 

Credit to unkle google
so tak boleh nak ganas ganas sangat grrrr
aku nie la dah la super duper ganas
sebab utama aku beli ialah ada 6 in 1
sun cream, sebum control, moisture, whitening, cooling & foundation
so ada banyak thing dalam satu tu yang aku nak beli

After habis boleh beli refill
tapi yang tu tak sure berapa RM
sama jugak macam MAC tapi selalunya aku beli complete
senang kekadang lupa which case compact powder aku use 

Tercapai jugak niat nak beli mask
alphabet mask etude house

 

Aku pilih C for Collagen and Y for Yogurt Strawberry
yang collagen tu untuk mum manakala yogurt strawberry tu for me...
akhirnya ada banyak sangat alphabet so naik pening nak pilih
tapi aku suka design yogurt strawberry tu yang aku buy
satu pack harga RM6.90 tak sure bila aku nak pakai huhuhu

Bila aku menambah nie 2 so dapat la comb dengan mirror
tak sure lagik sama ada aku nak change comb or not
dari aritu asyik nak tukar tapi tak terbeli beli pelik betol
masa tu dah angkat nak bayar sekali tak de tempat kod scan
taruk balik maybe sebab nak dapat yang lain tu yang tak terbeli beli
walhal kalau nak beli just grab or maybe yang tak ada kod scan
boleh ajek mencari tapi tu la asyik ada jek yang tak terbeli

Tak sure bilakah nak mula pakai
macam sayang sayang gituk nak pakai
kalau tak pakai expired la pulak kan kan kan
so tengok la if today ada merayap aku pakai
kalau tak de merayap kang tunggu la masa merayap

Yang paling penting use sedikit saja kemudian ratakan
aku perhatikan cara SA pakaikan kat tangan aku
tak sabar nak pakai nak buat apa la kan simpan simpan
last last bila tak boleh pakai rugi saja kan...

Aku lebih suka beli makeup dari beli baju
itu kalau di suruh pilih la tapi if ada peruntukan untuk
kedua duanya harus la grab kedua duanya hehehehhe

Tool Box MakeUp ari nie dah ada new member
bersedia tak menerima new member...??
ye saya tahu tool box makeup dah full
tapi tangan saya nie masih lagik menggatal nak buy
lagik barang makeup.....
muahhahaha ayat tak boleh blah betol la....    
 
Bye(>‿♥)

♥ The Master's Sun ♥

 

Dari semalam marathon cerita nie
penat betol nak menunggu episod by episod grrr
tak suka betol bila part keluar GHOST
tapikan hero dia sangat awwwww handsome :p

Suka betol cara dia caring kat heroin tu
lepas tu terus berterbang berangan kan best kalau aku jadi heroin tu
grrr best kan berangan...???

Suka betol cara stylo dia
haiyoooo bila kah mau habis nie cerita
siang hari jek berani tengok after 5 p.m
memang tak akan tengok la
takut tang GHOST

Walau pon mata nie boleh nampak
tapi tetap takut bila nampak kat movie or drama
walau pon kata ala tu kan make up ajek

Handsome weyyy so ji sub wear pink kameja
handsome bangettt kenapa la dia hansome bangett
termimpi mimpi aku malam tadi taw
terbayang bayang nak suami seperti itu
caring sangat sangat wink wink wink

Walau cerita nie dah lama habis
dah lama orang watch tapi tu la
amek masa sedikit untuk watch
sebab masa baru baru tu macam rasa berani berani takut
tapi lama lama dah okey fuhhhhhh

Bila post kat facebook
kazen aku kata dah habis watch muaahahhahahha
sempat aku comment kata episod memula mula
banyak sangat keluar GHOST tapi dah lama
keluar bab romantic weeeee

Rasanya today memang tak habis pon watch
maybe amek sedikit masa lagik
macam dah naik muntah menghadap lappy

Haishhh so ji sub kerana mu
aku sanggup menahan muntah bluuweeeekkkkk
tapikan aku nak part heroin yang okey tak mo
yang gedik mentel and tarak taw malu muahahaha
aku suka part hero datang peluk heroin masa part
accident coz heroin takut nampak macam auwww syokkk

Nak sambung balik watch and nak sambung balik berangan
mana taw someday impian jadi kenyataan
tapi grr tak nak la kang penat asyik nampak GHOST
cuma nak hero tu jek boleh tak ek....!!! ♥♥♥

Bye(>‿♥)

♥ Vaseline Instant Fair ♥

 

Dolu dolu macam malas jek nak pakai lotion
dolu dolu rajin jek beli lotion tapi malas nak pakai
sekarang baru ler datang rajin nak pakai ^_^

Pakai pon disebabkan aritu pergi legoland kulit golap
until now still golap adeyy macam mana nak putih balik
kalau rajin use lotion body shop sakura apa ntah
dah use berkali pon tarak effect frust betol harap wangi saja

Then hari hari keluar iklan nie
naik bosan aku if record boleh la cepatkan if tak record tengok jek la
so sampai ler tetiba fikir try la lotion nie mana taw effect dia best
memula pergi city square nak beli cotton puff etude house
kan ada promo buy 1 free 1 until end november
so bila pergi watsons macam malas ajek nak beli

So keesokkannya a.k.a. semalam baru gedik nak pergi beli
memula nak beli small then entah kenapa gatai pi beli big
saja ajek nak membazir kan duit *lalallalallalala*

Memandangkan semalam balik rumah dah kol 5 petang
pergi amek belanja barang barang dapur 
so settle mengisi perut baru la mencuba cuba tengok okey tak

Masa pakai tak de pon effect putih seperti yang di gembar gemburkan
bibik kata dah putih mana nak putih lagik
haippp golap dah nie asyik pi legoland ajek :p

Kulit aku jenis kasar and tak syok la
tapi aku malas nak belai kulit tu yang buat tak tahu
mum dari dulu suruh pakai lotion lagik tapak tangan pon kasar
nie kalau lempang orang power ooo kata orang la
tapi aku belom test tak tahu nak test kat siapa kuikuikui
ada ke volunteer nak beri pipi untuk di tampar...???

So test la semalam malam aku pakai
Alhamdulilah pagi ada effect yang mengembirkan hati ku
kasar kasar tu dah makin lembut rasanya if habis sebotol
Insya Allah hilang terus itu pon kalau rajin la kalau malas
hurmmm tak tahu la nak kata apa

Untuk effect putih tu macam tak de pong
or maybe orang lain ada tapi aku tak de...!!!
kaki kaki pon aku put lotion selama nie malas jek
pon nampak effect syokkkk

Rasanya vaseline nie nampak sangat effect dia berbanding
lotion sakura ke apa ntah lupa and malas nak ingat :p
cuma bau dia agak kureng cikit la
tapi itu la bila wangi effect macam hampehhh
bila bau kureng effect best macam mana nie....!!!!

Sekarang macam mana sekali pon tetap kena rajinkan diri
perlahan lahan Insya Allah boleh kot
lagi pula aku kan dah satukan pakai lotion dengan routine 
skin care malam 

Cuma vaseline night repair ajek aku tak jumpa
ingat nak buy yang tu so malam just use tu
disebabkan tak jumpa grab ajek vaseline instant fair

Brand nivea aku kureng cikit la
maybe lama meresap dalam kulit kot
aku suka lotion yang cepat meresap dalam kulit
and tidak rasa melekit lekit
paling benci if melekit lekit sangat sangat tidak selesa

Lepas nie nak buy yang cocoa pulak
dulu ada buy tapi aku kasi mum 
kan dah kata rajin beli lotion tapi malas nak pakai ^_^ 

Bye(>‿♥)

♥ Alamak Dah Penuh ♥

 

Alamakkkk dah penuh seyyyy
no more space lagik hohohohohooho
after this if menambah lagik tak tahu nak letak mana

Memula dulu post still ada space kan
amek now no more space hikhikhik

Sengaja aku put blusher dengan eye shadow
jadi tak payah nak bukak tutup kat bag heavy make up
just bukak nie and use ajek

Itu pon dah lama aku tak usik blusher dengan eye shadow
dah jadi macam perhiasan and menampak menyemak
hurmmm.....

Agak agaknya kalau beli makeup cube tu muat tak ekk
tapi tu la tak tahu nak letak kat mana
takut tak muat ajek so tak payah la

Kalau susun pon sama jugak
still tak ada space hurmmm
tapi nie kena senyap senyap
tak ley bagi taw sapa sapa
kang nanti no more menambah huhuhu

Coz aku still ada satu item nak menambah
tapi tak sure la bila boleh menambah
not now maybe akan datang huhuhuhu

If aku beli nie nak sumbat kat mana pulak
actually brush blusher tu tak boleh nak masukkan
dalam pot black tu
kalau masukkan sekali tak boleh nak tutup

Semalam masa nak amek gambar baru perasan
tu box for cd tapi aku jadikan tool box make up
okey la sekurang kurangnya tak berhabuk
barang barang makeup malah brush pon tak berhabuk

Lama aku dah tak pakai Nymh Aura
last pakai masa minggu raya
nak pakai asyik malas nak blend ajek
sudahnya pakai jek bb cream

Lip tint sekali 4
dah nama pon buy 1 free 1 
kikiki untung la sedikit
tapi tu la aku tak nak lip tint tu letak macam mascara
takut nanti percik percik ke tepi tepi dah membazir

Sunblock aku jek dah ada 3
yang waterproof belom bukak lagik
coz belom terjun dalam air hope ianya okey la
then ada extra sunblock lagik huhuhuhu

Nasib baik semua lipstick, lip care & lip scrub
boleh sumbat sekali dalam pot black
duduk sekali dengan brush and eye liner
ehh jap eye liner aku tu macam ting tong la
macam kering jek nak blend pon payah
padahal belom bukak lagik sakitnya hati
rasa macam nak rendam ajek la dalam air panas

Mascara 2 ketol
tu pon pakai bila rasa nak pakai
kalau tak memang tak pakai ler
susah nak blend dengan biore remover makeup
nanti la ada extra nak buy remover mascara etude house
so nanti senang sampai blur mata aku nak bersihkan mascara
nanti la next aku buat review biore ingatkan okey
rupanya grrrrrrrr

Gi mana mana senang angkut nie jek
semuanya serba ada kat dalam tu
aku berangan one day la aku nak buat
bag makeup untuk letak dalam handbag
so tu kira make up travel la
entah bila nak buat pon tak sure

Dedulu before etude house
aku berangan nak guna fully set M.A.C
tapi now aku jadikan brand M.A.C untuk heavy makeup
hurmm kalau simple etude house kalau heavy M.A.C
kalau nak cepat use ajek bb cream settle

After this kena buat bag for simple makeup and heavy makeup
hohohoohoho bila kah angan angan kan menjadi realiti
angan angan bilakah akan jadi kenyataan...!!!

p/s: Layan MJ12 di siang hari tu pon takut takut if ada yang
menumpang dengar hohoho haipppp jangan sibuk nak
menumpang dengar ekkk :p 

Bye(>‿♥)

♥ MomentCam ♥

 

Siapa ada download apps nie...???
now dah english so senang nak paham la
syokk oo tadi pagi baru download

Memula nak download tapi tak payah lah
last last download jugak
cuma peliknya masa nak download tu keluar tanya 
age dah 17 ke atas ker
aku pon ehh kenapa pulak nie

Bila dah download baru paham kenapa
huhuhuhu tak akan buat kot part background tu
bestt asyik sebuk nak buat nie nak buat tu

Lepas tu upload kat instagram sebanyak yang boleh
mujur tak de banyak follow
so sila la muak tengok if tak suka sila unfollow
gitukkkk senang

Apa lagik apps yang best ekk...??
aku tercari cari gak apps video effect
tapi macam tak jumpa sangat la

Tapikan dalam banyak banyak apps photo
aku suker banget sama apps camera360
bestt oo lelagi kalau selfie perghhh terasa macam
kalau la dapat kulit macam ginik kan best

Apa lagik apps photo yang best
nak explore sendiri tak sure result macam mana
haishh nak kena google la mencari gamaknya...
 
Bye(>‿♥)

♥ Brown And Yellow ♥

 

Semalam kan aku ada cakap 
yang aku nak try buat cake sambil berharap bahan bahannya ada
Alhamdulilah bahan bahan nak buat ada so terus la buat

Nie guna resepi masa mum belajar dulu dulu
senang ajek cuma perlukan tepung, gula, telur & butter
tapi gula nak kena blend and telur nak kena kembang

Habis semalam merata rata tempat gula & butter
berselerak asyik terkeluar keluar ajek tak tahu kenapa
tapi tetap jugak menjadi yeaaayyyy

 

Nie selepas dah siap bakar
cuma bahagian atas tu a bit tak sempurna la pulak
tak tahu kenapa sedangkan bahagian tepi dah masak

Design macam gini aku tak pandai nak buat
aku serahkan pada mum hehehhehe
yang aku reti buat ialah design tompok tompok
kalau yang nie nak kena ratakan dulu

Boleh tu memang boleh buat
cuma takut tak sesempurna seperti nie la
aritu plan nak buat hari khamis lepas
tapi disebabkan puasa tak menjadi

Ingatkan after this nak mencuba lagi dan lagi
kalau boleh hope sangat sendiri boleh buat
tanpa mengharapkan bantuan orang lain :p

Masa buat nie pon mum dengan bibik
banyak tolong sebab aku macam blur blur tak reti
tapi okey la menjadi rasa pon okey

Semalam bertungkus lumus buat
Alhamdulilah today dah finish
tu pon bahagi sesama sedikit dengan orang lain

 

Nie hasil daripada di potong potong
nampak macam menjadi la
dalam tu lembut cuma tepi tepi tu jadi macam crunch

Aku buat Insya Allah reti
cuma bab bakar jek tak berapa nak reti sangat
tak tahu nak arrange masa
so bab bab bakar aku serahkan kat bibik

Lepas nie hari hari cake tak putus stock
aku ingat nak try and try and try
sampai ler menjadi seperti yang aku idamkan

Next nak use color apa ekkk
pink dengan green pon okey jugak kan
hurmmm akan ku fikirkan

Dulu aku siap mintak makcik aku resepi
sekali jek buat lepas tu tak buat lagik
sebab resepi nie senang cikit la

Nak mencuba buat cake red velvet
tapi macam susah jek
tak apa la expertkan yang nie dulu
baru ler mencuba red velvet

Nampak mudah tapi sebenarnya susah
tu jek la yang boleh aku katakan

p/s: Ayam sesat semalam still ada lagik
katanya nak buat sembelih tapi ayam sesat dapat melarikan diri
panjang lagik nyawa ayam sesat hikhikhik 
 
Bye(>‿♥)

♥ Ayam Sesat ♥

 

Donno ayam milik sapakah nie
yang pasti ianya tersesat sampai ler ke depan rumah
dari pagi tadi dok berkokok ajek
so ingat petang ginik dah jumpa jalan balik la

Sekali tadi ehh bunyi lagik
capai handphone berbekalkan battery 10%
aku dok snap snap gambar muahahahha

Sapa punya ayam lah nie
mesti tuannya dok tercari cari
padahal ayam dia dah menyinggah ke taman lain
nasib baik tak membuang kat rumput
kalau tak dah satu kerja nak kena bersihkan 

Ayam ayam apakah tujuan kau datang ke mari
datang secara elok atau pon datang membawa maksud lain
hehehe nampak sangat paranoid merepek kan
tapi itu la sekarang nie bukan macam dulu

Itu pon bibik yang cakap
konon kononnya nak suruh try la masuk dalam rumah
then bibik cakap jangan la takut benda tak elok
see masa aku type nie berkokok lagik
padahal ayam tu dah pergi ke row rumah lain
sah ayam tu kembali ke depan rumah

Ayam ayam apakah message yang ingin kau sampaikan
tapi bibik kata tengok kaki ayam tu di ikat
rasanya nak kena sembelih la tu tapi dah lari
kalau dari taman sebelah kira jauh la jugak ayam tu lari
haishh ayam ayam diam la memekak ajek berkokok

Nak buat cake lah
hope ada lah bahan bahannya huhuhu 

Bye(>‿♥)

♥ Makeup Cube ♥

 

I wish if i have this....!!!
cukup sempurna buat daily make up dengan skin care
haishhh kalau la dapat seperti ginik bestttt

Setelah aku dok kaji kaji segala rega dan 5 or 6 drawer
aku rasa 2x stackable 2 drawers without lid adalah lebih untung cikit
bagi aku la bagi orang lain lain anggapan dia hehehehe

Aku just need 2x stackable 2 drawers dengan 1x 3-tier (wide) rack
so sempoi la tapi tu lah 1x 3-tier nie dah habis stock la pulak
and if beli pon susah nak adjust melainkan kalau ada meja

Kalau la aku dapat buat begini alahaii bestnya
tapi aku tetap nak makeup storage put all make up dalam drawer
tu untuk heavy make up la

I need this untuk my daily make up so senang
tak akan mengusik segala barang kat dalam drawer
grrr berangan ajek la jawabnya
nak tunggu jadi kenyataan entah bila la atau mungkin
makan masa beradab zaman :(

Dari semalam dok bebel belek makeup cube
mujur kat pasaran Malaysia dah masuk so senang la
kat pavilion pon ada jual tingkat berapa dah lupa
muahahaha padahal baru semalam aku kepoh search
hari nie terus lupa :p

Tak apa la one day mesti akan jadi kenyataan
cuma tu jek la tak sure bila
actually 2 drawer tu rega rm70
yang 3 tier tu pon rasanya sama la kot dah tak ingat

Suka pulak tengok rasa macam sempoi ajek
tapi untuk daily make up can la
cuma untuk heavy make up payah cikit
coz banyak sangat itu pon lama rasanya aku dah tak
make up heavy sekarang nie asyik bb cream ajek

Tool box make up aku pon dah tak muat nak letak
apa-apa new item lagik 
dah full no more space huhuhuhuhu
ikutkan ada potensi untuk buy tapi macam leceh plak
nak amek coz tinggi sikit

Unless if ada small table
tapi dah tak ada tempat nak put kat bilik no more space
ingat nak amek port kat tepi tingkap untuk letak
tapi macam sempit cikit la huhuhuhu

Macam sempoi plak letak cotton pad dalam drawer tu
no need letak box cotton pad
agaknya kalau ginik kena ada 3x 2 drawer
satu tu just put cotton pad remover make up dengan toner
perghhh berangan tak hagak hagak choiiiii

Tapikan berangan tu sangat syok
sebab dalam realiti benda yang kita angankan tu
sukar atau pon tak akan menjadi kenyataan
tapi bila berangan terasa la macam real
hampehhh kan

Slot lipstick pon ada
paling cikit 9 kalau tak silap aku
paling banyak dalam 24 gituk
kalau 24 slot macam banyak la pulak sedangkan aku
lipstick tak de la sampai 24 dalam 9 or 10 gituk la
tu pon jarang pakai beli jek pandai :p

Semalam aku buat experiment
use lip care skinfood yang ada color
blend dengan lip gloss etude house
menjadi jugak la lepas nie nak try lagik la

Sejak sejak dah ada lip tint 
pergi memana pon pakai lip tint
kekadang cikit kekadang banyak cikit
sejak dah rajin use bb cream cuba sebelom sebelom nie
keluar pakai bedai baby ajek punya la malas
now kena rajinkan diri cikit la

Okey done bebel bebel anganan ku
Insya Allah pasti akan menjadi kenyataan
cuma tu lah antara cepat atau pon lambat
tu ajek huhuhuhuhu

Haishhh kawan lama nie
ada ke tak wechat...!!
dah ler wechat aku tak de sapa-sapa hanya ada sis
nak remove aritu dah remove then download balik
grrrr sabar ajek la.............
 
Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!