♥ Kisah Bazar Ramadhan ♥



Tahun nie aku malas nak jejak ke bazar Ramadhan
Alhamdulilah dah 13 hari berpuasa langsung tak jejak pon
kalau dulu first day puasa dah jejak ke bazar ramadhan
carik benda best tapi tak tahu lah kenapa tahun nie malas giler

Aritu pergi bazar ramadhan kat taman suria tapi aku duduk
dalam kereta tak rajin nak turun dengan asap bakar-bakar
lepas tu orang ramai dengan cuaca panas ehh tak pe lah
terima kasih banyak-banyak tak rajin nak join

Bukan apa nanti tengok nie tengok tu semuanya nak di beli
kalau makan habis tak pe lah jugak nie nanti ada yang buang
so sayangkan makanan di buang macam dulu haishhh rugi

Hari apa ntah sis whatsapp ajak pergi bazar majidee jejalan tengok apa 
yang best laju jek aku reply malas nanti mabuk coz orang ramai
wakkakaka tapi memang aku kemalasan sangat-sangatttt

Tapi if aku tak puasa or tak dapat nak puasa hah baru ler
aku ingat nak pergi tapi rasanya tak kot niat nak puasa
sebulan walau pon terbuang satu hari sob sob sob

Yang sehari tu pon aku tak pergi jugak
entah lah malas betol nak pergi bazar dengan orang ramai
lepas tu asap sana sini sesak dada

Aku sekarang lebih suka duduk dalam bilik or tengok cartoon
daripada ikut pergi bazar wakakakka
mum pon malas nak join pergi bazar ramadhan
sama jugak macam aku orang ramai mabuk

Bazar pon harga boleh tahan mahal jugak kan
apa boleh buat sana sini harga naik berkali ganda
bila tanya katanya coz GST hurmmmmm tak best betol.....  

Bye(>‿♥)

♥ Dugaan Bulan Ramadhan ♥


Dugaan ramadhan tahun nie sangat-sangatttt tak termampu
untuk aku hadapi tapi tetap kuat untuk menghadapinya

Tahun nie cuaca panas tak seperti tahun lepas
untuk negeri Johor aritu hujan sekejap jek then terus panas
sampai lah sekarang nak keluar rumah pon risau 
coz bahang panas tak boleh nak bukak mata :p

Baru kat dunia tak boleh nak tahan belom kat akhirat T.T

Disebabkan cuaca beginik so tekak adalah sangat sangat kering
lepas tu batuk-batuk hurmmm kepala pon asyik mabuk
and sakit jek 

Ingat tahun nie tak kena tonsil sekali haishhh
dia kembali lagikk terpaksa buang sehari puasa
coz dah tak larat sangat 

Dugaan Dugaan tapi kena lah terima 
kat kerachi pon ada yang maut coz cuaca panas sangat
Malaysia nie cuaca panas masih okey berbanding kat kerachi
tapi tu lah tak boleh tahan woooo
tekak kering giler lepas tu kesat hurmmm

Setiap kali lepas berbuka dalam satu jam mesti minum air
mineral banyak-banyak yang tak boleh tahan bila dah nak
tidur asyik keluar masuk toilet jek membuang perghhhh
nak tidur pon susahhhhhhh kalau tak buat macam gituk
esok puasa confirm tekak keringg giler-giler

Tak pe lah terima jek apa yang Allah beri buat hambaNya
semua nie kan untuk kekuatan kita jugak
and masih mampu meneruskan puasa dah okey lah
cuma sendiri kena kuatkan badan lah ikutkan hati semua
serba tak boleh huhuhu

Haishhh bestnya dapat tidur :p 

Bye(>‿♥)

♥ Pobling ♥

 

Pobling color hurmmm saja nak try best or tak best boleh gitukkk
jumpa nie kat pasar borong pandan rega RM30 hurmmm
aku syak ianya fake tapi tak apa lahhhh kita try pakai
kang ada rezeki kita beli original pulak

Tapi kan sama jek lah cuma bezanya vibrate dia jek kot
biar lah guna battery 3A sekali derr aku lupa nak beli battery
tapi terjumpa plak battery 3A yang lama tak pe pakai dulu
and vibrate agak slow coz battery tu pon dah low kuikuikui

Nanti lah kalau aku rajin aku beli new battery kalau malas
just use jek lah :p

First day use rasa lah muka macam lain bila basuh guna tangan
and si pobling tapi tak pe kita try use sampai sebulan *kalau rajin*
and tengok hasilnya macam mana ^_^ 

Bye(>‿♥)

♥ Wabak Denggi Mengganas ♥

 

Deret rumah aku sekarang tengah isu panas
wabak denggi sedang merebak dengan ganasnya
minggu lepas rumah hujung 2 buah rumah then
minggu nie plak row rumah aku kat atas walaweyyyy

Sampaikan 2 nurse and another 1 ahli kesihatan siap bawak camera
datang rumah tanya sesiapa ada sakit tak and di beri langkah
pencegahan elakkan nyamuk denggi

Lepas tu aku bukak story cakap dada nie sampai naik sakit
dengan bau ubat-ubat nyamuk malangnya nyamuk masih ada
masih boleh terbang ke atas ubat nyamuk kelakar kan

Then nurse tu pon cerita sekarang nie nyamuk ada 2 jenis
satu boleh nampak manakala satu lagik tak boleh nampak
and dia pon agree bila aku kata nyamuk dah tak takut pada ubat nyamuk
siap tukar-tukar brand lagik but nothing hurmmmm

Semua nie terjadi pasal kat bahagian bawah rumah dorang buat
apartment 26 ke 36 tingkat sakitnya hati
rumah teres suddenly ada apartment lepas tu sana sini crack
pintu tak boleh tutup dah complain tapi macam tak berhasil

Ada tu rumah dah mendap giler betol lah
rasa macam nak jekkk pindah rumah lain 
so tak de isu nyamuk, rumah retak and mendap
lepas tu tikus sejak dah di ceroboh buat apartment
semua tikus datang ke rumah-rumah sakit seyy hati

Risau jugak kalau nyamuk dah mengganas
cukup lah sekali kena denggi seksaaaa sangat
tak sanggup nak kena lagikkkk 

Bye(>‿♥)

♥ Salam Ramadhan 2015 / 1436 ♥

 

Salam Ramadhan 2015/1436 buat semua yang mengenali diri ku
dan semua yang pernah singgah, baca & follow blog aku
yang tak seberapa nie

Alhamdulilah kita di beri peluang untuk bertemu dengan ramadhan
tahun nie ^_^

Azam tahun nie aku nak pakai tudung sepenuhnya
moga Allah permudahkan lah hope aku boleh lakukannya

Setiap orang berazam nak puasa selama sebulan kan kan kan
tapi sebagai kaum perempuan agak sukar untuk jadi kenyataan
hehehehe unless if period dia problem macam aku so agak senang
untuk impian puasa selama sebulan tercapai muahahahhaha

Aku Amoi Farah ingin memohon maaf jika terover tulis kat blog
terberlagak or poyo or gedik or benda-benda yang tak elok
aku tulis di dada blog ku 

Seperti ku katakan blog nie sekadar diari memory untuk aku

Untuk stalker yang gunakan blog aku as bukti untuk menjatuhkan
tak pe aku maafkan so next time jangan buat lagi ya
tak pepasal satu entry tu terfamous seketika coz too many orang 
tengok cehhhh wahhhh see terover gedik lagik huhuhu

Salam Ramadhan buat semua yang mengenali ku dan keluarga aku
dan jugak buat semua yang menyambutnya ^_^

Bye(>‿♥)

♥ Muji Storage ♥

 

Akhirnya impian aku menjadi kenyataan weeee ^_^
aku beli kat singapore senang lah tak payah pergi KL
lagi pon boleh ajak kazen teman wink wink

Bayangkan angkut nie punya lah berat 
aku bawak satu manakala sis bawak satu turun naik bus
kat immigration satu pengalaman yang tak boleh di lupakan hehehehe

Tapi impian aku dah jadi kenyataan happy giler weeeyyyyy
ingat nak beli 5 dan 3 drawer sekali 3 drawer no stock
so tambah sikit baik amek kedua-duanya 5 drawer senang

Lepas tu beli 2 drawer dapat 10% discount yippy
so untung sikit lah 
Alhamdulilah dapat apa yang aku idam-idamkan 

Aku amek gambar nie malam so agak kureng memuaskan gambar
muji drawer chubby box or cubby box gituk nama
aku dah lupa lah huhuhuhu

So impian aku before raya nak ada makeup storage yang
aku impi-impikan dah menjadi kenyataan
Syukur Alhamdulilah ^_^

Now semuanya complete  

Bye(>‿♥)

♥ Update Ipad ♥


Jenuh nak menunggu time bergerak untuk update ipad
yeaaayyy lepas nie can download insta then 
jimat sikit battery phone aku muaahhahahahhaha

Lagi pon youtube kat apple dah tak boleh
dari 2012 sampai ler 2014 april so
tiba masanya untuk aku update yihaaaa

Yang frustnya semua games hilang
and my blogdrive also hilang ehhh
blogdrive ke apa ekk lupaa daaa muahahahhaha

Malasnya nak bersihkan makeup cuci muka
rasa nak tidur jerrr muahahhahah
tak boleh kang rosak muka aku but
why story hantu kang terbayang satu hal lagik :p 

Bye(>‿♥)

♥ Ku Pilih Celcom ♥


Dulu aku ada post kata nak pakai postpaid tapi tak taw mana satu
aku search redone, digi, umobile & celcom
mana paling bagus and paling untung lah untuk register

Memula tanya kat celcom giant then jawapannya sangat tidak
memuaskan hati kecik ku then pergi jusco tanya okey puas hati
then pergi digi tanya bla bla bla sambil pening fikir
tanya redone pon sama last tanya umobile hurmmm

Sempat aku bukak forum lowyat tengok mana paling okey
kat situ best sikit untuk taw segala info

Last fikir punya fikir baik aku register celcom first basic 38
ada 3GB data and 3GB wifi so far pakai okey not bad
cuma use data lah part wifi tak pasal tak jumpa pon sticker wifi
lol tadi search ehh kat jusco giant plentong ada daa
pe kes aku tak taw hukhukhuk

Bahagianya sekarang upload gambar kat instagram pon laju
bukak facebook pon laju siap use map untuk guide jalan
sukerrr gilerrrr

Yang tak bestnya ke sana ke sini kena angkut power bank
battery laju sangat hahahhaha
tapi aku tak pernah lagik share data dengan sis

Untuk yang nie tak ada contrack so bila-bila masa jek
boleh batalkan tapi best apa 3GB RM38 include with GST
RM40.60 kalau tak silap

Aritu sign up kena bayar RM40.60 kot entah lupa
untuk bulan june bill tak keluar lagik ayooo risau plak
aku use email untuk penghantaran bill
kalau hantar surat kena extra caj RM2
huh tak payah membazir jekkkkkk

Untuk plan yang syok ginik harus ler tak akan batalkan
bayangkan baki data internet boleh carry forward
syok kan means sebulan ada 3GB then aku ada balance
1GB so balance tu akan di bawa ke hadapan so total
4GB ikut pemahaman aku beginik

Best aku jumpa plan yang sesuai dengan jiwa aku
untung aku buat research dulu baru sign up hoyeeeee

Number maxis still aku simpan sayang nak buang
cuma nak kena alert lah takut line termination lah pulak kan

Bye(>‿♥)

♥ Lipidol ♥


Benda berdua nie adalah oil ^_^
yang biru tu facial cleansing oil and yang yellow tu overnight face oil
saja beli nak try best or not
hope best ler :p

Aku tengah try buat double cleansing and oil cleaning method
tapi lepas urut muka use oil aku bilas dengan sabun
feel kering jugak lah then aku pakai moisturizer and overnight oil

Tapi maybe silap step pore aku jadi besar
hurmmm nak kena kaji balik macam mana orang buat pore dia kecik
aduhaiiii masalah betol

Ada buat jerawat mengecut and aku plak jerawat and bekas
jerawat banyak stress beb nak raya nie weyyyy
tapi sekali buat nampak lah bekas jerawat macam pudar
and use overnight oil muka akan smooth

Tak pe carik cara yang betol-betol then tengok hasilnya
dalam masa sebulan hope much better weee

Price pulak kedua-duanya ialah RM24.90 tapi 
semalam ada discount untuk bottle biru tu so price RM16.90

Baca review kata bagus untuk remover makeup
nanti nak try ler ^_^

Aku sekarang tengah amalkan double cleaning
hope skin ku makin better lar 

Bye(>‿♥)

♥ Kerana mu Wahai GST ♥


Aku rasa sejak dah ada GST nie ramai yang complain kan
so aku tak akan sentuh orang complain cuma aku nak cerita
complain aku pulak :p

Sejak-sejak GST semua harga naik melambung
kekadang rasa macam tak masuk akal but as rakyat
biasa apa lah hendak aku bersuara
memang tak akan ada sesiapa dengar pon sob sob sob

Etude house naik over and mac pon naik jugak
dulu lipstick RM62 now lipstick mac dah RM74 include with
GST haishhh macam nak nangis pon iya jugak

Semua serba mahal malah berganda harga before GST
kalau lah GST di mansuhkan alangkah indahnya hidup
tapi semua tu sekadar anganan kosong yang tak
mungkin akan jadi kenyataan

Rasanya dah banyak kali kot aku bebel pasal isu nie
saja nak update lagik untuk stress kan diri sendiri
boleh gitukkk...??

Sephora pon tak taw berapa banyak naik
belom GST di lancarkan every item extra RM10
sabo jek lah  

Bye(>‿♥)

♥ Ku Abaikannya ♥


Tak tahu kenapa malas jek nak update blog
kalau dah malas tu memang terbiar jek lah
apa boleh buat kemalasan tahap kronik

By the way bulan ramadhan tinggal lagik beberapa hari
tak sabar nak menyambut kedatangannya
lagi pulak dengar azan magrib jek rasa macam
eiiiihhhhh tu azan waktu berbuka
lain okey azan time puasa dengan azan biasa

Hope bulan ramadhan tahun nie tak panas terik lah
sekarang punya panas semacam perit
lepas tu masa pon sekejap jek berjalan
makin nak hampiri ramadhan makin terasa
kang 2016 entah macam mana lar pulak

Adakah ianya sedang menghampiri..??
hurmmmm takut..... 

Bye(>‿♥)

♥ Alahaii Lawanya ♥

 

Lamanya yang orang empunya gambar alas storage makeup
kat mana aku boleh carik untuk buat jugak
tapi aku nak color pink hehehehehee
cantikkkkk gilerrrrrr

Dah try tak alas apa-apa tapi macam kosong and suram jekkkk
lepas tu sekarang aku put kertas black dah macam apa jekk
nak carik lah kertas macam ginik flower-flower
so ceria lah sikit kalau tak macam tak de seri

Lagik nak puasa raya nie harus ler decor lawa-lawa
hahahhaa over kooo
well sambut ramadhan pon nak cantik-cantik jugak
bukan time raya jek ^_^

Kat johor aku tak sure kat mana boleh dapat
online pon tak taw kat mana boleh carik hurmmm
tak pe one day mesti aku jumpa jugakkkk
nak try carikk kat popular book store lar
hope ade lar wink wink 

Bye(>‿♥)

♥ Rubi Lipstick By Cotton On ♥

 

Semalam aku shopping lipstick hoyeee
dah lama aku gian nak beli lipstick banyak-banyak
akhirnya impian jadi kenyataan :p

Tak sangka kat cotton on ada jual lipstick
dorang lelong happy hour so seketol RM3
so apa lagik borong lah color-color yang aku impikan hahahaha
sampai kat cashier orang tu ketawa then tanya borong ke nie
lol i'm makeup lover okey...!!!

So settle wishlist nak beli lipstick baru ^_^

Kak Geeyah pernah cerita pasal rubi lipstick katanya best
kazen dia pakai yang color nude lawa-lawa
then taraaa rezeki aku so dapat beli jugak

Tak sabar nak test one by one color 
so total 9 lipstick and 3 lipgloss
ada color purple, red, pink & orange
ada jugak color mint tapi aku tak beli sebab rasa
macam pelik pulak nak pakai wakakakkaka

Next time if ada lagik then nak beli lagik lar
nak color color yang best
entah bila agaknya aku nak try 9 lipstick tu ekkkk hurmmm.... 

Bye(>‿♥)

♥ Mask Haul ♥

 

Amek kooo aku beli mask banyak-banyak
4 ketol sudu tu sleeping mask manakala botol tu pulak
ianya berbuih then bila gosok kat muka akan keluar lah kotor-kotor
best aku pakai mum punya hahhahaha

Dulu sleeping mask nie tak sampai jejak belas-belas
after GST amek koo RM12 walaweyyy
sejak GST nie boleh tahan banyak jugak barang etude house naik
bb cream dari 89.90 naik ke 120 gitukkkkk

Loose powder favourite rm69 naik ke 90++ giler kan
baik aku pilih mac jekkk
pakai lah casing dia color favourite aku

Spoon mask tu apa ntah nama nya boleh pakai banyak kali
tapi kena ada tempat simpan lar SA cakap make sure put
dalam botol lah
haishhh sayanggnya nak pakai :p

Yang paling tak syok sheet mask before GST 5.90 after GST dah RM8
aduhaiii frust sunggggguhhhhhhh
esok lusa nak usha mac pulak tengok price over or tak
grrrrr benciiiiiikkkkkkkkkk

Entah bila agaknya nak pakai ekkk
aritu borong sheet mask pon still ada lagik
sekarang malas giler nak jaga muka :p 

Bye(>‿♥)

♥ Laptop Problem ♥


Laptop toshiba aku problem
bila dah panas then zuppp terus off sendiri
then tak boleh nak on stress kan
memula langsung tak boleh on keluar apa ntah
then bila okey panas jek off sendiri

Memula batteri problem then now sistem pulak
aduhaiii dah nak kena kumpul duit untuk buy
new laptop :(

Haishhhh apa harus ku lakukan
rasa macam nak hantar repair tapi still no idea
maybe pergi check apa problem
then if libatkan mother board then better buy new

Dah lah sekarang buy new kena 6% GST
aduhaiii fengsannnnnnnn


Bye(>‿♥)

♥ Nisfu Saaban ♥



Pejam pelik pejam pelik dah masuk bulan 6
bererti kita dah berada di pertengahan tahun 2015 ^_^
so malam nie malam Nisfu Syaaban apa kata kita buat
seperti yang di ajar

By the way tak lama lagik kita dah nak sambut bulan Ramadhan
eiii tak sabarnya nak menunggu ^_^ 

Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!