Bukan Covid Virgin


8.8.2022 suddenly positive covid so dah tak virgin covid lagik :(

On saturday tekak aku rasa macam kelat-kelat sempat aku beli diflom so makan dengan harapan makin better but nahh sama jek stress aku taw

On sunday still rasa sama so tahan jek lah kan apa boleh buat aku blame cuaca so aku syak cuaca hujan panas so easy untuk kena sakit

Masa hari saturday or friday kakak demam sakit tekak so dia anggap maybe demam because sakit tekak macam dulu dia kena tak terfikir taw pasal covid nie

So keesokkan hari awisy pulak demam panas badan budak debab tu siap bawak pergi clinic tengah malam dapat ubat makan still tak hilang jugak still demam

Malam sunday tu jugak yaz dah start selsema so dia request tak nak pergi sekolah lagipun memang cikgu dia pesan kalau batuk selsema jangan pergi sekolah so esok nya iaitu hari monday yaz demam panas pakej mengigil tapi aku rasa positive sebab yaz selalu kena gituk kalau demam

On monday aka 8.8.2022 bawak awisy pergi doctor lagi sekali untuk test influenza pasal kes nie tengah tinggi ramai kena bila buat test negative then suddenly doctor buat test covid pup naik positive

Kelam kabut lah beli saliva test untuk lelain so sorang2 test yaz naik 2 line, aku naik 2 line kakak also naik 2 line...!!! Aku punya line very samar taw tapi dah ada line tetap kira positive 

Yang tak naik 2 line mum, daddy, pak tam and iyah so quarantine lah dalam bilik keluar pergi toilet pakai mask disebabkan risau kan mum so kitaorang mintak kak mai bawak mum iyah and daddy balik rumah dia

Bila positive badan suddenly jadi sakit jadik tak selesa serba tak kena asyik nak tidur jek sampai lah aku tertido sampai kol 11 lebih malam aku sadar pon sebab nak bersihkan potty kucing, kasi kucing makan, top up air dorang masa bangun tu otak blank giler rasa macam kaki nak diri pon feel numb seksa weyy but aku still paksa diri

Masa tu yaz dah kurang demam then aku pulak naik demam panas kena kipas sejuk so tido tutup kipas tutup aircond, makan ubat without makan anything perghh kena gastric but aku tahan jek badan sakit giler tak taw macam mana nak explain but so tak larat :(

Last-last tertido dengan lampu bukak aku tersadar kol 6 pagi rasa macam sejuk mengigil but tak demam gigih tampal cool fever manakala yaz dah ok demam pun dah hilang dia lagik teruk tak boleh nak diri or jalan dia rasa nak jatuh but Alhamdulilah lepas makan ubat dia dah ok...

Esoknya hari selasa 9.8.2022 mum balik semula rumah sebab mum kata badan sakit nak pergi toilet jalan banyak kaki sakit then tetiba mum rasa mengigil rasa nak demam so buat test lagik after 15 minutes line ke dua tak de so still negative sekali after hours nampak 2 line yang pekat so sekali lagik buat test and mum also positive Allah baby mum dah risau sebab mum ada buah pinggang stage 3a so sangat risau taw lah covid nie jahat macam mana then semua test again iyah negative daddy negative pak tam also negative

Disebabkan iyah negative so mintak kak mai tolong jagakan iyah so berkampung lah aku, yaz, sakura kat bilik mum manakala pak tam tido kat bilik aku

Every hours check oxygen mum tanya nie tanya tu kat mysejahtera kena jawab soalan yang dorang tanya aku siap buat vlog lagik hurmmm and mum rasa badan lemah kepala sakit badan sakit sama macam aku rasa on day 1

Yaz celebrate birthday dikala quarantine just happy kan dia belikan cake and potong huhuhu potong dikala pakai mask nak buat macam mana kan redha jek lah so aku cakap tu memory buat yaz kena covid then few days lepas tu birthday yaz

Sampai lah on 11.8.2022 Alhamdulilah aku, kakak and yayaz dah negative but mum still positive manakala awisy dah negative on 10.8.2022 kalau tak silap aku tapi mum punya test line samar so memang dah nak beralih ke negative

Esoknya 12.8.2022 Alhamdulilah mum dah negative so no more positive covid but still dalam tempoh quarantine

Sepanjang positive dalam mulut jadik kering nonstop minum air, sebab aku makan difflom lepas tu ubat dengan apa ntah lagi 1 lupa nama dia so tu semua buatkan mulut jadik kering minum air kejap dalam 5 or 10 minutes mulut kering 

Effect after covid aku semput batuk kadang rasa macam batuk tak ada kahak, badan sakit, kepala everyday sakit, kadang rasa macam huru hara system dalam badan aku lepas tu muka aku jadik extra dry siap mengelupas dah jadik dehydrated padahal minum air banyak

Mum asyik sakit badan, sakit kepala, sakit kaki, lepas tu kebetulan darah mum turun so covid buatkan jadik lagik badan mum tak larat pulse sampai 50 paling tinggi 59 aku monitor mum 

Awisy tak ada selera makan, kakak sama macam aku jugak, yaz balik school asyik tidur

Badan so lemah tak larat kadang rasa macam nak baring jekk lepas tu effect tak boleh nak lena, aku nie sejak covid kol 4 lebih pagi baru dapat tidur sampai lah sekarang then pagi nak bangun memang susah :(

Yaz seminggu lebih cuti dekat nak 2 minggu 

Padahal dah amek 2 dose + booster but still bila kena huru hara but Alhamdulilah category 2 sebab symptoms sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala

Aku kira 2 hari lah demam, hari ke 2 rasa dah ok but check temperature still demam hmmm

Please lah no more kena covid seksaaa badan sakit jiwa also sakit lepas tu jalan lebih sikit rasa penat, then batuk2 rasa kena semput arghhhhh

Aku tak taw kena kat mana keluar pakai mask siap pakej jaga jarak but still kena :(

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!