♥ Anganan Kena Kutuk ♥

 



Perbualan aku dengan someone dekat LINE
tengok gambar kahwin then usik dia cakap suruh jadi flower girl
sekali dia request nak jadi bride maid see betapa lupanya aku
yang dia dah pon besar layak jadi bride maid daripada flower girl

Berangan lah kekonon nak buat tema garden lah entah apa merepek
yang terlintas dalam kepala otak aku hahhaha saja nak usik
pompuan mana yang tak pernah idam majlis perkahwinannya
aku pon tak terkecuali ada berangan tapi majlisnya tak tahu bila

Sekali keluar ayat power "Belom ada BF ada hati nak kahwin"
LOL tahu lah i is single and available hahahha tapi tak semestinya
kena ada BF then baru akan kahwin...

Ehh apa aku melalut plak kalau tak ada BF how to kahwin..??
seperti yang aku nyatakan " Tak semestinya ada BF boleh kahwin
mana tahu tup-tup jodoh datang then kahwin"
well kita tak tahu siapa jodoh kita siapa dia asal mana orang mana
sekali ianya datang seperti kilat zasss zisss zussss tup-tup ehh
kahwin....

Gitukkk aku percaya more kepada jodoh then BF
tak semestinya BF tu akan kekal sehingga ke akhir hayat
if dia bukan jodoh kita then putus di tengah jalan
begitu jugak akan berlaku sehingga lah jumpa jodoh yang dah ditetapkan

Kata orang kalau ada jodoh tak akan kemana...
biar jodoh lambat tapi jangan jadi bodoh boleh gitukk...???
boleh jek lah peribahasa baru LOL

Ada orang jodoh cepat ada orang jodoh lambat...
aku..?? tak tahu lah sama ada cepat or lambat or tidak ada
kalau aku post kat blog majlis kahwin aku hah jodoh aku dah
sampai lah huhuhuhuhu

Soal jodoh nie kekadang tak payah lah berlagak giler kalau dapat
jodoh awal then nak kutuk orang jodoh lambat entah haper haper jer
bukannya dia mintak pon jodoh lambat....tapi yang jodoh awal nie
percaya ke jodoh awak tu sekarang akan kekal hingga akhir hayat
if putus tengah jalan sendiri mau ingat la...

Walau pon ramai kawan classmate aku yang dah kahwin beranak pinak
BFF aku pon dah tunang tak lama lagik nak kahwin huhuhu
but aku rilex lagikk tak ada lah tergesa-gesa dalam mencari jodoh
banyak aku nak kena fikirkan apa lagik soal mum daddy and Ayyash
serabut kepala fikir...

Boleh ke jodoh aku terima kalau aku nak jaga mum daddy seperti mana
mum and daddy jaga aku dari aku kecik sampai lah sekarang
boleh ke jodoh aku terima kalau aku nak jaga Ayyash coz now Ayyash
aku yang jaga sepenuhnya and Ayyash sendiri anggap aku nie mak dia
lagi pon aku dah anggap Ayyash macam anak aku jugak ^_^
kalau jodoh aku terima 2 syarat aku settle bebeh jom kita kahwin :p

Tapi soal kahwin aku tak bersedia lah
aku tak reti masak....tak reti kemas rumah...tak reti basuh baju
semuanya serba tak reti yang reti cuma tidur...shopping...makeup
hahhaha boleh terima ka...!!!!
kahwin bukannya mudah susah woooo ianya tanggungjawab yang besar

Sekarang kita enjoy masa single....masa happykan diri
selagi boleh enjoy kita enjoy walau pon bukan bereti enjoy
keluar dengan kekawan lah naik pub lah no no no no
enjoy dalam kamus hidup aku ialah tidur...shopping or cuci mata
jejalan...feel happy dengan family...huha huha

By the way pernah tak kitaorang cerita dalam group chat or forum
aku pon dah lupa dorang ask asal tak nak kahwin
then aku cakap nak enjoy hidupan aku so dorang syak kekonon
aku nie gadis liar kaki pub lah segala bagai then kena explain
balik no no no sebab tu aku kena explain kat blog pulak
so tak de lah orang pandang serong

Kekadang mulut manusia nie haishhhh macam internet bergerak
kita maksudkan lain then mereka sampaikan lain walaweyyyy
sungguhhhhhhh tak sayang mulut :p
benci aku dengan manusia macam ginik mencik benci huh

So far makcik-makcik tak ada lah plak persoalkan jodoh
kitaorang just huha huha bersama-sama ada jugak kazen aku
belom dapat jodoh still rilex layan anak saudara bake macam-macam
ahhh rilex sudaahhhhhh

Ada plak kazen aku dulu pernah tunang then putus tunang belom kahwin
see rilex sudahhhh ada jodoh kahwin tak ada jodoh tak apa...
tak payah stress tak payah pening....

Pilih jodoh bukan macam pilih makeup....
color lawa sekali bila pakai tak lawa
macam gitu jugak perangai manusia luaran nampak baik tapi dalaman
hurmmm susah nak cakap....

Ehhh banyak ekkk entry aku pasal kahwin...
tapi nie secara tak sengaja hahahahha
pasal cute plak someone nie dok kutuk kata tak ada bf then nak kahwin
macam cute gituk ekkkk....
tang mana cute..?? entah lah soalan yang tak pernah ada jawapan...
dari dulu until now...

Lepas nie nak cakap i tak nak BF but i nak jodoh...!!!!
sila terkulat kulat berulat seorang diri ye memikirkan jawapan ku
baik punya jawapan untuk setakat ini....kang if jumpa lain
aku akan use word tu...

Kalau aku nak Fahrin Ahmad boleh dapat ker...???
fuhhhh kalau lah dapat akan ku simpan dalam almari... :p


Bye(>‿♥)

♥ Isk Tak Besh La ♥

 

Aku tak tahu lah sepatutnya nak stress ke nak nangis ke or nak ketawa
maybe pengajaran kot buat aku so untuk masa yang akan datang
aku boleh berhati-hati....maybe....

Now aku dah paham mengenai kulit muka aku sendiri
before nie aku asyik bebel kata muka aku oily saja
so selalu baca style makeup untuk oily skin
masa beli face conditioning siap cakap yang skin aku jenis oily

Kisahnya baru-baru nie lah aku tengok muka berminyak then
decide nak cuci muka and tengok pore pon semacam then use ice
aku pakai sampai bila put ice kulit muka tak rasa sob sob sob
sekali aku perasan ehh kat area kening kulit dry sangat
nampak taw kulit aku dry

Bila pakai toner wonder pore pedih duhhh dah kenapa
then malam tu aku cuci muka macam biasa then rasa kulit tegang
keesokkannya kat dagu dah terasa kasar-kasar kering grrrr

Now aku dah tahu muka aku nak pakai toner normal
tak boleh nak pakai toner jenis campur dengan first essence
kan collagen moistfull toner jenis macam air tapi pekat
then pearl aura plak toner campur first essence
kulit aku demand tak nak semua tu

Kulit aku nak normal routine skin care
wash muka...toner...first essence and emulsion
pakai macam normal routine now dah back normal
mengegada betol lah kulit muka aku nie.....

Baru aku ada bercita-cita nak try set besar pearl aura
after few weeks pakai trial set grrr
nanti lah aku akan buat review trial kit pearl aura
hari nie nak bebel pasal skin jer...

Hmmm now aku dah paham..
aku cerita dengan mum then mum cakap toner kan macam
segarkan and lembabkan kulit muka
hmmm toner asing and first essence also asinggg
demand dah ekk kulit muka....!!!!

Terasa rasa macam nak jek beli trial set laneige
aritu try test kat tangan masa kat sephora wala punya lah 
lembut terasa auwwwww....tapi bajet tak lepas....
so can stick white moistfull jek lar huhu
white moistfull pon lembut tapi tak selembut macam laneige

Aku suka skin care jenis yang bila pakai terasa absorb kat
kulit muka tak suka skin care lepas pakai then sticky sticky
nanti rambut habis melekat kat muka then bantal also euww
aku ada pengalaman gituk so sebab tu aku cakap......

Memandangkan kulit muka demand stick jek lah 
etude house white moistfull tunggu lah christmas nanti
ada promotion......

Bye(>‿♥)

♥ Seram: Main Kasar Nampak ♥

 

Sengaja aku letak gambar nie coz cute walau pon kisah seram
sumber gambar from didmynails.com 
okay now nak ku cerita kan satu persatu lama aku tak buat pasal kisah seram
malas sebenarnya nak ingat balik or type balik hahahha

Kisah nie baru terjadi hari apa ekk tapi dalam minggu nie
isnin or selasa gituk aku dah lupa la
see padahal baru kena tapi tak ingat bila grrrr

Malam tu aku settle kan cuci muka tukar baju tidur settle kan diri
then tengah pakai skin care kaki nie feel macam pedih-pedih aje
dalam hati aku berkata kena balik ke macam aritu
selak seluar tengok pap yes kena balik macam aritu

Cekau or cakar what ever lah mana-mana punya kepahaman lah
kecik saja tapi dia punya pedih mak aii tak terkata
then aku bebel lah cakap main kasar nampak cekau cekau
tunjuk mum then mum cakap nampak kesan macam baru cekau

Pedih woo dulu punya panjang tak tahu kenapa rasa pedih
bila tengok kesan cekau panjang until now ada bekas
hurmm tak tahu lah kenapa main kasar plak........

Dulu aku ingatkan kesan cekau tu maybe kuku kaki Ayyash
panjang but now mungkin aku paham tapi kenapa tetiba plak
nak cekau-cekau dulu mana ada pernah cekau
sekarang nie makin main kasar plak

Well kamu tu tidak diunding so keluar dari rumah...
kenapa nak menyemak duduk dengan kami...
wahai tetamu yang tak di undang...*mood marah sangat*

Bye(>‿♥)

♥ Worldless Wednesday ♥



Bye(>‿♥)

♥ Internet Ku ♥


Aku nie jenis biar tak ada tv jangan tak ada internet...!!!
maybe pasal astro balik balik ulang cerita yang sama sampai boleh hafal
jalan cerita so sebab tu aku rasa tak ada tv or astro pon tak apa hikhikhik

Kalau ada internet segala movie ada kat youtube just watch ajer
movie lama-lama or maybe yang baru kalau ada yang sudi upload
tapi mostly cerita lama-lama coz lagik best

Kalau tv plak layan cerita yang betol-betol best
ntah lah sekarang nie tak ada cerita pon yang best semuanya sama
lelagi akasia balik balik kahwin paksa suka then dugaan then happy ending
tak pon cinta sesama tapi kena halang then kahwin lari grrr

Semuanya plot yang sama so boleh lah hafal kesudahannya
tapi percaya lah dalam kehidupan mana ada happy ending selagi belom
tutup mata habis memang no happy ending lah....

Dugaan demi dugaan akan hadir dan hadir dan hadir
kuat or tak kuat saja lah untuk hadapinya...

Well bilik aku no more astro buang sudah pasal cerita yang sama saja
sampaikan semua channel aku bukak then cerita yang sama
astro warna jangan cakap lah pagi cerita tu tengah hari pon sama
nanti malam pon sama 

AFC pon sama...travel apa ntah pon sama jugak bebalik cerita sama
dulu best macam macam cerita tapi sekarang hurmmm ulang ulang
so no need astro anymore...

Yang aku perlu is internet sahaja hahahaha
just bukak forum and search few blogger or watch makeup tutorial
lagik best bermacam macam no ulangan walau pon ada sesetengah
blogger promote same barang walau cara olahan berlainan

Walau kekadang orang mesti fikir aku nie macam tak ada life
hidup sekadar di hadapan computer well bukan tak ada life tapi
aku sendiri malas nak cari life....
bagi aku now aku happy hidup aku ada mum daddy Ayyash sis di sekeliling
ehh tertinggal bibik kuikuikui

Kalau keluar pon kami berlima akan keluar bersama-sama
tak pon berdua dengan sis or bertiga dengan Ayyash
mana jek nak pergi setakat johor nie pusing-pusing sama saja
tak ada apa yang menarik pon huhuhu

Aritu aku ingat nak jogging kat tasik taw tapi punya lah malas
and tasik tu pon aku rasa scary ... :p
dulu tasik tu banyak ragut nyawa manusia yang mandi so banyak lah
desas desus member cerita tapi yang sebenarnya dah sampai ajal mereka
so cannot salahkan sapa-sapa but aku feel scary kat situ

Dating kat situ tak sure best or not...!!
tapi malas lah nak pergi taman-taman nyamuk banyak
alasan banyak seyyy tapi betol woo dulu pernah lah pergi kekonon
nak bawak Ayyash play masa tu Ayyash kecik lagik and mak Ayyash pon
still bersama-sama Ayyash....

Baru few step habis kena gigit nyamuk cissss terus aku banned
pergi tempat lain lagik bagus...!!! hahahahha
entah lah tak reti plak petang-petang nak pergi taman

Aritu dah cakap dengan mum petang-petang pergi jogging nak
then mum agree after mata dah okey coz dah few weeks
mum buang catarax donno lah how to spell so tak boleh lasak sangat
sekali macam malas plak ekkk terasa macam nak cari tempat lain tapi
mana tempat yang best....

Few days nie aku perasan internet macam slow sangat
haishhh bikin hal lagik or problem nie
coz aku ada baca katanya cable problem hurmmmm
kalau betol cable problem hope fix kan cepat lah
kalau bukan pasal cable adakah aku nak mengamuk lagik.... 

Bye(>‿♥)

♥ IOS 8.0 ♥

 

Akhirnya dapat jugak download ios 8.0 ^_^
dari semalam exited tak menyabo yabo nak update ios 8
tunggu punya tunggu akhirnya today dah boleh download yeeaaayyyy
walau pon jenuh menunggu sob sob sob

Untuk ios 8 aku suka part bila kita tengah search facebook or instagram
still can reply msg ohhh syokkk hope wechat or line pon sama
cuma kat message ada perbaharuan yang senang tapi aku tak guna sangat
now cuma guna social apps jer so huhuhu

Sambil update ios sambil update blog mihmihmih
lama nak menunggu another 11 minutes walau pon ada sesetengah cakap
ala sekejap jek tu actually tu baru download belom update huhuhuhu
eiii tak sabar nak tunggu new ios 8 berfungsi kat si 5 

By the way iphone 6 dah launch kan aku tak suka lah design iphone 6
kang cakap jek tak suka tup-tup terbeli plak :p
tak ada lah macam more look samseng lah
then ada ipone 6 plus pulak grrrr

Kalau tak silap aku ios 8 nie if ada wifi boleh free call
kalau betol best makin dapat jimat duit lepas nie tak payah pening
pakai post paid just pakai prepaid jek asalkan ada internet can free call

Yeaahhh another 6 minutes.....
tik tok tik tok lama lagik ker nak menunggu...
hope before 10:30 pagi semuanya dah settle...

Bye(>‿♥)

♥ Tonsillitis ♥

 

Few weeks yang lepas aku ada post kat blog yang tonsil aku kembali sakit
walhal aritu puasa 2 kali kena tak tahu kenapa boleh kena lagi
sedangkan antibiotic yang super duper pahit tu aku telan sampai habis

Bila dah terasa memang aku cepat-cepat makan ubat 
kebetulan sis pon kena sama so aku rembat jek lah ubat dia dont worry
dia dah baik so ada balance ubat then aku sambung sampai habis :p

Tapi still tak baik-baik lagik so beli sekali lagi ubat yang sama kecuali
antibiotic tu tak boleh nak kena check doctor then baru boleh hurmm
malas lah nak amek number then tunggu giliran malassss

Bila rasa okey then suddenly batuk menjelma pulak
jenis batuk yang kering no kahak tapi seksa coz bila tengah tidur
asyik batuk batuk and batuk naik stress sey

Then aku suruh tengok aduhaiii dah keluar putih-putih plak
still relax makan antibiotic yang sedia ada bila rasa macam dah okey
aku stop tak makan lagik sampai lah hari saturday ke friday lepas
kalau tak silap tekak kanan aku feel perit bila minum air duhhh why

Aku suruh tengok walaweyyyy makin teruk plak
sebelom tu aku nak beri amaran jangan tengok kalau rasa geli




♥♥♥♥♥
♥♥♥





 

Jadi seperti gambar di atas walaweyyyy scary okey...!!!
aku masa snap gambar pon rasa macam scary plus ngeri plus geli
sampai macam gini jadinya kat dalam mulut grrr
nie between antara anak tekak...

Percayalah tak terasa sakit macam dulu feel nothing tapi kenapa
sampai jadi macam ginik pulak pelik pelik
by the way aku blur kan part lain huhuhuhu

Telan airliur tak sakit makan keras tak sakit menguap tak sakit
semua serba tak sakit but why boleh jadi macam ginik
ikutkan kena pergi jumpa doctor tapi entah macam malas plak nak pergi
kalau aku biarkan lelama back to normal tak ekkkk hurmmmm

Patut lah every day kepala aku asyik sakit jerrr
sometime aku rasa macam aku berdiri tapi sekeliling aku bergoyang
aku ignore and makan panadol sahaja coz esoknya back to normal
until rasa tu kembali lagik and eat panadol 

Kekadang aku tak eat panadol just tidur sahaja....
why why why jadi seperti ginikkk sedangkan tak rasa sakit langsung
maybe kalau belah kanan tak terasa sakit sure aku tak tahu jadi beginik
ingatkan selama nie makan ubat dah okey rupanya makin terukkk

Nak pergi doctor ker tak payah haishhh
kan best kalau suami or boyfriend or friend kerja doctor so senanggggg.....

Kalau rasa teruk sangat just serah diri jumpa doctor jek lah
selagi tak teruk tak payah lah asalkan ianya tak sesakit macam selalu
or maybe just normal coz sekarang demam suka balik balik

Bila lah nak back to normal....!!!
dalam ignore pon terasa risau jugak coz tekak nak pakai lama :p
tak apa lah maybe esok lusa just back to normal...huhuhuhu

Happy holiday untuk yang holiday hari Malaysia...weeee cuti can sleep
lama-lama huhuhu

p/s: Gambar atas sumber google...!!!
p/s 2: Maaf lah gambar ke-2 tu menggelikan......
p/s 3: Selamat Bercuti....

Bye(>‿♥)

♥ Berdating-Datingan ♥


Semalam adalah hari berdating dengan yang tersayang hahahhaha
tersayang ialah keluarga aku...
dengan sapa lagik aku nak pergi dating :p

Memandangkan Ayyash bebel cakap lama tak keluar dengan atuk nenek sis
and diri ku so minggu nie turn Ayyash with kitaorang so apa lagik
pepagi sunday dah bangun walhal dari hari friday ke thursday aku dah
bagi taw Ayyash nanti sunday kita pergi jalan-jalan ^_^

Tujuan utama berjalan ialah nak pergi sekali lagi sephora
nak beli body wash hahahha harga body wash RM25
memula ingat nak buy yang bubble gel ke haper ntah tapi aku tak bekenan
dengan patern dia macam makan banyak space jerr

Bila dah bawak ke casher sekali RM40 padahal kat tag RM28 rupanya
caramel sahaja yang RM28 vanilla normal price hohohoho
tak jadi aku buy yang nie senang sikit apa-apa hal nak sumbat menyumbat

Ayyash beli yang oil untuk bathtub 2 ketol pilih blue dengan orange
kehulu ke hilir dengan benda alah tu memandangkan SA masukkan
tempat macam aritu aku beli lipstick then Ayyash panggil tu pie LOL

Masa kat komtar ada pertandingan buat bendera Malaysia dengan gunakan
tapak tangan nie untuk budak-budak baya-baya Ayyash then aku ajak
Ayyash pergi tengok dekat-dekat then sebelah aku diri macam kawan
sekolah maybe betol kot sebab dia pon tengok aku macam kenal
padahal aku tak tegur pon pasal takut salah orang

Dalam hati dia mesti kata aku dah kahwin LOL
what ever lah...
memula ingat nak buy Naked Basic Palette sekali tengok harga RM103
bila aku buat research ada yang kata RM93 errr apa pasal mahal sangat
then aku kira-kira baik aku tambah sikit cukupkan RM188 dapat buy
naked 2 or naked 3 hahhahaha tak sabar seyyy

Padahal aku nie bukannya selalu sangat pakai eyeshadow segala bagai
yang etude house punya pon tak terluak-luak lagik tak apa habiskan
dulu eyeshadow etude house then akan buy naked palette

Dari komtar gerak ke city square pelik jugak kenapa orang ramai ehh
bukan sunday sekolah ker lupa daa kan cuti sekolah dah start so
memang lah orang ramai huhuhuhu

Niat ke city square nak usha eyeshadow RM1 sekali tidak ada
yang ada cuma kat KSL sahaja so malas lah nak ke sana
KSL nak pergi kena pagi-pagi kalau lepas Zohor susah nak carik parking
banyak yang tak best punya item 

Aku nampak drawing show creamy liner ada niat nak beli tapi malas
bila tanya harga RM19.90 so aku capai sekali sementara ada promo
kang tak ada promo RM60 ++ or RM59 ++ gituk
ingat-ingat lupa daaa

Dalam tu include with brushhh yeeeaaayyy tak payah beli brush
lelagi brush gel liner sangat sukar okey nak jumpa kebanyakkan
tak menepati piawai kelembutan brush huhuhu

Walau pon kata creamy still tak boleh terdedah kat angin nanti keras
grr tu yang ngeri tu how nak jaga gel eyeliner ekkk
masa pergi class makeup aritu katanya kat inglot ada satu jenis
air yang boleh drop ke gel eyeliner yang dah kering tapi tak sure
apa namanya tak apa nanti aku try pm akak tu hope tak kering la......

Masa on the way nak pergi kota raya Ayyash pesan nak ayam goreng
then cakap okey nanti kita pergi makan 
sampai kota raya Ayyash play kat angry bird manakala sis plak pergi
cari tudung grrr jumpa Mr D.I.Y sekodeng jap apa yang best sekali
ayooo rasa macam lemas plak coz orang ramai huhuhuhu

Panggil Ayyash ajak makan KFC...
seperti biasa dari kecik until now kalau pergi KFC mesti makan nasi ayam
dengan 2 ketol ayam peha original hahahha include dengan sup fishball

 

Ini aku punya tapi aku tak suka coslow so aku kasi kat mum hahahha
sekadar untuk menambahkan lemak-lemak yang super ader boleh gituk
tak apa sekali sekala kalau selalu takut nak timbang berat :p

Kerja Ayyash asyik basuh tangan ajer sekejap sekejap nak basuh tangan
dari meja yang kitaorang duduk ke tempat basuh tangan dekat
so aku bagi Ayyash pergi sendiri dalam masa yang sama aku perhatikan
kalau jauh tidak akan ku lepaskan 

Then aku dah habis makan nak basuh tangan Ayyash ingat aku nak teman
siap bebel cakap dengan aku tak apa ashyu Ayyash boleh pergi sorang
deyy ashyu nak wash hand lah sabo jek lar

Ayyash request nak balik magrib tak nak balik awal huhuhu
mana lagik nak pergi 3 tempat pergi tak cukup lagik ker..??
kalau sampai ke magrib habis lah solat pon boleh tertinggal
walau pon ada surau tapi entah macam tak selesa plak
if jalan jauh okey saja kalau dekat mall nie entah lar

Tapi pusing-pusing pon balik-balik sama ajer tak ada yang beza
dah tu jek tempat boleh merayap mana nak pergi lagik
lepas nie kena kumpul another RM25 untuk purchase next month 
body washh hahahhaa

Dalam banyak-banyak creamy body wash sephora aku lebih suka
vanilla sebab bau dia sangat soft walau pon strong
tak suka bau yang lain-lain sangat sangat strong and pening
nanti aku nak buy lotion, hand cream and scrub plak ^_^

Walau pon aku nie bukannya spesis penggemar lotion
mum ajar lepas mandi pakai terus dalam toilet dulu aku buat taw
then aku tak suka rasa melekit-lekit bila pakai baju sangat tak syok

Aku dah pakai NYX Lipstick ^_^
suka pulak dengan color red NYX sangat besttt pakai sikit dah cukup
tapi semalam gedik apply berlayer layer tapi tak ada lah merah sangat
walau matte tapi aku tetap pakai dengan lipgloss untuk effect shinning
dari dulu until now aku suka buat macam tu hehehehehe

 

Hasil aku crop gambar yang semalam aku snap hahahhaha
bila dah crop nampak macam nipis plak bila gambar full nampak macam pekat
ahhh tak kisah lah first time i letak gambar bibir i auwwww

Bibir aku jenis nipis kata kazen aku if pakai red lawa 
ye ke entah lah aku rasa macam okey jek tak over bibir jalan ke depan
nie hasil campuran dengan lipgloss so nampak macam tak pekat
tak suka biarkan kering walau pon nampak macam okey jerr

If red dah masuk lepas nie jalan nak pakai hot pink plak ahakz
aritu raya jek kan pakai tak apa lepas nie merayap aku pakai and try
amek gambar macam gini balik ^_^

Nie kali kedua aku pakai hahahhaha
masa first pakai pergi tempat ustaz so cannot lah try berlayer layer
tu aku just letak satu layer then adjust ratakan disebabkan nie dating
so boleh lah berlayer layer then ratakan last-last letak lipgloss

Aku keluar tak pernah bawak another lipstick untuk touch up
cuma kalau holiday saja aku akan buat macam tu sebabnya ala
leceh lah nak touch up coz aku pon bukannya bawak bag
so next time nak try belajar bawak lipstick and touch up

Bibir aku lipstick jenis cepat hilang tapi still ada bekas bekas
unless sis bibir dia jenis lipstick susah hilang still ada maybe
coz dia tak pakai dengan lipgloss kot :p
mum pon sama macam aku cepat hilang lipstick acaner tu

Semalam punya lah malas nak bersihkan makeup rasa macam nak
jerr tidur dengan makeup hahahaha dulu sekali aku pernah buat
tidur with makeup now dah tahu keburukan tak buat lagi daa.....

Enjoy dating-datingan with my sayang ^_^
next time nak dating-datingan lagik lah aummmmmmm

Bye(>‿♥)

♥ Mendung Pulak ♥


Petang saturday nie cuaca macam mendung jek nak kena perhatikan
kalau hujan habis nanti kain baju jemur kalau tak tarik kang kena 
basuh balik dah satu hal huhuhu

Mendung-mendung ginik best kalau tidur lagi super duper best
tapi cannot lah banyak kerja nak kena buat
bilik dah macam tongkang pecah ingat last week nak kemas
tapi super duper MALASSS

Dulu aku rajin kemas bilik waktu malam syokk bukak aircond
bukak lagu pakai baju no lengan and seluar boxer then start
mengemas sana sini sampai bersih 

Actually aku nie selalu use setiap saturday or sunday akan aku
use waktu sebegitu untuk mengemas bilik coz dari monday
until friday aku just kemas gituk-gituk ajek

Nak vacuum malas pulak
haishh mood rajin sila datang cepat....!!!

Saturday nak merayap mana best
balik-balik tempat yang sama saja
kekadang boring jugak hahahha tak pon duduk jek lah rumah diam-diam
layan cartoon lagik bestt...

Tak sabar nak tunggu esok...!!!
cepat lah masa berlalu untuk sampai ke hari esok
boleh gituk...??? boleh jek lah.... 

Bye(>‿♥)

♥ 30 Days Challenge ♥

 

Aku nak try buat 30 days makeup challenge tapi tak ada geng plak
buat untuk suka-suka then kalau berjaya aku nak buat 30 days
loose weight then nak buat 30 days blog challenge untuk suka suka saja
bukannya serious sangat tapi part loose weight tu kena serius lar

Dah dapat cari list makeup challenge tapi tak tahu bila nak try and error
tu cabaran untuk instagram so can try lah lagi pon tak banyak sangat
post gambar muka makeup maybe aku pon boleh post kat blog jugak
so dalam blog nie ada 2 challenge yang akan aku buat

Tapi aku nak buat more kepada makeup challenge sahaja
tunggu lah few day bila semuanya dah settle and back to normal aku akan
buat hurmmm nak mulakan mana dulu instagram or blog
maybe blog jek lah hikhikhik

Cari yang post gambar makeup stuff saja bukannya gambar muka
well kalau gambar muka boleh ajer tapi berani ker aku nak letak gambar
muka sendiri kat blog....Insya Allah berani ^_^

Weee kang aku cari mana yang sesuai then aku post
sekali kan aku buat tak sampai pon 30 days ntah ntah
2 weeks jek coz barang makeup tak cukup :p

Insya Allah cukup kot akan ku try carik challenge yang simple
and try top up sana and top up sini try make my version
hahahaha tak sabarnya nak buat..... 

Bye(>‿♥)

♥ Cuba Melupakan ♥

 

Seperti kata-kata dalam gambar di atas cuba untuk melupakannya tetapi
memory terlalu kuat or indah sampai sukar untuk melupakannya
ianya tak semestinya pada percintaan tapi segala memory kenangan
bersama yang tersayang macam contoh keluarga or sahabat

Kekadang bila kita paksa diri untuk melupakannya ianya akan menjelma
secara perlahan-lahan kenapa lah susah sangat nak lupakannya
terlalu sukar untuk buang semua kenangan bersama-sama :(

Paling stress kalau apa yang kita paksa untuk lalui akan membuatkan
otak nie teringat ehh dulu selalu keluar bersama ke tempat nie
tak pon mesti akan cakap selalu kita tengok wayang kat sini kan
kalau lah dia masih ada lagik kan besttt

Walau pon aku benci perkataan kalau lah masih macam dulu or kalau lah
dia masih ada kan bestt tapi ayat tu selalu menjelma dalam kotak pemikiran
apatah lagik bila bercakap soalnya....

Memory tu macam dah stuck dalam otak seolah-olah ianya tak boleh
keluar untuk meninggalkan otak aku sebaliknya terlalu lalu banyak
yang seperti sengaja nak di ingatkan di bayangkan di fikirkan
so bored.....!!!!

Kalau lah boleh buat masukkan dalam pendrives then campak jauh-jauh
kan bestt so otak nie akan clear daripada memikirkan kenangan terindah
sebaliknya tidak boleh sama sekali so memory tu akan sentiasa berpusing
melayang membuatkan aku teringat sahaja

Hurmmm sukar nak dikatakan ianya seakan akan menjerut diri aku
memaksa aku untuk teringat memikirkannya
andai masa boleh di putar akan ku pastikan semuanya kembali normal
so tak perlu ada yang menderita terseksa jiwa dan raga
sedangkan pihak lagi satu gembira coz niatnya dah pon berjaya

Memory please go away far far away jangan kembali lagik
aku dah penat nak berperang dengan diri sendiri
pergi lah usah kembali lagik and aku dah tak nak ada kenangan tu lagi
biarlah andai nie saja jalan yang terbaik mungkin ada hikmahnya..

Pergi lah kenangan usah kembali 
aku tak rela andai kenangan itu kembali mengusik kepala otak ku
biar lah ianya terkubur dalam satu kotak yang akan ku buang jauh
pergi lah wahai kenangan........

Kenapa sukar untuk aku cuba melupakannya....
kenapa begitu kuat segala memory yang telah tercipta...
pergi lah usah kembali....
aku tak ingin kenangan itu kembali lagi....
pergi lah.....
pergi lah wahai kenangan.....

Bye(>‿♥)

♥ 1% ♥

 

Alamak battery phone tinggal 1% lariiiii cari charger masa tu dalam kepala
fikir charger charger sebelom iphone terus padaammmm
kalau bukan iphone pon another phone huhuhu

Kalau datang malas mood nak charger biar kan ajek hikhikhik
pernah mood malas aku datang so biarkan jek lah
tapi lepas tu charger lah balik karang apa-apa hal leceh pulak

Tapi tu lar mood malas charger phone nie kerap sangat datang
bila time emergency nak keluar masa tu baru kelam kabut nak charger
masa siap tukar baju sambil charger setakat berapa % jek

Mujur ada powerbank kalau tak battery red jerr
tu kalau powerbank battery ada kalau empty jugak lagik menangiss
nak keluar baru terhegeh hegeh nak charger kalau tak malasss
hahaha tapi tu jugak lah paling best plus worst

Sejak dua menjak nie aku dah tak buat perangai macam gituk lagik
mood malas dah pergi so walau macam mana pon kena charger jugak
kalau tak apa-apa hal susah lelagi kalau powerbank tertinggal or no battery
langkah keselamatan baik charger kasi full tak full pon just 70% dah okey

Nasib baik update kali nie battery boleh tahan okey kalau rasa macam
nak nangis coz cepat jerr drain T_T..... 

Bye(>‿♥)

♥ Asal Raya Je Tukar ♥

 

Dulu pantang asal raya jek mesti tukar tak tahu kenapa
walau pon raya dah habis bila teringat pulak kesah menukar bila raya
hahahaha nampak macam poyo habis kan kuikuikui

Bila lepas seminggu or 3 days raya mesti kerja aku nak tukar number phone
tak tahu kenapa rasa macam best jek buat demikian hahhaha
last buat kerja menggila ialah tahun lepas but tahun nie dah insap
coz dapat number favorite yippyyy ^_^

Dah jadi macam kebiasaan plak dari mula pakai handphone until now
actually dulu tukar pon ada sebabnya cuma sejak bermenjak jer
gedik asyik bertukar-tukar tetiba rasa macam puas plak tak tahu naper
tapi yang pasti asyik menghabiskan duit saja

Tak beli new number mesti beli new handphone dah jadi habit
suker taw cuma sekarang jek lah dah pakai smartphone tak rajin buy
new phone coz dah rasa macam satu smartphone yang the best
so memang malas nak tukar yang lain brand kecuali upgrade tu saja

Semua tu dah berlalu now dah tak kuasa nak buat macam tu lagik
lelagi kalau pakai phone biasa and smartphone memang tak de feel
mesti akan cari smartphone coz dalam tu semua benda social network
nasib baik dulu masuk hospital pakai phone biasa cuba kalau iphone
habis penuh instagram dengan selfie muka sakit and keboringan :p

Insya Allah tahun depan pon akan sama tak akan ada sesi
penukaran lagik dah malas and dah penat lagi pon dah dapat
cute number siap ada free internet nak buat apa tukar-tukar
just maintain ajek lah.....^_^

Bye(>‿♥)

♥ Etude House Membership ♥

 

Etude House buat membership tanpa ada kad bunyi macam kelakar kan
tapi itu lah kenyataan untuk 3 weeks hanya setakat di KSL sahaja
after 3 weeks seluruh malaysia boleh use membership just mention ic number
sahaja then dapat 40% discount for new arrival item sahaja

So hasil daripada small haul at etude house 
aku beli pore ever cuma RM19.90 daripada harga sebenar and dalam masa
yang sama aku capai jugak happy facial foam RM9.90 daripada harga sebenar
tapi nak apply membership kena buy RM80 punya barang
macam mana aku buy setakat RM29.80 tapi dapat apply membership

Nie nak cerita mum buy magic bubble peeling RM59.90 ^_^
so dalam masa yang sama beli another facial foam for sis and dak tenit
Ayyash buy lotion so masing-masing saling top up cukupkan untuk
apply membership hikhikhik

So dapat lah few gift item seperti gambar malas nak type satu per satu
cuma satu jek aku nak cakap bunny tail punya pen tu super duper cute
tidak akan ku pakai akan ku simpan sampai reput :p
untuk apply membership dapat travel pack baking powder, shower wash
and lotion so cute bag tu pon cute jugak taw sayang plak nak pakai :p

Actually plan nak pergi this sunday sekali dah menghabiskan duit
ke sephora tu yang tak menjadi tapi aku mana boleh tahan
akan ku dapatkan jugak memberships so semalam pergi sekejap
dah sekali lalu so singgah ajek lah 

Banyak sangat ada promotion salah satu sempat jeling ialah
eyeshadow RM1 yang cute ikutkan hati nak ajek capai tapi dah tak
ada tempat nak sumbat so batalkan ajek lah niat nak capai
sob sob sob RM1 tu daripada harga sebenar *sabar sabar sabar*

Ingat kalau pergi lagik aku nak buy pore ever alang alang dah promo
RM19.90 daripada harga sebenar baik capai dua ketol sekali gus
senang nanti habis ada stock lagik actually aku amek yang macam cream
bukan stick rupanya ada stick hasil tak baca habis macam nie ler jadinya

Entah bila lah nak mencuba tanya Syrene boleh ker pakai pore ever dulu
then baru pakai face conditioning then dia kata boleh yeaaayyyy
suker suker..........tak sabar nak pakai hikhikhik

Bye(>‿♥)

♥ Tonsil Kembali Lagi ♥


Seperti tajuk di atas tonsil ku kembali menyerang badan ku lagik
masuk nie dah kali ke-3 dalam tempoh berdekatan
aritu puasa 2 kali kena nie tetiba semalam kena lagik aduhaiii
tak mengeluh cuma kurang selesa sahaja

Sebelom makin teruk cepat-cepat lah makan ubat
actually anti biotik yang dulu tu dah habis taw then kena lagik
entah kenapa pon tak tahu maybe berjangkit kot coz sis pon
baru baik kena tonsil hurmmm

Strepsils memang tak jalan lah kalau dah kena tonsil
nak kena makan ubat yang khas hah tu baru okey kalau tak
makan lah berkotak-kotak memang tak akan hilang punya
pelik pelik

Tonsil kali nie bikin badan aku sakit sangat and kepala pon sakit
bila dah datang sakit kepala memang semua kerja tak boleh buat
yang tahu cuma baring and sleep saja sob sob sob
penangan si tonsil huhuuhu

Aku dah standby ice cream vanilla
dari semalam aku dok makan ajer ice cream dengan harapan bila
bangun pagi tekak tak rasa kelat-kelat lagik sekali nan hado
coz now still rasa jugak kelat-kelat hurmmm

Dah request dengan bibik semalam mintak buatkan bubur ayam
so pagi-pagi bibik dah buatkan and tadi breakfast makan bubur ayam
then makan ubat cepat-cepat dengan harapan back to normal
nak buat kerja pon susah kalau kepala sakit and badan sakit lemah

Hope hari nie and esok back to normal la Amin.... 

Bye(>‿♥)

♥ Sephora Johor Bahru ♥

 

Buat warga Johor now kita boleh happy coz sephora dah bukak di Johor 
Bahru yeaaayyy benda yang ku idamkan dah ada di depan mata
lokasi di Komtar *ala bangunan yang roboh di buat balik tu lar*
maaf ler dua hari nie entry pasal sephora plak :p *terlebih suker*

Akhirnya impian dah menjadi kenyataan...
sephora dah ada di johor so no need anymore pergi KL
lama jugak lah masuk pasaran Johor but it's okay asalkan ada sudah

Dalam rancangan ingat nak pergi hari sunday nie coz dah rancang
few tempat nak kena pergi sekali fikir-fikir balik 
KSL sunday kalau pergi lambat memang susah dapat parking
nak kena pergi awal baru senang dapat parking duhhhhh

Then sunday city square pon sama jugak susah dapat parking
kebetulan sebelom nie tak sure parking komtar kat mana but now dah tahu
so senang tak payah parking kat city square lagik hikhikhik
cuma bestnya kalau parking city square ialah dapat merayap 2 tempat

Amaran gambar yang akan ku upload banyak so a bit heavy

 

 

 

Malas nak upload satu per satu so aku cantumkan then buat ginik
boleh lar daripada tak ada :p
semua gambar tersebut adalah suku yang aku snap coz malas nak snap
ke setiap satu section boleh lah daripada tak ada

Cuma tak boleh nak besarkan lagik jer if boleh aku buat besar
disebabkan malas nak upload satu per satu ginik ler hasilnya
tapi best banyak jugak barang yang ada jual

Yang bestnya Urban Decay, Benefit ada Stila pon ada jugak
aku suka bottle Makeup Forever so cute tapi untuk kumpul tak kot
coz aku love packaging eetude house hehehehhee

And few brand yang aku nampak kat KL pon ada jugak
paling penting tu hah urban decay aku ada cita-cita mau buy
naked 3 dalam proses mengumpulkan duit coz naked punya black kalau
buat smokey eyes so lawaaa

Clarisonic Mia 2 banyak jugak aku tengok orang pakai
nak mencuba tapi tak ngeti tapi tak ada take note harga
so ada fuluss can grab then try and error gitukkk

Okey lah walau tak sebesar Starhill punya
kalau lah dapat sebesar starhill besttt woo macam macam ada
rasa macam nak jek duduk situ hikhikhik

Sempat jugak aku menghabiskan duit kat dalam tu :p
nie lah hasil tangkapan plus menghabiskan duit

 

Hasil tangkapan aku kat sephora ^_^
saja nak try lipstick NYX ingat nak buy for mum color macam deep violet
tapi sedihnya tidakkk ada tak banyak color yang tinggal sob sob sob
aku bekenan pink sekali dah habis plak grrr frust

Godeh mencari dan mencari color lain last-last ku pilih red hahahha
sekarang aku dengan sis tengah menggila color red 
dulu tak berani nak pilih red after dah tahu macam mana nak apply lelawa
terus in love dengan red hikhikhik

Dari dulu aku nak try red tapi takut over tapi lepas dah pakai
lip tint red and tengok muka kena terus super duper sukerr
tak tahu bila nak try pakai macam tak sesabar nak mengetest 

Yang love cute tu actually untuk bathtub
nak kena beli 5 = RM10 untuk sekali rendam wawawa
tapi malas lah nak rendam lama-lama dalam toilet 
so aku beli and put kat dalam tempat letak brush dengan harapan
bila bukak and nak amek brush akan terserlah bau vanilla

Next time aku nak try shower vanilla sephora
tapi nak kena settle kan etude house dulu baru aku boleh merayap ke sephora
lagik ayooo nak kena settle kan one by one......

Aku apply lagik sekali member card weeee
dulu pernah apply then lepas tu mana sempat pergi sephora KL
terasa menyesal jugak lah coz apply huhuhu then now card tu pon
dah tak tahu mana pergi and kalau ada entah active or not

Dari pening nak replace balik member card baik settle buat baru jek
senang kekadang ada tempat kalau hilang tak boleh buat nak ganti
kena buat baru and collect new point kira point lama burn gituk jek
sayangkan tapi nak buat macam mana dah hilangggg 

Bulan nie shopping barang makeup plak
tak pe lepas nie tak payah shopping lagik barang makeup pakai sampai habis
aritu pon cakap macam nie tup tup buy new lipstick hehehehehe
murah jek lipstick tu RM19 ajerrrrr

Tak menyabo nak try pakai and hasilnya macam mana
pagi tadi sis pergi kerja pakai so lawa seyyyy.....
Bye(>‿♥)

♥ Sephora ♥

 

Sephora sapa yang tak kenal dengan product nie boleh dikatakan 
yang paling best sephora kat bukit bintang so big kalau duduk kat situ
satu hari pon boleh taw :p

Hari nie aku nak cerita pasal sephora 3 benda nie dah lama aku beli pada 
2012 until now tak use execpt yang eyeliner tak keluar color tu huhuhuhu
3 item tapi beli di 2 tempat berlainan

Kita mulakan eyeshadow dulu okey...
masa first time nampak dekat sephora KLCC then aku gedik nak masuk
pusing-pusing carik apa benda yang best and tengok price pon macam best
memula ingat nak buy lipstick sekali bila test kat bibir muka aku nampak
pucat sedih seyyy

Then aku decide nak try eyeshadow so pilih punya pilih beli yang nie
masa tu dalam kepala dah fikir nie nak pakai time raya 2012
lagi plak kain pon dah hantar jahit baju kurung so exited lah nak pakai raya
masa tu dah tak sesabo nak raya coz nak try :p

Bila nampak blusher teringin plak nak try before nie aku pakai blusher MAC
then nak try sephora punya blusher plak so aku buy sekali dengan 
eyeshadow kalau tak silap lar aku pon ingat-ingat lupa coz dah lama kan
harga pon aku dah lupa huhuhuhu

So ingat nak pakai blusher nie time raya jugak
color pinkish favorite aku pulak tu so beli kat sephora KLCC
kedua-duanya so keluar sephora dengan muka happy giler tak sabar nak try
sekali arwah nenek meninggal so tak mungkin lah akan pakai makeup
coz masa tu arwah baru jek meninggal memang no mood nak raya

Eyeliner tu plak bila test kat tester best taw tu yang aku capai
kalau tak tahu lah hasilnya macam keluar tak keluar memang tak akan
beli huhuhu tak tahu kenapa jadi gituk 

Yang nie aku beli kat sephora Bukit Bintang bestt woo besar
pusing-pusing dalam tu rasa macam tak nak balik jerr
so nie lah ketiga-tiga item from sephora

Ingat nak bukak lah eyeshadow dengan blusher tu
so can pakai together dengan etude house punya
dari aritu aku ingat nak buat tapi nak selit kat mana ekkk
coz tempat dah penuh lar plak hurmmmm no idea
maybe aku try adjust sedikit demi sedikit dengan harapan boleh sumbat

Still belom bukak wrap lagik taw hahahha
aku nie spesis beli terus bukak and pakai then bila arwah nenek meninggal
semuanya aku lupakan coz sedih sangat and no mood nak raya
nie rasanya aku boleh bukak balik lar pakai sampai habis

Tetiba rasa macam nak beralih arah dari etude house plak
ehhh no lah coz etude house pink packing favorite color
no way turn to sephora :p


Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!