♥ This Is Me ♥

 

Nie lah aku alami sekarang luaran aku hanya mampu ketawa
tapi dalaman aku terlalu sedih sangat
sesuatu yang tak mampu diluahkan tapi hanya mampu
disimpan kemas dalam kepala otak....

Sometimes aku sendiri dah tak taw apa lagik yang harus
aku buat supaya semuanya kembali normal
supaya luaran dan dalaman aku bersatu ketawa
bukannya seperti sekarang nie bukannya kedua-duanya
menangis....

Kekadang kita sendiri yang rasa sukar untuk atasi
sukar untuk luahkan pada sesiapa hanya mampu pendam
hanya mampu tengok dari jauh 

Bagus jugak ekk orang yang design nie
sama seperti aku...seperti keadaan aku sekarang
hurmmmmm......

Bye(>‿♥)

♥ New Member Is Coming Soon ♥

 

Tahun 2016 ada seketol new member's akan keluar
tapi tak pasti either girl or boy
kena tunggu dah keluar lah baru taw hahahhaha

Sis dah mengandung hurmmm
mujur tak mabuk teruk tapi yang aku stressnya ialah
kerja dia asyik tidur tidur and tidur jek
lepas tu kuat makan tak boleh lambat makan sabo jek lah

Memula bleeding jugak sampai pergi hospital 
not semuanya dah okey.....

Ayyash bebaru anti jugak dengan sis
tak nak dekat sis panggil pon dia buat donno jek
now dah explain kata dia baby no 1 so dah boleh accept

Yang kelakarnya aritu before pergi sekolah
tengok buku baby sis siap cakap anak sis dah besar
hahahha so funny

Tapi jelez lah kata aku tak boleh dekat lah nie lah tu lah
maybe belom keluar bila dah keluar then sayang lah tu

Asal gi check up ingat dah boleh keluar
padahal baru berapa bulan funny lah kan

Kita semua nak girl pasal dah ada boy kat rumah
so kalau girl dah sepasang tapi tak taw lah
still belom taw lagik huhuhu

Aritu bulan march kita sekeluarga kehilangan hero
now Allah dah gantikan dengan kehadiran yang baru
mungkin dengan hadirnya si cinonet seketol maka
semuanya akan kembali seperti dulu mana kita taw kan 

Bye(>‿♥)

♥ Berjalan Di Malam Hari ♥

 

Jumaat lepas saja jek keluar malam kekonon nak tengok lampu
lepas tu boleh lah main selfie hahaha
plan sekadar nak berjalan and selfie sekali keluar plak
jomm try makan kat kedai lokap

Ala kan ada viral buat lawak pasal kedai makan lokap
so pergi untuk try sesaja walhal aritu plan nak situ
sekali plan bertukar ke kilang batery lah

Keluar rumah pon kol 8:30 so before yang lain get ready
aku pon siap ler dulu biasa lah baru belajar pakai tudung
so semuanya agak lambat and tak kena :(
tak pe nanti lelama semuanya okey lah kan

Aku sebenarnya jarang nak order spagetti
sekali tengok menu balik-balik sama hurmmm boring plak
tekak mintak spagetti tu yang try
not bad and si Ayyash pon suka makan heheheehe
sedap terasa rasa di tekak okey

Lepas settle makan main tulis-tulis kat dinding plak
suka lah Ayyash dapat conteng conteng 
best jugak tapi aku tak conteng pon sibuk
amek gambar sana sini apa yang patut and best

Settle semuanya bergerak ke tempat yang lain plak

 

Siapa tahu nie and kat mana ianya berada...???
first time tengok mujur malam tu orang tak crowded kalau tak
confirm stress so apa lagik selfie lah bebanyak kat sini
cuma harapkan lampu kat tembok tembok sahaja ahahah

Ayyash paling suka coz boleh main lari sana lari sini
suruh amek gambar dengan askar boleh plak berdiri sama patern
tegak semacam memula takut tapi cute okey sesama berdiri tegak
nasib baik tak de senapang kalau tak dah sepesen huhuhu

Kat situ pon ada air pancut tapi kol bape entah dah tutup
not bad sekadar duduk duduk lepak or tengok Ayyash main lari sana
lari sini okey lah

Sometimes syok jugak keluar malam tapi tu lah 
keadaan sekarang nie sangat bahaya lah takut weyyy
manusia nie kekadang perangai mengalahkan hantu

Aku pon tak pasti either castle tu ada yang duduk or tak
tapi ramai amek gambar kat gate nak suruh Ayyash selfie kat situ
lampu tak berapa nak lawa so tak best lah

Settle si kenit main lari-lari apa lagik balik lah
jam dah kol 11 lebih malam mata dah mengantuk
sekarang Ayyash dah pandai pose so sangat best
ajak selfie hehehehhee..... 

Bye(>‿♥)

♥ Matlamat Hidup ♥

 

Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing
semuanya dah pon direncanakan sebagai azam tahunan
kadang kala apa yang dirancang berjalan lancar
tapi adakalanya terganggu dengan pelbagai dugaan

Aku entah sejak kes aritu langsung dah tak de plan untuk
kehidupan sekadar ikut apa yang dah ditetapkan oleh Allah
bila pagi bangun bila malam tidur
just nothing tak de apa yang harus direncanakan

Lebih-lebih lagik melibatkan soal jodoh
next year dah 26 tapi until now still tak de pasangan
and tak de sesiapa pon yang mati coz tak de pasangan hidup
so enjoy single girls or women ehhh ahhahahahha

Tapi satu jek plan yang sampai sekarang aku tunggu Allah
makbulkan untuk kembalikan semula apa yang telah terjadi
even aku taw makan masa yang lama tapi aku harap sangat
ianya dipercepatkan dan dipermudahkan

Entah sampai bila agaknya kan nak tunggu
tak apa lah bersabar jek dan senyum pasti ada sesuatu
kemanisan yang akan Allah berikan

Bohong lah kalau tak rindu
rindu sangat-sangat tapi apa lah daya aku untuk
menolak or menetang takdir yang dah di depan mata
sekadar sabar dan berjalan menunggu semuanya
akan kembali bersatu

Sometimes feel boring dengan semuanya
tapi entah lah susah nak cakap coz memory tu
always menari-nari di dalam otak lelagi time nak tidur
potong steam betol lah

Yang pasti aku still teruskan matlamat yang satu itu
berdoa dan bertawakal saja lah
ehh bukan soal jodoh ye yang tu entah lah
biar lah dulu kalau hadir terima kalau tidak redha

Moga Allah makbulkan segalanya Amin 

Bye(>‿♥)

♥ Busy Day ♥


Hujan-hujan nie best kan tidur lagik bukak aircond
confirm sampai esok pagi tidur
tu kalau tersadar pagi sedap jugak
buatnya tengah malam tersadar dah terkebil-kebil
biji mata hahahhaha

Lepas tu ada effect yang menyeramkan
or suara menyeramkan syok ekkk terkencing jugak
kat situ :p

Aritu aku tengok video clip something like scary lah
orang tu record kat hospital kekonon jalan tu
menuju ke bilik mayat then dengar suara tapi
tak taw suara apa tu

Dorang mintak pendapat dengan pembela kucing
suara tu kucing or bukan
then kebanyakkan kata tu bukan suara kucing
macam-macam nama hantu semuanya dorang 
keluarkan

Cuma few jek cakap tu kucing nak gaduh
sejujurnya ehh aku paling tak suka kalau kucing
gaduh tengah malam sometimes bunyi scary weyyy

Ex bibik kata kalau kucing gaduh means dalam
rumah pon akan bergaduh and aku dah tengok
and ianya benar :(

Tapi serius aku watch video tu sekali jek
scary nak habis kan lepas tu baca comment
katanya ada nampak bayangan kat berapa second
woooo nasib baik aku tak tengok habis

Nak taw jugak kebenaran tu suara kucing or "lain"
lepas tu video kucing takut dengan timun pon best jugak
kalau ada kucing boleh try tengok melompat tak
hehehehe motip mereka melompat tak sure
tapi aku rasa mungkin ingat tu ular kot

Sesiapa ada kucing cer try tengok melompat tak
tapi ada jugak tunjuk kucing tu tak melompat
rilex jek buat tak layan ada tu lagik best
kucing tu makan timun hahahahhaha 

Bye(>‿♥)

♥ Stress I Okey ♥


Aku tak taw lah sampai bila johor nak kena catu air
this month kawasan johor jaya dah terlepas
then aku ingat tak pe lepas nie kawasan zon B also
terlepas sekali amek ko sekadar anganan jek lah
coz sampai december lah masih catu air lagik

Orang semua dah start bising 4 bulan okey
walau pon hujan tapi still kena catu air
tak fair okey 

Lepas tu bermacam-macam ura ura keluar
kalau benar lah apa yang dikata hurmmmm
aku nak sumpah orang tu boleh tak ehhhh
sangat menyusahkan hidup

Dah lah catu air lepas tu bill melambung
makin bertambah tambah stress taw tak
semua serba susah

Nak membuang yang besar pon fikir berkali-kali
sangat leceh arghhhhhh stress i....

Bila nak settle ehhhh
kenapa tak ada pihak yang boleh tolong settle kan
boleh tak cuba jangan menyusahkan orang lain
untuk kepentingan diri dorang sendiri

Dah lah ada tempat kena and ada tempat tak kena
stress baju basuh menimbun lepas tu nak masak leceh
nak buat nie susah nak makeup pon susah taw takk
eiiii benciiii menyakitkan hati jekkkk 

Bye(>‿♥)

♥ BB/Foundation Cushion ♥

 

Nie lah Bb Cushion aku aka Cushion Compact
aku beli germs pink kat Mr DIY kekonon nak kasi lawa
pasal bb cushion aku bukannya color pink sob sob sob
nak case pink then air puff also pink :(
aiseyman germs tu terkeluar dari landasan lah pulak

Kalau dulu aku macam tak berapa sangat dengan cushion
bagi aku harga mahal isi sikit jek so tak berapa nak untung
lepas tu aku baca kat blog mana ntah kata kalau boleh
elok pakai untuk sebulan lepas tu tukar lain hmmmmm

Dah lah kat Malaysia tak de refill kalau nak kena beli
satu set complete buat rugi jek duit aku
tapi percaya lah tak guna pon ikut cara yang aku baca tu
just pakai jek sampai habis

Lepas tu aku jumpa dorang buat diy bb cushion or
diy cushion foundation so bermacam macam cara dorang ajar
mix yang selalu use kat muka masukkan satu tempat then sekali pakai
so senang and jimat masa tak perlu nak mulakan satu per satu

Dari situ aku rasa lebih untung use cushion and jimat masa
habis jek semua produk kat dalam tu then dah boleh mix
terus pakai tak perlu pakai brushes lagik adeyy
menyesal plak beli core collection

Ada orang tak boleh pakai coz putih sangat or gelap sangat
sampai ada yang jual empty case so boleh buat sendiri
yang paling pemes brand missha tapi untuk kat Malaysia nie sukar
coz Missha tak de outlet kat Malaysia

Kalau sanggup beli and shipping then no hal
tapi amek masa yang lama tak sanggup woooo

Kan best kalau it's my cushion ada jual kat Malaysia
aku nak beli color pink then buat my own version bb cushion
best sikit dulu dah try buat mix masukkan dalam tube punya lah best
rasa muka dah flawless habis

Aku tak sabar nak habiskan bb cushion ehhh kejap
macam mana aku katakan tu bb cushion hmmmm
aku pon tak taw tu bb ke foundation ke tapi aku buat kesimpulan
tu bb cushion so aku just panggil bb cushion jek lah huhuhu

Tak sabar nak mix ingredient yang aku suka
if aku buat then aku akan amek gambar step by step
jenuh weyy nak tunggu habis dah jarang merayap keluar

Beli bulan 8 then now bulan 11 baru sponge atas habis
so dah selamat aku flip kan yang atas pergi bawah
then yang bawah naikkan ke atas dah rasa macam beli new
bb cushion hahhaha

Rata-rata aku tengok korean girl semua pakai cushion compact
jarang aku tengok dorang pakai foundation or bb cream
lepas tu blend dengan brushes semuanya just dap dap dap
suka tengok tutorial korean cara dorang cakap macam cute

Lancome pon sekarang buat cushion compact
tapi harganya lagik mahal lah kan
lagi after GST memang nangis lah poket
banyak  jugak aku tengok review kat youtube

Dulu ingat nak beli Laneige punya cushion compact
limited edition gambar love color merah
pergi Jusco tengok tak de tu yang beli etude house punya
Ingat dapat pink sekali putih kuning

So far makeup yang paling jimat and mudahkan aku ialah
cushion compact cepat jek siap lepas tu bestnya bau wangi
aku suka bau tu then ada effect dewy lah tapi aku tak heran
janji nampak okey sudah lah

Yang best muka nampak macam tak pakai makeup
sekarang kalau keluar pon just pakai bb cushion
Eyebrow and lipsticks sometimes lip tint datang rasa malas pakai
lip balm ada color

Aku rasa tak lama lagik mesti semua brand makeup akan
buat their own cushion compact nie lancome dah ikut
tak lama lagik satu per satu brand akan ikut

Suka tengok dorang design decoden cantik giler
as usual tak de jual kalau ada jual aku nak letak semua part
so dapat tutup putih tu glue white tu aku letak color pink
nampak lawa sikit walau pon kenyataan menyedihkan

Nak case pink lepas tu air puff pon pink
kalau nak case pink kena beli magic cushion pink
aduhaiii bila lah nak beli ekkk just amek case jek yang isi dalam tu
pakai kat rumah jek coz pink tu untuk pale skin

Kat singapore magic cushion ada color purple
sini tak de tak taw kenapa haishh geyammm jek
decoden pon kat singapore ada ehhh why kat malaysia tak de
kan best kalau ada dapat lah aku tutup jadikkan pink

Ada yang tanya kat aku mana lagik best either cushion or
normal bb tube so aku pon suggest kat dia beli lah cushion
ianya akan memudahkan perjalanan makeup anda ahhaha
over seyy aku

Nak everything PINK.....
case and air pufff nak pink nak pink nak pink......

Bye(>‿♥)

♥ Seram: Jumpa Benda Pelik ♥


Aku masih belom boleh share gambar nanti lah
bila keadaan okey then aku akan post balik okey...

Ceritanya begini akhirnya kami tebang jugak
pokok yang selama nie yang aku dok story kata ada cik P

Dah tebang pokok konon nak gembur balik tanah
niat nak tanam pokok baru sekali macam mana ekk
nak cakap ala macam kita korek something dalam tanah
then kita kambus balik something like that lah

Aku nak story tapi aku tak tahu macam mana nak explain
so pepaham jek lah ekkk

Korek punya korek amek ko jumpa benda pelik
ianya 2 marker pen dalam tu ada kertas macam ayat
tak sure ayat apa then macam ada benang merah
ditanam secara menegak lepas tu dililit dengan
tape and dibungkus dengan plastic

Sekali pandang bentuknya seakan akan mayat
actually ada kepala tapi disebabkan tercangkul so kepala
tu hilang termasuk balik kot dalam tanah

Nak kata macam pocong pon iya jugak taw
ala pocong macam dalam cerita kat TV tu

Kami merujuk kepada pihak yang pakar
mengucap habis pihak yang pakar melihatnya
katanya nie sihir tujuannya nak porak peranda kan keluarga
aku 

Dulu batu menyerupai muka manusia
kini jumpa something macam mayat

Ada yang kata lepas tunjuk gambar tu kononnya
tu mewakili mum dengan daddy atas tujuan yang sama jugak
untuk musnahkan keluarga aku

Dalam kepala dah fikir suspek yang buat semua nie
but tu lah tak taw betol atau salah 
hanya Allah saja yang taw

Hmmmm hanya Allah jek lah yang boleh melindungi
keluarga aku daripada segala sihir
maybe kalau aku edit or update gambar akan aku
beritahu

Yes gambar ada tapi aku masih belom boleh nak share
coz risau keselamatan keluarga aku.... 

Bye(>‿♥)

♥ Kilang Battery ♥

 

Akhirnya jejak jugak kaki ke kilang battery tampoi Johor
dalam tu macam-macam ada sampai tak tahu nak pilih untuk makan apa
pergi sekeluarga alahaiii lamanya rasa tak keluar makan sekeluarga
semua busy last kumpul raya haji aritu

Hanya snap gambar waffle magnum saja yang lelain tak sempat
coz entah macam dah malas nak amek gambar tak macam dulu
see nampak noo dah tua so dah malas nak buat semua tu :p

Magnum waffle nie RM15 coz 2 ketol
kalau seketol RM10 memandangkan perut dah penuh so share share
jek lah memang dah jangka waffle tu tak habis so betol lah tak habis
hahahhaha nasib baik tak beli sorang satu

Aku dah target nak beli cake tiramisu sekali dah sumbat
macam-macam mana lagik nak letak cake haishhh terasa macam
tong perut dah mengecik lah pulak kan :p

Sebenarnya perut mengah coz banyak minum air
panas giler weyy lepas tu tekak kering giler dah lah jerebu
so asyik sumbat air jekk makan pon susah nak habiskan
memula minum air float lepas tu tekak lagik kering

Bebudak plan nak makan nasi ayam bila dah sampai sana
masing-masing cancel nasi ayam nak makan lain 

Dah isi perut jejalan kat kedai yang jual macam-macam
then aku nampak mawi and ekin but tak de lah pergi amek
gambar apa kan just tengok dari jauh tak rajin wooo
maybe kalau fahrin baru pergi kot haipp laki orang :p

Sempat aku beli 3 tudung hahahhaha nak menambahkan koleksi
aku suka shawls bila pakai bawal terasa macam huru hara muka
suka chiffon shawls besttttttt

Balik jek masing-masing lepak dalam kepala taw nak tidur jek
ahahhahaha...... 

Bye(>‿♥)

♥ Hello November ♥

 

Sekejap saja kan dah jejak ke bulan november so 2 bulan terakhir
untuk tahun 2015
aku rasa tahun nie bergerak punya lah pantas tak terasa langsung
seakan akan tak mampu nak mengejar waktu...

Hello november please be good
and as usual dari dulu punya berharap masih belom jadi
kenyataan and aku masih berharap agar tahun nie ianya
menjadi kenyataan wink wink... 

Bye(>‿♥)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!