♥ Penderma Darah ♥

 

The Store pandan buat kempen menderma darah 
dari jam 10 pagi sehingga 4 petang
so sempat gak aku snap segala kriteria penderma darah
banyak okey orang orang yang tak boleh menderma darah

Terdetik hati macam nak derma darah aku
tapi tu lah ngeri fikirkan sakit tu terbantut rasa
masih terasa rasa sakit perit amek darah and masuk air

Bila tengok kriteria tu ehhh ehhhh
5 hari selepas haid bersih la pulakkk
ikut kira kira baru 4 hari selepas haid bersih
so cannot la derma :p

 

Ramai oo orang pergi derma darah
siap ada untuk daftar derma organ lagikkk
ngeri oo tengok jarum jarum cucuk tu
aduhhhh terasa rasa saat kena cucuk dengan jarum
nampak tak ngeri and sakit tu masih terasa rasa lagik

Ada yang sekejap ajek cucuk jarum darah terus penuh
malah ada yang tinggal lagik sedikit tak boleh keluar lagik
so nurse nurse kat situ beri satu bola untuk di aduhhh
macam mana ekk nak cakap 
ala kita akan gengam lepas gengam lepas bola tu
lupa dah macam mana nak sebut perkataan tu

Sebelum nak amek darah harus melalui segala jenis ujian
memula test ada kencing manis or not then check darah naik or tak
ada satu pakcik nie kecik ajek tapi semangat besar nak derma darah
sekali kena timbang maybe tak lepas kot coz lepas tu terus tak nampak
or maybe lepas coz aku lepas pandang agaknya

Ramai orang register taw
bagus seyy rakyat Malaysia
sudi derma darah mereka pada yang memerlukan

Ada tu small book red dah hampir nak penuh
menunjukkan orang tu rajin menderma darah
bila ada derma darah nie masing masing bawak small book tu

Macam mana lah ekk rasa
saat darah tu mengalir masuk ke tempat yang letak darah tu
sama ada rasa panas or rasa sejuk
teringin nak derma tapi tu la takut dengan jarum grrr

 

Muka nurse lelaki nie mengigatkan aku pada cikgu tuisyen ku Cikgu Ilham
ehhh sekejap nampak tak orang yang derma darah tu gengam or pegang
ball merah hah tu lah maksud aku
nie sambil jalan sambil snap hohohohooho 
kalau nurse nie tengok dalam blog aku ingin ku maklumkan bahawa
muka beliau mengigati aku pada cikgu tuisyen ku

Kenapa aku teringat cikgu tuisyen ku..??
coz dia always backup aku
selalu support aku
selalu tolong aku
so terasa macam caring okey cikgu tuisyen aku
even sometime datang lambat tapi dia tahu reason kenapa datang lewat

Cikgu Ilham kat mana la dirimu berada sekarang nie
macam teringin nak jumpa tapi segan hohohoho
sebab tu bila terpandang jek nurse nie aku teruss ehhh cikgu ilham..
sejak bila cikgu aku buat part time jadi nurse :p

Zaman zaman aku darjah 4 hingga darjah 6 (kalau tak silap)
dia ajar aku tuisyen Bahasa Melayu
and last jumpa rasanya 2005 kot
coz dia datang masa abang kedua aku punya wedding
bila aku bagi taw aku dapat masuk tuisyen kampung
terus dia cakap bagus dapat tuisyen kampung
coz tak semua orang dapat masuk tuisyen kampung

Haishhh sekejap saja masa berlalu
dari babam kecik baya baya arryash dah kenal dengan cikgu ilham
now semuanya mungkin dah berubah
kami masing masing menuju ke usia dewasa
kalau dapat jumpa pon bagus la jugak huhuhuhu

So moral dalam entry nie
manusia ada 7 kembar so aku dah jumpa 2 lelaki muka sama
another 5 orang maybe akan jumpa akan datang hehehehe
ehh if nurse lelaki nie dah beristeri 
ku tak ngorat ehhh suami mu cuma ku teringat akan cikgu ilham

Okey lor nak pikirkan idea untuk design
moga moga banyak la idea akan ku fikirkan..... 

p/s: Kat mcd ada blueberry pie tak sodap okey rasa pahitt banyak sangat kot..

Bye(>‿♥)

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!