♥ Sepi Tanpa Nenek ♥


Hari ini dah hari ke-4 nenek meninggalkan kami semua :(
aku rasa seolah-olah nenek masih hidup and nenek sedang tidur sama macam
keadaan yang dulu-dulu aku rasa nenek belom meninggal lagi :(
aku ingat aku sorang saja yang rasa begitu rupanya mum pon sama jugak
entah la aku sendiri rasa macam susah nak terima kenyataan yang nenek dah
tak ada aku rasa macam aku benci sangat melihat tarikh 1,2 & 3 ianya
seolah-olah meningatkan aku yang itu ada tarikh-tarikh pemergian nenek
sepatutnya aku kena redha kan entah la aku tak tahu kenapa aku rasa macam
aku tak nak redha bila hari kedua nenek meninggal baru aku pergi kubur tengok
saat tu airmata dah macam air hujan mengalir sebak je rasa :(
lagi bila tengok tanda nama nenek lagi rasa macam tak percaya yang itu adalah
tempat persemadian nenek untuk selamanya....
selama 3 hari berturut-turut buat kenduri tahlil di singapore so berulang alik
hari nie jek tak masuk nanti hari ke-7 baru masuk singapore lagik
bila tengok katil nenek bantal nenek baju nenek kain nenek tak tahu la macam
mana nak terangkan perasaan aku yang sebak nak nangis dah tak boleh keluar
yang mampu cuma pegang saja la *saat type nie airmata dah penuh tinggal nak
mengalir saja* bila radio dah start bukak lagu raya lagik hati nie terusik sedih
mengenangkan raya tahun nie tak ada nenek tapi hati aku mengatakan aku rasa
macam tak percaya nenek dah meninggal aku rindu nenek sangatt sangattt :(
walau apa pon nenek tetap pergi walau macam mana sekali pon aku kena tetap
redhakan pemergian nenek lagi pon nenek pergi di bulan ramadhan dan nenek
kata nak meninggal hari khamis menjadi kenyataan and nenek pon sudah
berbahagia di dalam sana dan nenek akan sentiasa menjengok kami semua
kalau nak tahu arwah nenek & arwah atok meninggal di tarikh bulan ramadhan
yang sama iaitu ramadhan ke 13 sehati & sejiwa kedua-dua arwah and bulan pon
yang sama iaitu bulan 8 cuma bezanya pada tarikh nenek pada 2 haribulan mana
kala atok antara 16 or 18 gitu aritu tengok sekali imbas saja masa pergi kubur
now kedua-dua atok mahupon nenek aku sudah tiada...
nenek, kami sentiasa menyayangi nenek berbahagialah nenek disana and adik
redha pemergian nenek maaf kalau selama nie adik tak redha pemergian nenek...
nenek ketahuilah raya nie tak bermakna tanpa ada nenek seperti tahun tahun yang
lepas....sayang nenek sangattt sangatttt...*cuba menahan airmata dari mengalir*

0 Serius Talk:

Post a Comment

Ting Tong....!!!!
sila berikan sebarang aduan atau komen anda mengenai entry ini
Sekian terima kasih

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Attention...

Disclaimer:
Nie adalah blog peribadi, segala suka duka ku coretkan di sini untuk dijadikan memori untuk masa akan datang.
Segala copy atau screen print adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Apa yang aku coretkan adalah untuk kenangan bukan untuk berlagak mahu pun riak.
Respect aku maka aku akan respect kamu....!!!